Monday, July 20, 2009

Peranan Wanita Dalam Perjuangan Seorang Lelaki

Kehibaan Rasulullah S.A.W. di atas kehilangan isteri tercinta Saidatina Khadijah R.A. isteri yang dinikahinya selama 25 tahun, dan bapa saudaranya Abu Talib adalah antara sebab yang membawa kepada berlakunya peristiwa Isra' Mikraj.
Saidatina Khadijah telah menunjukkan kepada masyarakat Islam bagaimana pentingnya wanita di dalam perjuangan seorang suami. Sepanjang hayatnya bersama Rasulullah, Saidatina Khadijah telah menjadi penyokong dan pendorong kepada Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Beliau adalah ahli perniagaan yang dihormati oleh orang-orang Quraisy yang seterusnya menyebabkan orang-orang Quraisy agak malu alah bila berdepan dengan Rasullullah.
Pengorbanan Saidatina Khadijah amat besar dalam perkembangan Islam di Mekah. Harta dan kedudukannya digunakan untuk membantu Rasullullah menyebarkan Islam. Beliau juga orang pertama mengakui akan kenabian Rasullullah apabila Jibrail datang membawakan wakyu kepada Rasullullah dalam keadaan Rasullullah berada dalam ketakutan dan minta diselimutkan oleh Khadijah.

Begitu juga dengan Abu Talib yang amat dihormati dan disegani oleh kaum Quraisy khususnya oleh penentang Rasullullah iaitu Abu Jahal, Abu Lahab dan sekutunya.

Penentangan puak Quraisy terhadap Rasullullah agak terhad kerana mereka takut untuk berdepan dengan Saidatina Khadijah dan Abu Talib (walaupun tidak Islam) tetapi teguh mempertahankan ajaran yang dibawa oleh anak saudaranya.
Namun selepas kemangkatan kedua-dua orang yang tercinta, maka puak Quraisy menjadi semakin lantang dan aktif menentang Rasullullah sehingga baginda direjam dengan batu dan disendakan oleh penentang-penentang Islam ketika pulang berdakwah dari Syam.

Bagi mengubati kedukaan itu, maka pada 27 Rejab selepas 10 tahun berdakwah di Mekah, maka Rasullullah telah diisyrakkan dari Mekah ke Siratulmuntaha dan ke langit di dalam satu malam sahaja dan ia dinamakan sebagai peristiwa Isra' Mikraj.

No comments: