Thursday, December 30, 2010

Sinar Baru Bolasepak M'sia

Kejayaan pasukan Malaysia merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 memberikan petanda bahawa mutu bolasepak negara mempunyai harapan untuk maju di masa hadapan.
Bermula dengan kejayaan merangkul pingat emas di Sukan Sea Laos pada tahun 2009, pasukan negara yang diwakili oleh majoritinya pemain muda bawah 23 tahun telah menunjukkan peningkatan pada tahun ini dengan layak ke pusingan kedua Sukan Asia yang diadakan pada bulan November lalu di China. Walaupun kandas di pusingan kedua, namun semangat dan cara kekalahan yang dialami tidaklah mengecewakan memandangkan pada kejohanan itu ramai pemain utama cedera dan terdapat pemain menjalani pergantungan perlawanan di pusingan kedua tersebut.
Bagi kejahonan AFF ini, kecederaan pemain-pemain utama masih belum pulih, maka pihak pengurusan, khasnya jurulatih K. Rajagopal terpaksa mendapatkan pemain daripada skuad bawah 20 tahun negara untuk misi ini. Namun atas kebijaksanaan jurulatih merangka strategi dan komitmen yang tinggi yang diberikan oleh pemain, maka kejayaan menjadi milik Malaysia.
Walaupun masih mentah dari segi pengalaman bermain di peringkat antarabangsa, namun pemain muda ini seperti Muslim Ahmad, Mahali, Gurusamy, Khairul Fahmi, Ashari dan lain-lainnya telah menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk mengalas di peringkat yang lebih tinggi.
Namun diharapkan agar pasukan muda ini dapat dibimbing dan diberikan pendedahan yang secukupnya agar dapat meningkatkan lagi prestasi dan kekal kompetitif untuk kejohanan di masa yang akan datang. Kita tidak mahu kisah lama berulang kembali di mana prestasi pasukan bolasepak negara berada terumbang ambing dah sering gagal dalam kejohanan yang disertai walaupun dengan negara-negara Asean.