Wednesday, January 27, 2010

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG!!! - BIAR BETUL

Bila terbaca berita ini ianya agak memeranjatkan. Malahan bagi yangg berangan-angan atau sedang dilamun cinta dengan gadis 1 kampung pasti tergendala hajat dihati.

Fatwa ini amat mengejutkan. Malah menimbulkan perdebatan hangat serta bantahan orang ramai. Banyak pihak menyatakan bahawa FATWA ini dikeluarkan secara terburu-buru dan kurang berhati-hati.

Soalnya bagaimanakah Fatwa ini boleh dikeluarkan?
Adakah Fatwa ini Benar atau khabar Angin?

Setelah diselidik dan disiasat, Salah seorang Bekas Ahli Majlis Fatwa ketika dihubungi menjelaskan :
"Bagaimana tidak Haram, Sedangkan Had yg ditentukan Syarak sekadar 4 orang sahaja. Itu pun dah ramai. Mana boleh Kawin dengan gadis sampai 1 KAMPUNG...? He he he ketawa Bekas Ahli majlis fatwa ini sambil meletakkan telefon.

Tuesday, January 26, 2010

Menjaga Akidah: Bukan Setakat Mempertahankan "Nama" Allah

Orang Islam seharusnya merasa gusar jika ada pihak tertentu yang dahulunya tidak menggunakan "Allah" dalam merujuk kepada tuhan meraka mula beria-ia untuk menggunakan nama rujukan tersebut. Kegusaran atas dasar ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam yang cetek pengetahuan agamanya dan apa yang lebih penting agar "Allah" tidak dirujuk kepada tuhan selain yang maha esa - tuhan yang dimempunyai anak dan tidak diperanakkan.
Namun dalam keriuhan untuk mempertahankan "keekslusifan" nama Allah hanya untuk agama Islam, umat Islam wajar tidak wajar mengkesampingkan agenda-agenda yang boleh melemahkan umat Islam dan menjauhkan umat Islam daripada Allah. Budaya-budaya hodenisma yang lebih menekankan hiburan dan keseronakan duniawi, budaya cintakan dunia dan takutkan mati makin bercambah dan telah meresap dalam jiwa ahli masyarakat Islam, khususnya muda-mudinya.
Oleh itu jangan hanya berteriak hendak pertahankan penggunaan nama Allah itu sahaja, tetapi haruslah ditunjukkan melalui tindakan dan amalan yang menjurus kepada usaha untuk memartabatkan "Allah" . Ia mesti ditunjukkan dengan melakukan segala yang disuruh (kebaikan) dan meninggal yang ditegah atau mencegak amalan kemaksiatan.
Dalam hati mesti ada rasa kebencian kepada maksiat, kezaliman, kerosakan alam, penindasan, rasuah dan sebaliknya sangat gembira dengan amalan kebaikan, good governance, tolong menolong, rajin dan dedikasi dalam masyarakat, agama didahulukan dalam setiap tindakan.
Jika tiada disusuri dengan tindakan "amal ma'aruf dan Nahi Mungkar" maka percayalah bahawa pihak musuh masih mempunyai jalur-jalur lain yang boleh digunakan untuk memperdayakan umat Islam melalui saluran propaganda mereka.