Friday, May 27, 2016

MENJADI PENJAMIN SOSIAL ANTARA SEBAB JADI BANKRAP

Anda seharusnya bersikap tegas dan mengelak daripada menjadi penjamin kepada aktiviti pinjaman jika anda pasti bahawa orang yang ingin membuat pinjaman tidak mempunyai kemampuan untuk membayar atau mempunyai tabiat untuk tidak membayar pinjaman.

Biar anda bergaduh dan bermasam muka sekarang daripada anda mendapat masalah yang akan menyusahkan kehidupan anda dikemudian hari.

Jabatan Insovansi Malaysia melaporkan bahawa antara tahun 2007 hingga Jun 2013, seramai 6,898 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap kerana kegagalan peminjam membayar pinjaman yang dibuat atas urusan bukan perniagaan.

Penjamin sosial adalah merujuk kepada individu yang menjadi penjamin kepada peminjam yang bukan bertujuan komersil seperti pinjaman pendidikan, kenderaan, perumahan, peribadi dan sebagainya. Mereka ini biasanya dikalangan saudara mara dan rakan karib kepada peminjam.

Bagi tahun 2014 sahaja, seramai 1,444 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap dan berkedudukan keenam dalam senarai punca menjadi bankrap di Malaysia.Ia mewakili 6.46 % individu bankrap yang secara keseluruhannya berjumlah 22,351 orang.

Namun bagi memastikan bahawa penjamin tidak dibebankan dengan hutang berkenaan, kerajaan telah meminda Akta Kebangrapan 1967 (Akta 360). Pindaan ini bertujuan menutup kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberikan ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam.


Tuesday, May 24, 2016

LAGI PEMAIN BOLA SEPAK MENINGGAL KETIKA PERMAINAN

Seminggu yang lalu dunia sukan bolasepak dikejutkan dengan kematian pemain bolasepak  Cameroon Patrick Ekeng ketika bermain mewakili pasukan Dinamo Bucharest. Kematiannya disahkan oleh doktor akibat masalah jantung.

Namun dunia bolasepak dikejutkan lagi semalam apabila seorang pemain bolasepak di liga Argentina Michael Favre, 24 yang bermain untuk kelab San Jorge de Villa Elisa dalam wilayah Entre Rios.

The Sun melaporkan, insiden berlaku ketika pergelutan merebut bola dalam perlawanan menentang Defensores de Colon di mana Favre terjatuh di padang apabila merebut bola dengan pemain lawan - Geronimo Quintana yang secara tidak sengaja terhentak lututnya di kepala Favre.

Kedua-dua pemain berguling di atas padang sebelum bangun dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.

Rakan Favre, Favio Larrosa kemudian berlari ke arahnya untuk meleraikan kedua-dua pemain tersebut, tetapi secara tidak sengaja telah menolak Favre jatuh ke padang.

Pertikaian pemaian terus berjalan dengan panas, tanpa menyedari bahawa Favre sedang begelut untuk bangun dan selepas itu terus tidak sedarkan diri di atas padang.

Beliau dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Punca sebenar masih dalam siasatan pihak hospital.

Sumber berita: The Sun UK

Monday, May 23, 2016

LIGA UTAMA EROPAH MELABUHKAN TIRAI

Kejohanan bolasepak di liga-liga utama Eropah telah berakhir semalam di mana Manchester United menjurai Piala FA Inggeris ( FA Cup) sebagai penawar apabila gagal layak ke UEFA Champions League pada musim depan setelah hanya menduduki tempat ke lima liga .

Bagi Paris St Gemain (PSG) kemenangan semalam menewaskan Marseille 4-2 dalam Coupe de France adalah pelengkap kepada kejuaraan liga Perancis 2015/16 yang telah mereka menangi sebelum ini dengan dua gol sumbangan daripada  Zlatan Ibrahimovic yang akan meninggalkan PSG pada musim depan.

Kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace memberikan sedikit keceriaan kepada pasukanManchester United yang akan mendapat jurulatih baru musim depan
Di Liga Italia, juara liga Itali 2015/16 melengkapkan zaman kegemilangan mereka apabila menewaskan AC Milan 1-0 dalam perlawanan akhir Coppa Italia. Gol kemenangan adalah sumbangan daripada pemain yang dipinjamkan daripada Real Madrid Alvaro Morata yang kini menjadi buruan kelab-kelab utama di Eropah termasuklah Arsenal, Chelsea dan PSG.

Kejuaraan berganda juga milik kelab Barcelona di liga Sepanyol (La Liga) dan Bayern Munich di liga Jerman atau Bundesliga. Barcelona terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Sevilla dalam perlawanan akhir Copa Del Ray di mana perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam waktu permainan biasa. Namun Barca lebih bernasib baik apabila berjaya menjaringkan gol dalam setiap separuh masa dalam masa tambahan melalui Jordi Alba dan Neymar. Perlawanan tersebut menyaksikan Barca bermain sepuluh orang setelah Masherano dibuang padang pada minit ke 36, manakla Sevilla turut kehilangan pemain apabila Banega turut dilayangkan kad merah pada masa tambahan separuh masa kedua waktu permainan biasa dan seorang lagi pemain, Danial Carrico pada minit-minit akhir masa tambahan.

Di German pula, Bayern Munich memberikan piala kemenangan German Cup kepada jurulatih mereka Pep Guardiola yang akan berpindah ke Manchester City pada musim depan. Perlawanan hebat yang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila waktu perlawanan biasa dan masa tambahan gagal memecah kebuntuan apabila terikat 0-0. Namun Bayern lebih bernasib baik untuk menang 4-3 melalui sepakan penalti.