Thursday, June 26, 2008

KAJIAN PENSYARAH UM: SOLAT BOLEH RAWAT MATI PUCUK

tuakqbdh


Bernama melaporkan bahawa hasil kajian tiga pensyarah JabatanKejuruteraan BioPerubatan Universiti Malaya (UM) mendapati solat yang diamalkansecara teratur boleh merawat masalah penyakit mati pucuk dan beberapa penyakit lain.

Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata kajian terhadap 10 pesakit mati pucukyang mengamalkan solat sebagai terapi dan mengikut postur yang sempurna selamasebulan, membuahkan hasil apabila mereka berjaya mencapai ereksi seperti lelakinormal.

"Lelaki yang normal sepatutnya akan mendapat ereksi sekurang-kurangnya tigakali sewaktu tidur dan perubahan isipadunya mestilah melebihi 200 peratus. Jikakurang daripada jumlah itu dia dianggap mati pucuk," katanya pada sidang akhbardi sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar sempena Persidangan AntarabangsaKejuruteraan Biomedical itu adalah dua lagi penyelidik iaitu Prof Wan Abu BakarWan Abas dan Ng Siew Cheok serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk SeriDr Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Naib Canselor Prof Mohd Amin Jalaludin. Dr Fatimah berkata selain solat lima waktu, pesakit juga diminta bersolatsunat selama setengah jam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan selepas itumereka dibekalkan peralatan yang dapat mengukur isipadu ereksi. Alat itudipasang sebelum tidur.

Kajian yang dijalankan sejak tahun 2005 itu juga mendapati amalan postursolat yang baik juga dapat merawat sakit pinggang di kalangan wanita,mengurangkan kolestrol, tekanan darah tinggi dan baik untuk memperoleh kadardenyutan jantung yang sihat.

"Bagaimanapun untuk mendapatkan kesan positif itu, mereka perlu mendapatkomposisi badan yang baik melalui sembahyang lima waktu, faham semua pemahaman(bacaan) dalam solat, solat secara berjemaah, rukuk hendaklah 90 darjah dansemasa sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir pastikan kedudukan kakidilipatkan," katanya.

Seorang lagi penyelidik Ng Siew Cheok yang melakukan kajian kesan solatterhadap ketenangan manusia, berkata amalan solat yang baik dapat mengekalkantahap kestabilan mental dan emosi seseorang serta meningkatkan daya ingatan. "Keadaan tenang itu dicapai secara maksimum sebelum seseorang itu bergerak melakukan sujud dan ini mungkin ketenangan yang ditemui selepas tumakninah,"katanya.