Tuesday, June 02, 2009

Bila Nak Berubah?

Nampahknya Umno masih belum belajar daripada pengalaman lalu dalam menghadapi pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau umum dan masih lagi mengamalkan pendekatan yang lama dalam menambat hati pengundi. Hari ini akhbar The Star melaporkan bahawa Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata bahawa pekerja Barisan nasional akan tinggal bersama dengan penduduk Manek Urai hatta akan turut pergi menorah getah bersama-sama penduduk kampung sepanjang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Bagi penulis pendekatan tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah dilakukan oleh Ketua penerangan Umno yang lalu Tan Sri Muhamad Muhd Taib ketika menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Namun ia masih gagal untuk memujuk pengundi untuk memberikan undi majoriti kepada Barisan Nasional. Sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh para pengundi atau rakyat. Mereka inginkan pemimpin yang jujur dan tidak bersikap hipokrit dan sentiasa mengambil tahu permasalahan mereka sepanjang masa bukan hanya pada waktu tertentu sahaja. Jangan jadi seperti chak cebo yang boleh bertukar warna mengikut persikitaran. Tak payahlah nak bersarung dan berketayap ketika merayu undi. Pakailah pakaian kasual seperti kebiasaannya kerana orang kampung pun kalau ke kenduri di siang hari atau jika ada kematian tidak lagi memakai kain sarung.

Beliau juga berkata perjumpaan dengan pengundi akan diadakan di masjid dan surau. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk kempen di masjid dan surau seperti menceritakan tujuan atau matlamat parti dan calon lebih-lebih lagi kalau mengajak pengundi untuk memilih parti yang memperjuang hak rakyat, menjaga agama, amanah dan menolak rasuah dan salahguna kuasa.

Cuma penulis musykil dulu Umno yang larang masjid dan surau digunakan untuk tujuan politik, tetapi kini Umno yang nak gunakannya pula. Bagi penulis baguslah kalau macam tu ... Rakyat semua dah cerdik .... Tidak termakan segala adu domba ...