Wednesday, January 31, 2007

Adab Memberi Salam

Memberi salam adalah satu yang dituntut di dalam Islam dan menjawab salam adalah wajib. Namun kedudukan hukum tersebut akan bertukar dalam beberapa keadaan tertentu.
Memberi salam adalah dituntut (mendapat pahala) diberikan kepada sesama Muslim kerana salam itu adalah doa untuk kesejahteraan dalam erti kata lain mohon mendapatkan kerahmatan daripada Allah. Menjawab salam pula adalah wajib, yakni mendapat pahala bila melakukannya dan berdosa jika meninggalkannya.

Namun hukum tersebut akan bertukar dalam keadaan berikut:-

Makruh – jika memberi salam kepada orang yang di dalam tandas. Mungkin, bila masuk bilik air tengok semua pintu dah tutup. Tolak semua kunci. Kitapun dengan penuh sopan sambil ketuk pintu tu bagilah "Assalamualaikum". Tujuan kita nak minta dia cepat le keluar. Namun perbuatan tersebut adalah makruh. Tak buat dapat pahala. Satu lagi kalau kawan yang dok dalam menyampuk jawaplak dia. Berkata-kata dalam tandas adalah tidak digalakkan.
Makruh juga memberi salam ketika majlis ilmu sedang berlangsung. Tak apa juga kalau dalam majlis kuliah atau majlis lain tetapi kalau khatib tengah baca khutbah. Dalam hal ini makmum tak perlu jawab sebab bila bertembung antara makruh (beri dan jawab salam) dan wajib (diam ketika berkhutbah), maka wajib mendominasi.

Haram menjawab salam orang kafir. Dibolehkan kalau untuk menjaga maslahat umum setakat waalaikum. Jangan pula jawapan waalaikum sam yang bermaksud kecelakaan. Itu juga dilarang. Walaupun dia kafir kita dilarang mendoakan kecelakaan kepadanya kerana mungkin suatu hari nanti dia menerima hidayah untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Dan kita ni pun kena sentiasa memastikan bahawa kita berada di dalam Islam hingga akhir hayat. Banyak contoh-contoh yang dibawakan sejak zaman Rasullullah s.a.w. lagi mengenai hal ini.

Harus tidak menjawab salam orang fasik dan munafik. Orang fasik ialah orang berada dalam gelumang dosa. Peminum arak, kaki judi, orang yang tidak melakukan rukun Islam dan sebagainya adalah berada dalam kategori ini. Tujuannya agar dia sedar bahawa dia banyak buat maksiat dan tak selayaknya mendapat rahmat Allah. Tapi selalunya makhluk yang jenis ni banyak yang bengong lalu diapun komplain la apa la depa tu aku bagi salam pun tak jawab.

Haram bagi salam di dalam keadaan melakukan maksiat. Dalam disko, bar, tempat pelacuran atau di mana saja tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah. Teman pernah bertemu dengan peristiwa begini. Ini berlaku di sebuah resort di P Pangkor ketika Pandu Misteri yang dianjurkan oleh tempat kerja teman suatu masa dulu. Si Mamat ni dengan selambar je gi kat kaunter Bar (open bar kat reception) bagi salam kat bar attendent tu " Assalamualaikum … bagi beer satu" … Nak sejahtera ape kemender nye lepas tu lalok semacam.

Wallahuaklam.

No comments: