Thursday, July 23, 2009

Higher Profit for TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) recorded a higher profit for third quarter, jumped triple compared to same quarter last year.

TNB net profit stood at RM1.023 billion. The turnover increased to RM7 billion from RM6 billion in last year.

Demand for the electricity has surpassed the last year peak demand with new demand was recorded in June 17 at 14,029 megawatts.

Due to the high profit, the share of TNB has increased steadily from RM6.05 in Jan 22 to RM8.40 in July 22, soars 39% or RM2.35.

On that reason, it is unwise for TNB to increase the electric tariff. The increase of tariff should not be used as one of the strategy in maximizing the profit. Being the GLC, TNB should share the benefits that it acquired with people, and should help government to reduce the burden of the people.

Rakyat Diutamakan (People Come First)

Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti Minyak

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Tuesday, July 21, 2009

Antara Yang Dah Naik dan Akan Naik

Insuran kenderaan motor telah dinaikkan bermula awal bulan Jun 2009. Ramai jiran teman yang mengeluh bila insuran motor "third party" dah sama macam first party all riders. Kereta berusia 1o tahun ke atas susah untuk diinsurankan kerana banyak pembekal perkhidmatan tidak mahu memberikan pelindungan.

Bulan Ogos ni tambang bas, teksi dan bas sekolah akan naik.

Bulan September harga minyak akan jadi RM2.00 sebab dah diperkenalkan minyak RON 95.

Harga air di Selangor,Putrajaya dan KL akan naik 30 % kalau kerajaan negeri Selangor gagal untuk ambil alih konsesi disamping penamatan pemberian percuma 20 m3 air.

Elektrik juga akan naik dalam masa terdekat- tunggu kabinet luluskan jer ..

Monday, July 20, 2009

Peranan Wanita Dalam Perjuangan Seorang Lelaki

Kehibaan Rasulullah S.A.W. di atas kehilangan isteri tercinta Saidatina Khadijah R.A. isteri yang dinikahinya selama 25 tahun, dan bapa saudaranya Abu Talib adalah antara sebab yang membawa kepada berlakunya peristiwa Isra' Mikraj.
Saidatina Khadijah telah menunjukkan kepada masyarakat Islam bagaimana pentingnya wanita di dalam perjuangan seorang suami. Sepanjang hayatnya bersama Rasulullah, Saidatina Khadijah telah menjadi penyokong dan pendorong kepada Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Beliau adalah ahli perniagaan yang dihormati oleh orang-orang Quraisy yang seterusnya menyebabkan orang-orang Quraisy agak malu alah bila berdepan dengan Rasullullah.
Pengorbanan Saidatina Khadijah amat besar dalam perkembangan Islam di Mekah. Harta dan kedudukannya digunakan untuk membantu Rasullullah menyebarkan Islam. Beliau juga orang pertama mengakui akan kenabian Rasullullah apabila Jibrail datang membawakan wakyu kepada Rasullullah dalam keadaan Rasullullah berada dalam ketakutan dan minta diselimutkan oleh Khadijah.

Begitu juga dengan Abu Talib yang amat dihormati dan disegani oleh kaum Quraisy khususnya oleh penentang Rasullullah iaitu Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya.

Penentangan puak Quraisy terhadap Rasullullah agak terhad kerana mereka takut untuk berdepan dengan Saidatina Khadijah dan Abu Talib (walaupun tidak Islam) tetapi teguh mempertahankan ajaran yang dibawa oleh anak saudaranya.
Namun selepas kemangkatan kedua-dua orang yang tercinta, maka puak Quraisy menjadi semakin lantang dan aktif menentang Rasullullah sehingga baginda direjam dengan batu dan disendakan oleh penentang-penentang Islam ketika pulang berdakwah dari Syam.

Bagi mengubati kedukaan itu, maka pada 27 Rejab selepas 10 tahun berdakwah di Mekah, maka Rasullullah telah diisyrakkan dari Mekah ke Siratulmuntaha dan ke langit di dalam satu malam sahaja dan ia dinamakan sebagai peristiwa Isra' Mikraj.