Sehingga kini sudah 32 orang meninggal dunia akibat H1N1 di Malaysia. Namun kaedah rawatan dan penawarnya masih belum ditemui. Sebagai orang Islam, maka kita wajar trurt berusaha melalui kaedah Islam sejajar dengan firman Allah s.w.t dalam Al Quran surah Al-Isra ayat 82.
"Dan kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman".
Rasullullah bersabda" Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla". Hadis riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Jabir dari Rasullullah.
Di dalam Islam aspek kebersihan amat dititikberatkan di dalam soal makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan persekitaran sesuai dengan agama Islam sendiri yang menuntut kebersihan apabila melakukan ibadat sama ada zahir ataupun batin.
Dalam menangani penyakit H1N1, maka adalah wajar dikuarantin mereka yang dijangkati atau disyaki dijangkiti kerana dalam hal penyakit berjangkit, Rasulullah sendiri mengajar agar setiap kita menjauhi pesakit yang mengidap penyakit berjangkit dengan merujuk kepada pesakit kusta.
Selain itu, kita juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan makanan yang disebutkan di dalam Al Quran seperti buah zaitun, kismis, madu dan habbatus saudah. Makanan ini telah disebut sebagai makanan kesihatan dan penyembuh penyakit dan lebih-lebih lagi sebagai makanan kepada ahli syurga di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment