Menjelang Ramadhan tiba-tiba gula hilang dari rak-rak sama ada di kedai runcit hinggalah kepada pasaraya-pasaraya besar. Cerita yang sama juga berlaku pada tahun lepas. Nak kata sebab penyeludupan menyebabkan gula tidak ada di pasaran tempatan tak logik sangat sebab kawalan di sempadan adalah ketat dan kalaupun berjaya diseludup takkan sampai boleh menjejaskan pasaran tempatan.
Kalau dalam istilah ekonomi dan pemasaran perbuatan ini dipanggil "hoarding" iaitu menyorok in a way to create an artifical shortage of supply. Tujuannya untuk menuntut harga yang lebih tinggi. Biasalah dalam ekonomi kapitalis "the price is determined by demand and supply". Jadi bila permintaan tinggi dan penawaran kurang maka wajar bagi mereka untuk naikkan harga. Apapun kementerian hal ehwal pengguna kena ambil tindakan terhadap pembuli ekonomi yang layak digelar pengkhianat negara kerana meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat dan negara.
Kalau gula bekalannya sukar diperolehi, namun menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir nanti, maka kita akan lihat penggundi di sana akan mendapat gula-gula. Banyak projek segera akan muncul sebagai gula-gula kepada pengundi untuk mengundi parti tertentu. Sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan Gula-Gula ini akan muncul dalam setiap pilihanraya baik umum maupun kecil. Yang terbaru di Manek Urai di mana pengundi digula-gulakan dengan projek Jambatan, projek agropolitan dan sebagainya.
Persoalannya apakah pengundi di Permatang Pasir boleh digula-gulakan sebagaimana di Manek Urai di mana majoriti orang Manek Urai baru dan lama termakan akan gula-gula tersebut.
Kalau terlebih gula boleh kena kencing manis, tapi terlebih gula-gula boleh buat orang menangis.
Entahlah ..
No comments:
Post a Comment