Tuesday, May 31, 2016

KISAH IMAM DAN CALON MENANTU

Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustaz dalam tazkirah Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Cawangan Jln Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra), Kuala Lumpur pada bulan April lepas.

Ia mengisahkan seorang imam mempunyai tiga orang anak gadis yang cantik yang menjadi idaman ramai pemuda di kampungnya. Imam itu tidak meletakkan kriteria untuk calon-calon menantunya cuma beliau inginkan calon menantu yang menghafal Al Quran.

Walaupun syaratnya begitu ini tidak menjadi halangan untuk tiga pemuda bagi mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.

Pemuda pertama telah pergi ke rumah imam tersebut dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan anak sulung imam. Lalu imam bertanya bolehkan kamu membaca Al Quran. Pemuda tersebut menjawab "boleh tuan imam". Imam bertanya kepada pemuda tersebut siapa nama kamu. Pemuda menjawab "nama saya Asri". "Oleh sebab nama kamu Asri maka sila baca surah Al Ashr. Lalu pemuda tersebut pun membaca surat tersebut hingga habis dengan lancar. Maka diterimalah pemuda tersebut untuk menjadi menantunya.

Kemudian datang pula pemuda kedua ke rumah imam. Seperti pemuda pertama ujiannya sama dan Iman tanya "Siapa nama kamu". "Anas" jawab pemuda tersebut. Kalau macam tu sila baca Surah An Naas. Lalu dibacalah dengan lancar surah An Naas dan pemuda tersebut juga diterima menjadi menantu dengan anak kedua imam tersebut.

Dalam perjalanan pulang kedua-dua pemuda tadi, mereka terserempak dengan kawan mereka iaitu pemuda ketiga yang bergerak dalam arah yang bertentangan. Kedua pemuda tersebut bertanya kepada kawan mereka hendak pergi ke mana. Lalu pemuda ketika tersebut berkata "Aku nak ke rumah imam kerana ingin menyatakan hasrat menjadi menantunya". Kedua-dua pemuda tadi beritahu bahawa mereka berdua baru balik dari rumah imam dan telah diterima untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.

Kedua-dua pemuda tadi beritahu kepada pemuda ketiga bahawa mereka berdua diminta untuk membacakan surah secara hafalan dan ia kedua-duanya berdasarkan nama mereka. Mendengarnya pemuda ketiga menjadi terkedu. Apa tidaknya namanya Yassin. Kalau imam suruh baca Yassin secara hafal memang gagallah.

Namun pemuda ketiga teruskan hajatnya dan sampai ke rumah terus menyatakan tujuannya. Imam menyatakan bahawa dua anaknya telahpun dipersetujui untuk berkahwin dan hanya tinggal seorang lagi. Seperti mana kedua-dua pemuda tadi, maka imam bertanya kepada pemuda ketiga siapa nama kamu. Lalu pemuda ketiga menjawab "Nama saya Yassin, tapi orang kampung panggil saya Ikhlas." "Ooo Ikhlas ya". Ok cuba baca surah Al Ikhlas. Dengan lancar pemuda ketiga atau Yassin aka Ikhlas membaca surah tersebut.

Dipendekkan cerita, maka pemuda ketiga tersebut juga diterima untuk menjadi menantu kepada imam tersebut.

No comments: