Setahun telah berlalu, Mac muncul kembali bersama kenangan kenaikan harga bahan petroleum. Pada tanggal 1 Mac 2007 telah genap satu tahun harga petroleum dinaikkan sebanyak 30 sen di mana harga petrol RON 97 telah RM1.92 manakala RON 92 RM1.87. Dalam menjustifikasi kenaikan harga terse but, Kerajaan telah menyatakan bahawa penjimatan subsidi sebanyak RM4.4 billion adalah perlu demi membangunkan sistem pengangkutan di Malaysia.
Dalam tempoh setahun tersebut harga petroleum telah berada di bawah US$60.00 setong dan secara puratanya pada harga US$57.00 setong. Ketika harga petroleum dinaikkan setahun lalu harga petroleum dunia adalah pada kadar US$62.00/tong dan dengan harga semasa yang lebih rendah serta kadar ringgit yang semakin kukuh, maka subsidi yang diberikan oleh Kerajaan adalah kurang berbanding setahun lalu.
Pada masa harga petroleum dinaikkan kadar ringgit berbanding dollar Amerika adalah RM3.8 per US$1, tetapi kini ringgit kian mengukuh berbanding US$ dan kadar semasa adalah pada tahap RM3.49/US$1. Memandangkan harga petroleum didagangkan di dalam US$ maka kadar yang dibelanjakan untuk mengimport bahan petroleum adalah lebih rendah. Sebagai contoh pada 1 Mac 2006 harga petroleum adalah US$62/tong dan nilai ringgit adalah RM3.8/US$.
Oleh itu untuk mengimport 100 tong petroleum Malaysia perlu member RM23,560, tetapi kini pada harga US$60 dan RM3.49/US$1 harga yang perlu dibayar adalah RM20,940 iaitu perbeza RM2,620. Jika 1,000,000 tong maka penjimatan adalah sebanyak RM26,200,000
Selain itu ketika mengumumkan kenaikan harga Kerajaan menyatakan bahawa wang hasil daripada penjimatan subsidi tersebut akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia.
Namun selepas setahun berlalu apapun tidak nampak bahkan keadaan makin gawat, di mana sistem pengangkutan di Pulau Pinang terus berada pada tahap yang buruk. Di Kuala Lumpur, kesesakan jalanraya terus memburuk dan pengangkutan awam masih tak berubah. Masing-masing dengan masalah tersendiri. Lorong khas pengangkutan awam di Kuala Lumpur dah tak terkawal. Cuba buat tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, lihatlah bas-bas masuk menggunakan lorong kenderaan lain sewenang-wenangnya. Teksi dengan masalahnya, di mana pemandu disembelih oleh syarikat-syarikat teksi dengan kadar sewa harian yang tinggi serta kos penyelenggaraan ditanggung sendiri. Kesannya pemandu yang tertekan akan mengenakan penumpang kadar tambang menaiki kapal terbang dan tidak menggunakan meter. Tanyalah pemandu di Kuala Lumpur khasnya, siapa yang ingin sangat memandu ke pejabat atau ke pusat bandar, tetapi disembabkan jaringan pengangkutan awam yang tidak efisyen dan mahal telah mennyahkan hasrat tersebut dari hati mereka.
Persoalan di sini kemana perginya wang penjimatan subsidi tersebut dibelanjakan atau memang Kerajaan tidak mempunyai wang atau memang Kerajaan tidak mahu tanggung beban rakyat. Jangan bila pilihanraya baru nak naik papan tanda projek itu dan ini, dan selepas pilihanraya semuanya mereput sendiri.
No comments:
Post a Comment