Wednesday, April 04, 2007

EDUCATION MINISTRY INCREASES SCHOOLS' PER CAPITA AID

The Education Ministry has increased the per capita aid for rural schools having small number of students from January this year to bridge the rural and urban education gap, Bernama reports was quoted.

Its Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said schools with less than 20 students would receive per capita aid of RM13,040 compared to the old rate at RM9,840 while those with less than 50 students would get RM17,100 (RM11,700).

He said schools with less that 100 students would be eligible for per capita aid of RM24,600 against an old quantum of RM14,800 while those with less than 150 students would be given RM35,100 (RM17,900).

Roughly, schools with an enrolment of between 100 and 150 students
would get RM234 per student while those with less than 20 students (RM652), he said in a statement today.

For comparison with schools with large enrolment, he said for example schools with more than 1,000 students were getting RM193.50 per student.

He said the new rate would benefit small schools as it reflected their actual need.

Hishammuddin said 2,260 schools or 33 per cent of 7,513 primary schools nationwide have less than 150 pupils.

"Moreover, 90 per cent of the schools are in dire needs of facilities, trained teachers and allocation," he said.

The per capita aid is allotted to all government and government aided primary and secondary schools to finance teaching and learning as well as other activities especially tuition, counselling and those organised by the school resource centre.

The statement does not state the number of secondary schools with small number of students.

The Education Ministry is committed to providing quality education for all schools irrespective of their size, he said, adding that he believed the revised rate would help narrow the education gap between rural and urban schools.

Kisah Dua Wali Allah

Ada dua kisah yang menarik untuk dikongsi bersama.

Kisah mengenai seorang wali Allah yang bernama Sheikh Abdul Qadir Jeilani. Beliau merupakan seorang Tok Guru yang mempunyai ramai anak murid.

Di zaman itu rumah Tok Guru dijadikan tempat belajar dan tidak hairanlah beliau mempunyai rumah yang besar, namun tidak mempunyai perabut macam kita hari ini.

Pada suatu hari ketika beliau tiada di rumah, seorang pemuda telah memasuki rumah beliau dan telah mengeledah rumah itu.

Memandangkan tiada apa yang nak diambil pencuri itu hanya mengambil baju-baju sahaja.
Ketika sedang mengumpul baju-baju tersebut, Sheikh Abdul Qadir telah pulang ke rumah.
Dia masuk ke rumah dan dapati pencuri itu sedang mengumpulkan baju-bajunya.
Tiba-tiba pencuri tu tanya dia "anda ni siapa".
"Aku datang nak mencuri di rumah ni" jawab Sheikh Abdul Qadir.
Dan kau pula siapa. "Aku pun datang untuk mencuri di rumah ini" jawab si kawaq muda.
Maka sama-sama lah mereka mengeledah dan mengumpul pakaian di rumah itu sampai habis semua dikebas oleh kawaq tua dan muda ni.

Dapat le tiga bungkus. Jadi Sheikh Abdul Qadir pun bagitau kat kawaq muda tu.
Ok la hang bawa dua bungkus aku tanggung satu.
Mereka pun jalan ke gua tempat si kawaq muda tu tinggal.
Bila sampai semua baju tu dia bagi kat pemuda tersebut.
Kawaq muda ni punya hairan. Sapa la orang tua ni.
Tolong aku curi lepas tu tak nak ambil hasil curian. Dia dah tua tapi masih mencuri. Tak nak pencen-pence ker. Pening-pening ente dibuatnya. Lalu dia pun tanya. Siapakan anda sebenarnya wahai orang tua.
Lalu sheikh Abdul Qadir jawab kalau hang nak tau sapa aku, esok hang pi la lagi kat rumah tu.

Seperti yang diberitahu, pemuda tu pun pi la lagi kat rumah tu. Masa dok jalan-jalan diapun tanya kat orang kampung di situ. Siapakah tuah rumah yang besar itu. Orang kampung pun habaq kat dia itu adalah rumah Sheikh Abdul Qadir Jeilani. Ohhh .. masa tu mana ada surat khabar atau tv jadi sapa nak kenai dia kecuali anak-anak murid dia dan orang kampung dia saja. Dengar nama biasa tapi muka tak kenai.

Lalu dia pun pi rumah itu kembali dan bila dibuka pintu terkejut dia. Orang tua itu dok ada kat dalam rumah tu. Pemuda itu terkejut seraya berkata awat hang mai nak mencuri lagikah.

Lalu Sheikh Abdul Qadir Jeilani pun citer le hal sebenarnya bahawa beliaulah tuan rumah itu. Pemuda tu jadi lagi terkedu dan berkata kalau begitu kenapa semalam hang tolong aku pungkah baju-baju hang sendiri.
Sheikh berkata bahawa kamu orang susah dan memerlukan baju itu untuk kehidupan kamu dan sebab itu aku tolong kamu.

Bagi Sheikh Abdul Qadir , apabila murid-muridnya tahu bahawa pakaian tok guru mereka kena curi, maka mereka segera menderma pakaian-pakaian baru kepada beliau

Mendengar kata-kata Sheikh itu pencuri itu segera memohon maaf dan ingin belajar dengan beliau.
Akhirnya si kawaq muda tu menjadi orang kanan Sheikh Abdul Qadir Jeilani.

Moral of the story – rezeki adalah ditangan Allah. Bila baju lama yang dicuri, maka Allah akan ganti baju yang baru melalui pemberian anak-anak muridnya.
Bagi kita hari ini kalau tak dapat naik pangkat atau naik gred atau tak naik gaji jangan susah hati.
Jangan frust. Ingat semua itu adalah pemberian Allah. Ada jalan-jalan lain yang akan didatangkan rezeki …Yang penting ikhlas ..


Kisah kedua mengenai seorang ulama di Iraq bernama Hassan Al Basri. Beliau tinggal di Basrah. Ia seorang ulama yang selalu memperingatkan murid-muridnya agar mengamalkan kehidupan yang zuhud.

Zuhud bererti tidak melebih-lebihkan dalam perkara yang halal. Cthnya. Kita dah ada sebuah kereta, tapi nak beli lagi satu kereta yang lebih besar agar selesa untuk membawa keluarga berjalan jauh. Itu masih ok. Tetapi jika dah ada dua kereta nak beli satu lagi atas alasan tak pick up le, kereta baru ini nampak sporty la. Itu dikira sebagai kehidupan yang berlebih-lebihan atau tidak zuhud.

Namun pada suatu hari ketika Hassan Al Basri ni mengajar seorang anak muridnya sedar bahawa jubah yang dipakai oleh beliau adalah jubah yang mahal dengan butang bertakhtah permata. Dikisahkan bahawa jubah itu berharga 4,000 dinar atau RM40,000 (based on the current value). Lalu anak murid itupun berkata kepada Hassan Al Basri. "Tuan mengajar kami kepada kehidupan yang zuhud tetapi tuan sendiri tidak mengamalkannya". Lebih kurang kita kata cakap tak serupa bikin la. "Ya memang betul aku mengajar kepada kehidupan begitu".

Kata Hassan Al Basri. "Tapi kenapa tuan mengenakan pakaian yang mahal ini". Sambung anak murid itu. "Ya memang benar pakaian ini mahal, tetapi itu tidak bersalahan dengan ajaran aku", balas Hassan Al Basri.

Anak muridnya itu tidak puas hati kerana mereka diajar untuk hidup sederhana tapi tok guru bermewah-mewah. Namun sebagai seorang ulama beliau akhirnya memberikan jubah itu kepada anak murid itu lalu disuruhnya menjual jubah itu dan duit itu digunakan untuk keperluan hariannya.

Lalu anak murid itu membawa jubah tersebut ke Baghdad untuk dijual dipasar. Tetapi tak seorangpun datang membelinya sebab harganya terlalu mahal 4,000 dinar. Masuk hari kedua beliau terus cuba untuk menjual jubah itu, tiba-tiba datang seorang lelaki.

Beliau menghampiri anak murid Hassan Al Basri lalu menghampirinya seraya berkata" ini jubah yang aku berikan kepada Hassan Al Basri. Awak curi daripadanya ye? Tidak, dia berikan kepada ku dan suruh aku menjualnya. Lalu lelaki itupun membeli kembali jubah itu dengan harga 4,000 dinar dan berikan kembali jubah kepada Hassan Al Basri. Lalu kisah itu telah diterangkan semua anak muridnya bahawa jubah itu adalah pemberian seseorang kepadanya.

Lalu dia berkata kepada anak muridnya bahawa sesiapa yang hidupnya tidak bermatlamat mencari dunia maka dunia akan datang dengan sendiri dalam kehidupannya.

Moral of the story – jangan kita asyik mengejar kebendaan kerana semakin dikejar akan semakin jauh dari kita. Kepuasan itu tidak akan pernah hadir dalam kehidupan insan sebegini. Biarlah kita bersederhana kerana kadang-kadang pemberian itu datang bukan melalui usaha kita tetapi atas kezuhudan tersebut.

Kedua kalau tengok orang yang biasa tetapi boleh hidup macam orang mewah jangan kita membuat kesimpulan yang tidak baik (buruk sangka). Dalam masyarakat kita hari ini ramai ulama dan tok guru diberikan sumbangan begini. Saya pernah hadir kat rumah Pak Yazid (masa dia tinggal kat Kpg Baru). Dia kata dia nak buat satu pusat pengajian di Keramat (dah siap sekarang) dan dana tersebut adalah sumbangan drpd semua mereka yang belajar dengannya yang kebetulan terdiri drpd golongan korporat dan hartawan.

Itu adalah hikmat berjuang di jalan Allah.
Semuanya tak perlu dicari tapi datang sendiri.