Friday, July 03, 2009

18 Kes Berprofile Tinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hujung minggu lepas mendedahkan bahawa pihaknya akan mendedahkan 18 kes berprofile tinggi dalam masa terdekat ini.

Penulis harap ia tidak menjadi senasib dengan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dulu bahawa terdapat berbelas (jumlah tepatnya penulis tidak ingat) kes rasuah melibatkan pihak yang berprofile tinggi, tetapi akhirnya sejuk hilang dibawa angin lalu.

Sama-samalah kita tunggu siapa yang kena.

Bagi Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Yunos pihaknya yakin bahawa pendedahan kes besar yang bakal diumumkan kelak akan meliputi kes-kes yang berkepentingan rakyat seumpama yang melibatkan Syarikat Berkepentingan Kerajaan GLC, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin politik dan juga projek-projek mega seumpama dakwaan korupsi dalam PKFZ ataupun pembinaan MRR2.

"Jika ada bukti yang jelas perasuah tersebut perlu didakwa segera," tegasnya

Thursday, July 02, 2009

Senibina Masjid di Malaysia

Masjid yang mempunyai bercirikan senibina Cina di bandar Melaka.















Usaha sedang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Tasek Jaya Ipoh bersama Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh untuk membina sebuah masjid baru di Taman Tasek Jaya Ipoh yang mempunyai ciri-ciri senibina Cina.

Raja Dr Nazrin mengumumkan geran pelancaran pembinaan masjid itu sebanyak RM2 juta sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni itu sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.





Rekabentuk berunsur Inggeris (designed with English influence). Masjid yang dibina tahun 1927 ini adalah salah sebuah masjid yang tercantik dan terbesar di Johor (The mosque build in 1927 is one of the most beautiful and biggest mosque in Johor).

Tuesday, June 30, 2009

Sistem Baru bagi Penjelasan Cek bermula 1 Julai 2009

Sistem Penjelasan Cek di Malaysia akan dilakukan melalui penyaluran imej dan data cek antara bank dengan rumahpenjelasan berkuat kuasa 1 Julai, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang berasaskan pertukaran cek secarafizikal, kata BNM dalam satu kenyataan bagi mengumumkan ke seluruh negara SistemPemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).

Cek tempatan dan cek luar kawasan secara keseluruhannya, menurut BNM, akan dijelaskan pada hari yang sama dan dana boleh diterima selewat-lewatnya dua haridari tarikh penjelasan cek tersebut. Bagaimana pun, bagi negeri Kelantan dan Terengganu, yang cuti hujung minggunya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, cek yang didepositkan pada hari Ahad memerlukan tambahan satu hari bekerja untuk dana dimasukkan ke dalam akaun pendeposit, katanya.

Pengguna dan golongan peniaga juga, katanya tidak perlu lagi menanggung bayaran komisen bagi cek luar kawasan. Dengan pelaksanaan CTCS, kata BNM orang ramai diingatkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2009, hanya cek dengan reka bentuk baharu yang mematuhiStandard Reka Bentuk dan Spesifikasi Cek eSPICK sahaja akan diterima oleh pihakbank untuk penjelasan.

Oleh itu, BNM berkata pelanggan dinasihati supaya menukarkan cek reka bentuklama yang tidak digunakan dengan cek reka bentuk baharu di bank masing-masing.