Friday, November 26, 2010

Jumlah Hartanah Tidak Terjual Meningkat

Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan melaporkan hartanah yang tidak terjual meningkat kepada 22.6 peratus dalam suku kedua tahun ini berbanding 19.5 peratus dalam suku keempat tahun lalu.

Menurut ahli Perlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, keadaan itu menjadikan negara kini sedang menghadapi masalah lambakan hartanah yang berjumlah RM5.3 bilion dalam tempuh suku ketiga tahun ini.

Lambakan yang beliau maksudkan ialah sebanyak 20,286 unit perumahan, 5,450 unit kedai dan 619 unit industri berada dalam pasaran dalam tempuh suku tahun ketiga sahaja.

"Daripada 6,401 unit perumahan baru yang dilancarkan pada suku ketiga tahun ini berbanding 14,588 unit yang dilancarkan pada suku tahun sebelumnya hanya 20.2 peratus yang dapat dijual," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Di samping itu katanya, laporan Kementerian Kewangan menyebut 44,954 unit perumahan, 4,605 kedai dan 794 unit industri sedang dalam pembinaan dalam suku tahun ketiga tahun ini

Sementara itu, projek yang diluluskan untuk pembinaan dalam tempuh yang sama pula ialah sebanyak 14,993 unit perumahan, 1,011 unit kedai dan 872 unit industri.

"Untuk Kuala Lumpur, hartanah tidak terjual telah meningkat kepada 16.1 peratus dari 15.8 peratus manakala Selangor meningkat kepada 14.6 peratus berbanding 12.4 peratus.

"Apabila pembangunan siap ia juga menunjukkan kadar kekosongan kekal 50 peratus atau lebih tinggi," katanya.

Mencukur Kening & mengikir gigi Hukumnya Haram

Ramai kaum wanita Islam yang gemar mencukur kening kononnya untuk nampak lebih cantik. Namun sama ada sedar atau tidak bahawa perbuatan mencukur kening adalah haram hukumnya di dalam Islam.

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).