Monday, March 05, 2007

JADILAH PENGGUNA BIJAK

Mengeluh tak kemana bang. Yang naik tetap naik. Dalam dunia ni tak benda yang naik akan turun. Hanya satu jer bila naik dia akan turun balik (cari sendiri la) yang lain bila naik dia akan naik dan terus naik. Hanya hujan saja yang turun dan tidak naik.

Ramai yang mengeluh bila harga barangan dan perkhidmatan naik kerana relatifnya kos hidup mereka akin naik sedangkan kenaikan dalam pendapatan tidak selaras dengan peningkatan dalam harga baranagn dan perkhidmatan.

Mahu tidak mahu terpaksa dihapatinya kerana hidup mesti diteruskan. Oleh itu penyesuaian gaya hidup harus dibuat oleh ahli masyarakat. Penulis faham ramai antara kita yang sekrang ini hanya memikirkan bagaimana nak belanja untuk makanan dan sekolah anak-anak. Hal-hal lain ketepi dulu. Balik kampung dan makan angin dah tak masuk dalam kepala.

Namun setakat mengeluh tidak kemana. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari tempat berbelanja yang menawarkan harga yang lebih rendah. Sepanjang pemerhatian yang dilakukan oleh penulis didapati bahawa harga yang ditawarkan oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco dan makro adalah rendah berbanding kedai runcit dan pasaraya biasa, tetapi kalau anda inginkan harga yang lebih rendah berbelanjalah di kedai-kedai ubat Cina dan kedai-kedai yang dimiliki oleh peniaga-peniaga Aceh. Bukan nak kempen atau nak lingkupkan kedai orang Melayu lain tetapi sebagai pengguna anda harus bijak membelanjakan setiap sen lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang menekan ini.

Penulis mendapati harga untuk barangan membuat minuman seperti serbuk teh, milo, susu pekat, susu tepung bayi, lampin bayi dan barangan kemasan diri (toiletaries) , beras telah dijual dengan murah di kedai ubat Cina dan aceh berbanding di Giant. Sebagai contoh susu pekat F & N dijual pada harga RM2.19 di Giant tetapi di Kedai Acheh harganya hanya RM2.10. Begitu juga milo pek 300gm hanya RM3.30 berbanding RM3.90 di Giant. Bagi bahan pencuci Dynamo 105 cucian dijual pada harga RM12.90 di kedai Ubat Cina, sedangkan harganya RM13.99 untuk cucian 99 kali di Giant. Bagi harga lampin bayi dan susu formula bayi harga di kedai ubat Cina adalah lebih murah antara RM2.00 hingga RM5.00.

Jika anda beranggapan bahawa pasar malam menawarkan harga yang rendah. Anda sebenarnya silap. Setelah hampir 8 minggu meninjau di pasar malam di sekitar Rawang, penulis mendapati bahawa harga ikan dan ayam yang dijual di pasar malam dan pasar tani adalah lebih mahal. Sebagai perbandingan untuk minggi kedua bulan Februari 2007, harga ayam di pasar tani dan pasar malam adalah RM5.60 berbanding harga di kedai Aceh di Tasik Puteri dan Sungai Buloh hanya RM4.70 sekilogram. Cuma sayur- sayuran bolehlah dibeli di pasar malam dan pasar tani kerana ia dijual secara ikat iaitu RM2 untuk 3 ikat.

No comments: