Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an. Harian Metro melaporkan mengenai kejadian lori beras terbalik di Marang, Terengganu.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kejadian itu secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapatkan bekalan beras percuma sebagai persediaan Ramadhan tidak lama lagi.
Inilah realiti dalam masyarkat kita yang sudah tidak dapat membezakan antara rezeki yang halal dan haram. Apatak lagi rezeki yang haram itu digunakan untuk melakukan ibadat puasa.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”
Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.
Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.Rasulullah
SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita.
Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”
Orang yang hatinya gelap tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil dan lebih terdorong untuk melakukan perkara yang diharamkan dan sukar untuk melakukan amal kebaikan. Hati yang gelap sukar untuk mengingati sesuatu yang dipelajari dan menjadi benak.
No comments:
Post a Comment