Monday, November 29, 2010

Spekulasi & Permintaan Palsu Punca Harga Hartanah Tinggi

Prof Jomo K.S. Sundram, bekas pensyarah Ekonomi Universiti Malaya dalam ceramahnya menyatakan bahawa perbuatan spekulasi & permintaan palsu telah menyebabkan harga hartanah, khususnya bangunan di Kuala Lumpur meningkat dengan tinggi.
Beliau memberi contoh - Syarikat Holding A mempunyai tiga anak syarikat - Syarikat B, C & D. Syarikat B akan membina bangunan dengan kos RM100 juta. Ketika dalam pembinaan syarikat B akan menjual bangunan tersebut kepada syarikat C dengan harga contohnya RM150 juta. Kemudian apabila siap syarikat C akan juga kepada syarikat D dengan harga RM200 juta. Selepas itu setelah boleh diduduki syarikat D akan mencari pembeli yang sebenar-benarnya untuk menduduki bangunan tersebut dengan harga yang lebih tinggi, contohnya RM250 juta. Pembeli yang sebenar akan menggunakan bangunan tersebut untuk tujuan komersil seperti pejabat operasinya atau menyewakan sebahagian ruang kepada pelanggannya.
Berdasarkan amalan spekulasi tersebut bahawa harga yang ditawarkan kepada pelanggan yang sebenar telah meningkat RM100 juta, di mana harga yang sepatutnya adalah RM150 juta.