Thursday, March 08, 2007

Selamat Hari Wanita 8 Mac

Setiap tahun di seluruh dunia, masyarakat menyambut Hari Wanita Sedunia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar wanita kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Buat semua wanita,

Selamat Menyambut Hari Wanita.

Wanita adalah pelengkap dunia kehidupan insan yang dipanggil lelaki. Dia boleh menjadi racun dan dia jugalah penawarnya.

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncangkan dunia dan boleh menghancurkan dunia.

Wanita kau adalah ibu, isteri, kekasih dan teman.

Siapalah aku tanpa wanita.....


Dari seorang Lelaki ...

Monday, March 05, 2007

Nilai kemanusian sudah Hilang?

Beberapa minggu lepas masyarakat digemparkan dengan berita seorang ibu membunuh dua anaknya dengan menjerut mereka dengan wayr seterika. Semalan masyarakat dikejutkan lagi dengan berita seorang ayah menghempas anaknya (bayi) ke lantai yang akibatnya membawa kepada kematian bayi itu.

Kalau dulu penderaan dan penyebab kematian di kalangan kanak-kanak dan bayi serta ahli keluarga dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai hubungan darah atau hubungan yang agak jauh. Kini kes-kes sebegini sudah merebak dan berlaku akibat tangan-tangan mereka yang dipanggil ibu dan ayah.

Kemanakah nilai-nilai kemanusiaan dalam diri manusia pada hari ini? Di manakah silapnya? Apakah tekanan hidup telah menjadikan manusia berhati kecil dan berfikiran tipis sehingga tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Tidak dapat bersabar dalam perkara yang sepatutnya mampu ditangani dalam keadaan biasa.

Kejadian-kejadian yang berlaku bukan merupakan kes-kes terpencil. Terlalu wewenang kes-kes yang melibatkan pembunuhan, kecederaan di kalangan ahli keluarga terdekat. Tidak kira melalui penggunaan senjata, fizikal, seksual atau simbahan asid.

Penilaian terhadap sikap dan nilai jati diri individu di dalam masyarakat harus perhalusi. Di manakah silapnya hingga lahir insan yang lebih buruk perangainya daripada haiwan. Apakah salah asuhan dan didikan atau sumber pemakanannya yang berasalkan sumber yang subhah atau haram yang melahirkan insan yang keras hati dan jerlus imannya.

Bukan masanya untuk berfikir lagi tetapi tindakan yang drastik harus dilakukan agar ia tidak terus membarah dalam msyarakat.

MANA JANJI DAN MANA PERGI WANG PENJIMATAN SUBSIDI?

Setahun telah berlalu, Mac muncul kembali bersama kenangan kenaikan harga bahan petroleum. Pada tanggal 1 Mac 2007 telah genap satu tahun harga petroleum dinaikkan sebanyak 30 sen di mana harga petrol RON 97 telah RM1.92 manakala RON 92 RM1.87. Dalam menjustifikasi kenaikan harga terse but, Kerajaan telah menyatakan bahawa penjimatan subsidi sebanyak RM4.4 billion adalah perlu demi membangunkan sistem pengangkutan di Malaysia.

Dalam tempoh setahun tersebut harga petroleum telah berada di bawah US$60.00 setong dan secara puratanya pada harga US$57.00 setong. Ketika harga petroleum dinaikkan setahun lalu harga petroleum dunia adalah pada kadar US$62.00/tong dan dengan harga semasa yang lebih rendah serta kadar ringgit yang semakin kukuh, maka subsidi yang diberikan oleh Kerajaan adalah kurang berbanding setahun lalu.

Pada masa harga petroleum dinaikkan kadar ringgit berbanding dollar Amerika adalah RM3.8 per US$1, tetapi kini ringgit kian mengukuh berbanding US$ dan kadar semasa adalah pada tahap RM3.49/US$1. Memandangkan harga petroleum didagangkan di dalam US$ maka kadar yang dibelanjakan untuk mengimport bahan petroleum adalah lebih rendah. Sebagai contoh pada 1 Mac 2006 harga petroleum adalah US$62/tong dan nilai ringgit adalah RM3.8/US$.

Oleh itu untuk mengimport 100 tong petroleum Malaysia perlu member RM23,560, tetapi kini pada harga US$60 dan RM3.49/US$1 harga yang perlu dibayar adalah RM20,940 iaitu perbeza RM2,620. Jika 1,000,000 tong maka penjimatan adalah sebanyak RM26,200,000
Selain itu ketika mengumumkan kenaikan harga Kerajaan menyatakan bahawa wang hasil daripada penjimatan subsidi tersebut akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia.

Namun selepas setahun berlalu apapun tidak nampak bahkan keadaan makin gawat, di mana sistem pengangkutan di Pulau Pinang terus berada pada tahap yang buruk. Di Kuala Lumpur, kesesakan jalanraya terus memburuk dan pengangkutan awam masih tak berubah. Masing-masing dengan masalah tersendiri. Lorong khas pengangkutan awam di Kuala Lumpur dah tak terkawal. Cuba buat tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, lihatlah bas-bas masuk menggunakan lorong kenderaan lain sewenang-wenangnya. Teksi dengan masalahnya, di mana pemandu disembelih oleh syarikat-syarikat teksi dengan kadar sewa harian yang tinggi serta kos penyelenggaraan ditanggung sendiri. Kesannya pemandu yang tertekan akan mengenakan penumpang kadar tambang menaiki kapal terbang dan tidak menggunakan meter. Tanyalah pemandu di Kuala Lumpur khasnya, siapa yang ingin sangat memandu ke pejabat atau ke pusat bandar, tetapi disembabkan jaringan pengangkutan awam yang tidak efisyen dan mahal telah mennyahkan hasrat tersebut dari hati mereka.

Persoalan di sini kemana perginya wang penjimatan subsidi tersebut dibelanjakan atau memang Kerajaan tidak mempunyai wang atau memang Kerajaan tidak mahu tanggung beban rakyat. Jangan bila pilihanraya baru nak naik papan tanda projek itu dan ini, dan selepas pilihanraya semuanya mereput sendiri.

JADILAH PENGGUNA BIJAK

Mengeluh tak kemana bang. Yang naik tetap naik. Dalam dunia ni tak benda yang naik akan turun. Hanya satu jer bila naik dia akan turun balik (cari sendiri la) yang lain bila naik dia akan naik dan terus naik. Hanya hujan saja yang turun dan tidak naik.

Ramai yang mengeluh bila harga barangan dan perkhidmatan naik kerana relatifnya kos hidup mereka akin naik sedangkan kenaikan dalam pendapatan tidak selaras dengan peningkatan dalam harga baranagn dan perkhidmatan.

Mahu tidak mahu terpaksa dihapatinya kerana hidup mesti diteruskan. Oleh itu penyesuaian gaya hidup harus dibuat oleh ahli masyarakat. Penulis faham ramai antara kita yang sekrang ini hanya memikirkan bagaimana nak belanja untuk makanan dan sekolah anak-anak. Hal-hal lain ketepi dulu. Balik kampung dan makan angin dah tak masuk dalam kepala.

Namun setakat mengeluh tidak kemana. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari tempat berbelanja yang menawarkan harga yang lebih rendah. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan oleh penulis didapati bahawa harga yang ditawarkan oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco dan makro adalah rendah berbanding kedai runcit dan pasaraya biasa, tetapi kalau anda inginkan harga yang lebih rendah berbelanjalah di kedai-kedai ubat Cina dan kedai-kedai yang dimiliki oleh peniaga-peniaga Aceh. Bukan nak kempen atau nak lingkupkan kedai orang Melayu lain tetapi sebagai pengguna anda harus bijak membelanjakan setiap sen lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang menekan ini.

Penulis mendapati harga untuk barangan membuat minuman seperti serbuk teh, milo, susu pekat, susu tepung bayi, lampin bayi dan barangan kemasan diri (toiletaries) , beras telah dijual dengan murah di kedai ubat Cina dan aceh berbanding di Giant. Sebagai contoh susu pekat F & N dijual pada harga RM2.19 di Giant tetapi di Kedai Acheh harganya hanya RM2.10. Begitu juga milo pek 300gm hanya RM3.30 berbanding RM3.90 di Giant. Bagi bahan pencuci Dynamo 105 cucian dijual pada harga RM12.90 di kedai Ubat Cina, sedangkan harganya RM13.99 untuk cucian 99 kali di Giant. Bagi harga lampin bayi dan susu formula bayi harga di kedai ubat Cina adalah lebih murah antara RM2.00 hingga RM5.00.

Jika anda beranggapan bahawa pasar malam menawarkan harga yang rendah. Anda sebenarnya silap. Setelah hampir 8 minggu meninjau di pasar malam di sekitar Rawang, penulis mendapati bahawa harga ikan dan ayam yang dijual di pasar malam dan pasar tani adalah lebih mahal. Sebagai perbandingan untuk minggi kedua bulan Februari 2007, harga ayam di pasar tani dan pasar malam adalah RM5.60 berbanding harga di kedai Aceh di Tasik Puteri dan Sungai Buloh hanya RM4.70 sekilogram. Cuma sayur- sayuran bolehlah dibeli di pasar malam dan pasar tani kerana ia dijual secara ikat iaitu RM2 untuk 3 ikat.