Thursday, July 03, 2014

KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1435H BERSAMAAN 2014 M

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 1435 hijrah bersamaan 2014 masihi.

Pembayaran boleh dibuat melalui amil-amil yang dilantik oleh pihak pungutan zakat negeri bemula awal Ramadhan sehingga pagi sebelum solat Aidil Fitri.


Monday, June 30, 2014

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM

Selamat Menjalani ibadah di bulan Ramadhan diucapkan kepada seluruh kaum Muslimin dan muslimat. Semoga kita mendapat ganjaran keampunan dan rahmat Allah.


SALAH FAHAM DALAM AMALAN BERSAHUR

Bersahur adalah salah satu amalan sunat yang sangat dituntut di dalam Islam ketika melaksanakan ibadah berpuasa di dalam Bulan Ramadhan. Namun ramai orang Islam yang tidak melaksanakannya kerana malas atau tidak mampun untuk bangun di awal pagi sedangkan bersahur itu ada hikmah selain diberikan ganjaran pahala.

              Sabda Nabi s.a.w.; “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.).

Bersahur bermakna menikmati makanan sebelum terbit fajar sebagai persediaan untuk bepuasa. Pahala bersahur diperolehi dengan semata-mata makan atau minum walaupun seteguk air. 
            Sabda Rasulullah; “Bersahurlah walaupun dengan seteguk air” (HR Ibnu Hibban dan Abu Ya’la dari Anas r.a.). 

Namun terdapat salah faham di kalangan orang Islam di dalam melakukan amalan ini. Antaranya kefahaman di dalam penyediaan menu untuk bersahur di mana menu yang disediakan secara berlebih-lebihan seperti mana untuk makan malam atau tengah hari sedangkan untuk bersahur hanya perlu menjamah sedikit makanan hatta walaupun hanya dengan seteguk air suam. 

Keduanya terdapat segelintir ahli masyarakt Islam, terutamanya golongan muda yang "memakan sahur" selepas tengah malam sebelum tidur. Ia tidak menepati masa yang dikatakan sebagai sahur iaitu selepas dua pertiga malam. Malah waktu bersahur yang paling afdal ialah yang paling hampir dengan waktu subuh. Kalau dikira waktu dua pertiga malam ialah antara pukul 3.30 pagi hingga membawa waktu subuh.

Apabila sesuatu amalan itu tidak menepati kehendak agama maka ia tidak memberikkan pulangan pahala kepada pelakunya dan amat rugilah mereka itu.