Wednesday, August 21, 2013

Nipah: Spesis yang dilupakan

Nipah atau nama saintificnya Nypa fruticans adalah spesis palma yang tumbuh di kawasan lembah dan berair tawar. Ia tumbuh di kawasan di tepi-tepi sungai dan kawasan rendah di kawasan sawah padi.

Gambar 1: Buah nipah di kawasan berpaya


Gambar 2: Tandan buah nipah

Pokok nipah mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya daunnya boleh dibuat atap, batangnya digunakan sebagai mengkawan (bahasa banjar) iaitu pemegang atap di mana daun nipah akan disusun dan dijahit dengan rotan atau bemban. Pucuk nipah dibuat rokok daun, manakala nira dihasilkan melalui mengurut batang tandan buah dalam tempoh tertentu. Selain itu isi buah nipah boleh dimakan sama ada secara terus atau dicampur dengan air batu campur.

 Gambar 3: Isi nipah

 Gambar 4: Close up isi buah nipah

Gambar 5: Isi nipah yang dikeluarkan dari sabut