Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mesyuaratnya telah menetapkan pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 dengan penamaan calon pada 17 Ogos 2009.
Pada tarikh itu, umat Islam baru sahaja menjalani puasa yang keempat dan ini merupakan rezeki kepada orang Permatang Pasir kerana pilihanraya kecil akan membuka peluang kepada mereka untuk pelbagai imbuhan khususnya projek pembangunan dan tidak kurang juga wang ringgit. Jika pilihanraya kecil yang dijalankan sebelum ini dijadikan contoh, maka penduduk Permatang Pasir boleh beraya sakan tahun ini.
Kalau nak tau kenapa tanyalah orang Manek Urai. Berapa mereka dapat untuk satu keluarga sehingga boleh tampung dua tiga bulan tak payah nak pergi menoreh.
Jika kempen lebih panjang di dalam bulan Ramadhan, maka lagi jimat orang Permatang Pasir kerana setiap hari ada sahaja majlis berbuka puasa dan sahur yang akan dianjurkan oleh pihak yang bertanding.
Apapun kepada pihak yang bertandingjagalah akhlak lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Bertanding secara sihat di atas padang yang sama rata. Mediapun diharap jaga akhlak dan etika. Jangan ada unsur "spinning". Ingat di dunia anda spin, di akhirat nanti jenuh anda akan di 'spin' oleh para malaikat.
No comments:
Post a Comment