Monday, May 30, 2016

JANGKITAN MELALUI HUBUNGAN SEKS PUNCA TERTINGGI DIJANGKITI HIV

Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa hubungan seks (tidak selamat) adalah punca utama kepada jangkitan HIV di Malaysia, Malay Mail Isnin melaporkan.

Mengikut perangkaan, seramai 3,330 jangkitan baru direkodkan pada tahun 2015, di mana sebanyak 2,601 adalah melalui hubungan seks dan mengikut pecahan 1,398 melalui pasangan heteroseksual, manakala 1,203 lagi melalui pasangan homeseksual dan biseksual.

Punca oleh suntikan dadah pula adalah sebanyak 561 kes, 19 kes jangkitan melalui ibu kepada anak dan 149 kes lagi tidak kenalpasti puncanya.

Dari segi peratusan kes jangkitan HIV melalui hubungan seks mewakili 78.1 % daripada keseluruhan kes. Keadaan ini sungguh membimbangkan khasnya banyak kes melibat hubungam MSM (men who have sex with men).

Majlis AIDS Malaysia telah merancang program bagi menangani masalah ini, khasnya yang melibatkan hubungan terlarang (sesama jenis), transeksual dan pekerja-pekerja seks.

Apa yang penting bagi umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran Islam bahawa Islam melarang penzinaan dan pelakuan seks sesama jenis, dan menghalalkan perkahwinan.

No comments: