Tuesday, December 12, 2006

Menutup Aurat bukan Penghalang Kejayaan

Sesungguhnya, Islam tidak pernah melarang wanita daripada terlibat dalam aktiviti bersukan. Namun seperti juga dalam melakukan aktiviti lain, setiap kaum muslimat dikehendaki menjaga batas aurat mereka.
Pelari Bahrain Ruqaya Al Ghasara telah membuktikan bahawa tanpa melanggari arahan menutup aurat dia berjaya menjadi jaguh sukan yang hebat. Beliau berjaya mengondol pingat emas dalam acara 200 m dan gangsa dalam acara 100 m di Sukan Asia.
Kemenangan ini seharusnya menjadi pembuka mata kepada semua umat Islam, khususnya kaum muslimat bahawa mematuhi syariat bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang andainya mereka mempunyai bakat dan kebolehan yang Allah anugerahkan kepada mereka.

Oleh itu sama-samalah kita mengambil ikhtibar daripada peristiwa ini. Namun bagi umat Islam banyak contoh-contoh telah ditunjukkan oleh ahli sukan lelaki yang terlibat di dalam sukan hoki, bolasepak dan sepak takraw yang berjaya mewakili Malaysia di peringkat Asia dan dunia. Ia tidak menghalang mereka menjadi athlit yang cemerlang dan hebat. Contohnya seperti bekas pemain hoki negara yang unggul Nor Saiful Zaini yang mempolopori trend ini. Ia diikuti oleh pemain hoki semasa di negara ini seperti Azlan Bakar, Mazli Ikhmar dan sebagainya. Bagi sukan bola sepak antara pemain yang beraksi di liga Malaysia yang menutup aurat adalah bekas ketua pasukan Perlis Manwzoor Azwira, Feriza Ismail, bekas pemain MPPJ sekarang dengan UPB-Myteam Nazaruddin Yusop, Harris Safwan, bekas pemain MPPJ dan Selangor Aiman Firdaus Tan Abdullah, pemain Perak Khari Zainuddin dan lain lagi. Ia dipelopori oleh bekas pemain Kedah Radhi Mat Din. Selain itu dalam sukan sepak takraw Malaysia yang beraksi di Sukan Asia Doha, terdapat seorang pemain Malaysia yang menurut langkah tersebut.

Sesungguhnya Islam memberikan ganjaran pahala dalam apa juga pekerjaan yang membawa kepada kebaikan dan menepati keperluan syarak.