Friday, February 16, 2007

Mengamit Memori: Perlis Indera Kayangan

Setelah hampir sepuluh tahun lebih tidak menjejaki kaki ke Perlis, tiba-tiba peluang telah diberikan untuk ke sana atas urusan rasmi. Mungkin yang memandang sinis apabila diberitahu nak ke Perlis. Apahal pulak. Kebelakangan ini Perlis memang mendapat tempat di media massa. Bukan setakat kenyataan Mufti yang kontroversi, tetapi juga pengenalan proses poligami yang mudah oleh kerajaan Negeri Perlis telah menjadikan Perlis terkenal. Oleh itu apabila penulis nak ke Perlis, ada yang sinis berkata nak tambah cawangan ke? Tak.. nak pergi ambil borang je jawap penulis.

Maka penulis berserta sepuluh rakan pejabat telah berada di sana selama dua hari iaitu pada 13 dan 15 Februari untuk tujuan promosi dan jualan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh jabatan penulis di Universiti Malaysia Perlis (dulunya dikenali sebagai Kolej Univeristi Kejuruteraan Utara Malaysia atau KUKUM). Layanan cukup mesra dan respon terhadap persembahan yang diberikan amat positif, khususnya dalam menjalin hubungan dua hala antara Bernama dan UniMap.

Selain itu pasukan kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Dalam rombongan ke pejabat menteri besar, kami telah diraikan untuk makan tengahari bersama-sama dengan barisan exco negeri Perlis yang mengadakan mesyuarat mingguan mereka.

Namun setelah sepuluh tahun berlalu, tiada banyak perbezaan yang ketara di sana. Hanya kewujudan sebuah hotel baru (Putra Palace) dan pembinaan komplek sukan serta pembinaan beberapa kawasan rekreasi dan pelancongan yang dapat dikenalpasti disamping yang sedia ada seperti Gua Kelam, Pusat Kajian Bisa Ular, IMR di Batu Pahat dan sebagainya.

Dalam perbualan dengan Menteri Besar, beliau sendiri mengakui bahawa beliau lebih cenderung untuk menjadi Perlis sebagai sebuah negeri yang membangun berasaskan Sukan dan Rekreasi dan tidak bercadang untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri industri kerana menurut beliau pembangunan sedemikan akan membawa pencemaran dan gangguan kepada alam sekitar. Tambah beliau, biarlah pelabur berlumba-lumba datang melabur di Kedah dan kemudian mereka datang ke Perlis hanya untuk bersantai dan berbelanja di sini. Jelasnya, beliau mahu Perlis menjadi “stopover” kepada para pelancong yang ingin ke Langkawi menerusi Kuala Perlis.

Secara tersiratnya, cadangan memudahkan proses poligami di Perlis adalah merupakan satu tarikan kepada orang ramai untuk datang ke Perlis. Menurut beliau lagi, kadar penginapan hotel di Perlis sentiasa pada tahap yang tinggi. Melalui kebanjiran orang luar ke Perlis, ia akan membantu menjana perniagaan apabila pelancong berbelanja di sana dan membantu mengembangkan ekonomi melalui program sukan dan rekreasi.

Namun kerana kesuntukan masa, penulis tidak berkesempatan untuk melawat taman herba di sana. Taman herba inilah yang telah membawa penulis ke Perlis untuk kali terakhir sepuluh tahun dulu di mana penulis telah diamanahkan untuk membuat kertaskerja dasar bagi program tanaman herba di sana dan bagi tujuan tersebut lawatan tapak projek telah dilakukan bersama Dr Azizul Abdul Kadir, pengarah bahagian tumbuhan ubatan, FRIM (kini telah menjadi ahli peniagaan produk berasaskan herba) dan Encik Kassim, pengarah jabatan perhutanan Negeri Perlis ketika itu (kini Pengarah Perhutanan Negeri Kedah). Taman herba ini jugalah memberikan pengalaman cemas kepada penulis apabila kapal terbang yang dinaiki tidak boleh mendarat di Subang (ketika itu) akibat cuaca buruk dan berlegar-legar di angkasa lebih 30 minit. Ia juga adalah lawatan paling singkat (day trip) yang penulis lakukan apabila bertolak dari Subang pukul 7.30 pagi dan tiba di Alor Setar pukul 8.15 pagi, terus ke Kangar dengan kereta yang dipandu oleh Ketua Unit Mata Air, Encik Saad. Kemudian pukul 3.30 petang balik ke Alor Setar dan ambil penerbangan ke Subang pukul 5.00 petang. Sepatutnya mendarat 5.45 tetapi akibat cuaca buruk pukul 6.15 baru boleh mendarat.

Kali pertama penulis ke negeri Perlis ialah pada awal tahun 90-an sebagai peserta program Khidmat Siswa yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Kinabalu (8th College) yang telah dijalankan di Kawasan Perkampungan Felca Lubuk Sireh, Mata Air. Namun ia tidak berhenti di situ, kesempatan seterusnya datang apabila penulis ditawarkan bekerja di FRIM dan pada tahun 1993, penulis telah datang ke Mata Air untuk bermalan di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi. Bermula dari situ hampir setiap tahun penulis akan ke sana bagi menjalankan kajian dalam bidang Etnoperubatan dan Etnobotani.

Namun yang pasti bila ke Perlis tidak lengkap kalau tidak ke Padang Besar. Macam-macam ada. "Toto", jersi bola, pakaian, barangan kulit, kasut dan banyak lagi. Penulis suka sebab gadis-gadis di sana lawa-lawa. Amacam …rasa nak pi lagi tak?. Lagi satu ingat Perlis ingat pokok jati..

Aromatherapy and cancer study

Institute of Psychiatry, UK in the press release dated 13 February 2007, reported that a major new study by it researchers, in conjunction with Cancer Research UK, says aromatherapy really helps cancer patients. Aromatherapy can significantly lift anxiety and depression according to an authoritative study in the latest issue of the Journal of Clinical Oncology.

According to the report, the new study is significant, and not just because it indicates that after chemotherapy and other treatment, aromatherapy helps to relieve anxiety and depression much quicker than other approaches.

The researchers believe it is the first large randomised controlled trial to be conducted on a complementary therapy in several centres in the NHS.

‘I think it's enormously exciting,' says lead researcher, Amanda Ramirez, Professor of Psychiatry at the Institute of Psychiatry and Director of the Cancer Research UK London Psychosocial Group. ‘I'm unaware of other treatments, including talking therapies, that can achieve such fast improvements in people with cancer who are anxious or depressed.'

The study, which cost £300,000, examined 288 people with all types of cancer and at various stages of the disease who had had anxiety or depression diagnosed after treatment.

Many had severe symptoms such as panic attacks, inability to sleep and needle phobia.

Recent studies have indicated that about half of cancer sufferers get some such problems in the first year.

Half of the subjects in the trial received a course of weekly aromatherapy massage and half received normal support services, such as counselling and, in severe cases, psychotherapy and medication.

Their symptoms were monitored for 12 weeks.

The results were so clear that they surprised Professor Ramirez. Symptoms lifted far earlier in the aromatherapy group than in the nonaromatherapy group; within two weeks of the treatment beginning as opposed to six weeks.

And although by ten weeks after the trial started the two groups showed equal alleviation of symptoms, members of the group receiving aromatherapy consistently reported more improvement in anxiety than the other group right though the trial.

However, aromatherapy seemed to bring no significant improvement to pain, fatigue, nausea and vomiting.

‘The results show that aromatherapy really accelerates the improvement in anxiety and depression,' says Professor Ramirez. ‘And when you consider that many people in the trial had a limited life expectancy, that acceleration is a huge gain to health and wellbeing.'

Around one in three cancer patients tries complementary therapies.

Aromatherapy and massage are popular, and reported benefits prompted Professor Ramirez and cancer specialists from Mount Vernon Hospital, Middlesex, to start the trial in 1998.

Notes to editors
For further information, contact Jill Holliday, Research Manager, Cancer Research UK London Psychosocial Group. Telephone: 020 7188 0907.