Wednesday, January 06, 2010

Cabaran Azam 1431H dan 2010M

Tahun Masehi 2010 baru beberapa hari menjengah. Dua minggu sebelumnya tahun hijrah juga memasuhi tahun baru 1431. Hari berganti hari, bahkan tahun berganti tahun. Ini bermakna baki usia kita semakin kurang.

Dalam khutbah Jumaat pada 1 Januari lalu, khatib di Masjib Bandar Tasik Puteri telah menyatakan bahawa saban tahun pelbagai azam di buat oleh manusia sempena tahun baru. Namun baginya azam yang wajar dibuat oleh umat Islam ialah untuk mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid dan surau yang hanya penuh bila hari Jumaat, Hari raya dan pada awal bulan Ramadhan.

Khatib menyatakan bahawa kita disibukkan dengan urusan dunia sehingga lupa untuk mengejar bekalan akhirat. Kita azamkan pelbagai benda tetapi tidak pernah meletakkan azam untuk memakmur masjid dan surau-surau.