Friday, May 27, 2016

MENJADI PENJAMIN SOSIAL ANTARA SEBAB JADI BANKRAP

Anda seharusnya bersikap tegas dan mengelak daripada menjadi penjamin kepada aktiviti pinjaman jika anda pasti bahawa orang yang ingin membuat pinjaman tidak mempunyai kemampuan untuk membayar atau mempunyai tabiat untuk tidak membayar pinjaman.

Biar anda bergaduh dan bermasam muka sekarang daripada anda mendapat masalah yang akan menyusahkan kehidupan anda dikemudian hari.

Jabatan Insovansi Malaysia melaporkan bahawa antara tahun 2007 hingga Jun 2013, seramai 6,898 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap kerana kegagalan peminjam membayar pinjaman yang dibuat atas urusan bukan perniagaan.

Penjamin sosial adalah merujuk kepada individu yang menjadi penjamin kepada peminjam yang bukan bertujuan komersil seperti pinjaman pendidikan, kenderaan, perumahan, peribadi dan sebagainya. Mereka ini biasanya dikalangan saudara mara dan rakan karib kepada peminjam.

Bagi tahun 2014 sahaja, seramai 1,444 orang penjamin sosial telah menjadi bankrap dan berkedudukan keenam dalam senarai punca menjadi bankrap di Malaysia.Ia mewakili 6.46 % individu bankrap yang secara keseluruhannya berjumlah 22,351 orang.

Namun bagi memastikan bahawa penjamin tidak dibebankan dengan hutang berkenaan, kerajaan telah meminda Akta Kebangrapan 1967 (Akta 360). Pindaan ini bertujuan menutup kelemahan yang wujud pada akta sedia ada yang memberikan ruang kepada pemiutang untuk lebih memberikan tumpuan kepada penjamin daripada peminjam.


No comments: