Sistem Penjelasan Cek di Malaysia akan dilakukan melalui penyaluran imej dan data cek antara bank dengan rumahpenjelasan berkuat kuasa 1 Julai, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang berasaskan pertukaran cek secarafizikal, kata BNM dalam satu kenyataan bagi mengumumkan ke seluruh negara SistemPemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).
Cek tempatan dan cek luar kawasan secara keseluruhannya, menurut BNM, akan dijelaskan pada hari yang sama dan dana boleh diterima selewat-lewatnya dua haridari tarikh penjelasan cek tersebut. Bagaimana pun, bagi negeri Kelantan dan Terengganu, yang cuti hujung minggunya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, cek yang didepositkan pada hari Ahad memerlukan tambahan satu hari bekerja untuk dana dimasukkan ke dalam akaun pendeposit, katanya.
Pengguna dan golongan peniaga juga, katanya tidak perlu lagi menanggung bayaran komisen bagi cek luar kawasan. Dengan pelaksanaan CTCS, kata BNM orang ramai diingatkan bahawa berkuatkuasa 1 September 2009, hanya cek dengan reka bentuk baharu yang mematuhiStandard Reka Bentuk dan Spesifikasi Cek eSPICK sahaja akan diterima oleh pihakbank untuk penjelasan.
Oleh itu, BNM berkata pelanggan dinasihati supaya menukarkan cek reka bentuklama yang tidak digunakan dengan cek reka bentuk baharu di bank masing-masing.
No comments:
Post a Comment