Tuesday, February 24, 2015

Kadar Cukai Pendapatan Tahun Tafsiran 2013 dan 2014


Kadar cukai pendapatan semasa untuk tahun 2013 dan 2014 adalah seperti yang paparkan di dalam portal lembaga Hasil Dalam Negeri.


KADAR BARU CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2015

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diberkuatkuasa bermula 1 April 2015, di mana barangan atau perkhidmatan yang tidak dikategorikan sebagai dikecualikan daripada GST akan dikenakan caj sebanyak enam peratus sama ada dahulunya barangan atau perkhidmatan tersebut dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan iaitu pada kadar 10 peratus.

Sejajar dengan pelaksanaan GST, maka kerajaan telah mengambil langkah bagi mengurangkan kadar peratusan mata bagi cukai pendapatan individu.

Jadual 1: Kadar Cukai Pendapatan Individu: 2013-2014 dan 2015



Kadar peratusan cukai individu telah diturunkan antara satu peratus hingga tiga peratus mengikut kumpulan pendapatan seseorang. Bagi pendapatan bercukai RM20,000 dan ke bawah kadarnya cukai telah berkurang daripada dua peratus kepada satu peratus.

Pengurangan paling tinggi diberikan kepada individu yang mempunyai pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000, iaitu sebanyak tiga peratus daripada 24 peratus kepada 21 peratus dengan pengurangan jumlah cukai sebanyak sehingga RM1,950.
Jika sebelum ini pendapatan bercukai melebihi RM100,000 dan ke atas dikenakan pada kadar 26 peratus, namun di bawah penstrukturan semula ini telah dinaikkan kepada RM400,001 dengan kadar cukai tertinggi dihadkan kepada 25 peratus.

Bagi pendapatan bercukai RM100,001 hingga RM250,000 kadar cukai adalah 24 peratus, manakala pendapatan bercukai antara RM250,001 hingga RM400,000 kadar cukai yang dikenakan adalah sebanyak 24.5 peratus.

Pada 28 Januari 2016, dalam ucapan pengubahsuaian Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengumukan bahawa individu yang mempunyai pendapatan RM8,000 dan ke bawah sebulan akan menerima tambahan potongan sebanyak RM2,000 daripada jumlah pendapatan mereka.

Dalam pada itu, LHDN telah melanjutkan tempoh mengemukan penyata tafsiran bagi tahun 2015 melalui sistem e-filling kepada pekerja yang bergaji dan tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan kepada 15 Mei 2016. Tarikh asal kemukakan penyata tafsiran adalah 30 April 2016.

PANAS MELAMPAU BOLEH MENYEBABKAN STROK HABA

Jabatan Metreologi meramalkan cuaca panas kering yang melanda pantai barat semenanjung sekarang ini akan berterusan sehingga ke penghujung bulan Mac 2015.
 

Sehubungan dengan itu orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah perlu bagi memastikan tiada kesan kepada kesihatan mereka, khasnya di dalam menghindari satu penyakit yang dikenali sebagai strok haba.
 
Grafik di bawah memberikan maklumat berkenaan strok haba dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapinya serta mengatasinya.
 
 
 
Namun keadaan panas kering dijangka akan berakhir apabila peralihan monson akan berlaku pada bulan April 2015 nanti.