Monday, December 28, 2009

Abolished RM4.50 in 2007, but charges RM24.50 two years later

There is no free education in Malaysia - not as claimed by the Minister. Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom announced that school fees f0r 2010 had been set at RM24.50 for primary school pupil and RM33.50 for secondary school students. PTAs are allows to charges additional fees based on their activities and parents' socio-economic background.

Sunday, December 27, 2009

Bila Zainal Sakom berfatwa

Apa pandangan para Mufti bila Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Sakom "berfatwa" bahawa adalah suatu yang fardu kepada umat Islam untuk mengembalikan negeri Selangor kepada pemerintahan Umno-BN. Beliau juga mengaitkan perkara ini dengan pembentukan kerajaan Islam oleh Rasulullah s.a.w.

Kalau Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan seruan seumpamanya, maka ramailah para cendikiawan Islam, khususnya mufti Perak dan Johor mengecam beliau.

Monday, December 21, 2009

Kejohanan Street Soccer Masjid Bandar Tasik Puteri

Kejohanan Street Soccer anjuran Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang telah diadakan pada Hari Sabtu, 19 Disember 2009. Selain perlawan bolasepak, para peserta juga mengambil bahagian dalam program tazkirah selepas solat maghrib yang mendedahkan peserta tentang pentingnya menjaga solat dan akhlak sebagai seorang muslim. Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang umatnya beriadah, tetapi setiap muslimin dan muslimat harus menjaga akhlak khususnya dalam hal menjaga aurat dan menunaikan solat. Penyampaian hadiah serta jamuan makan (dalam dulang) diadakan selepas solat Isyak.














































Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431

Syukur esok umat Islam seluruh dunia akan menyambut tahun baru hijrah 1431. Ini bererti bahawa sudah 1431 peristiwa baginda Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah di dalam proses menyampaikan ajaran Islam.

Sesungguhnya hijratul Rasul ini memberikan pengajaran kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia ini, iaitu meliputi penghijrahan sama ada fizikal mahupun spiritual.

Penghijrahan bermakna daripada keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang baik atau daripada keadaan baik kepada yang lebih baik. Penghijrahan juga seharusnya atas dasar yang berlandaskan syarak.

Monday, November 09, 2009

Organizational Culture


Organizational Culture has been defined as "the specific collection of values and norms that are shared by people and groups in an organization and that control the way they interact with each other and with stakeholders outside the organization.

Organizational values are beliefs and ideas about what kinds of goals members of an organization should pursue and ideas about the appropriate kinds or standards of behavior organizational members should use to achieve these goals.

From organizational values develop organizational norms, guidelines or expectations that prescribe appropriate kinds of behavior by employees in particular situations and control the behavior of organizational members towards one another." (Hill & Jones, 2001)

Senior management may try to determine a corporate culture. They may wish to impose corporate values and standards of behavior that specifically reflect the objectives of the organization. In addition, there will also be an extant internal culture within the workforce.
Work-groups within the organization have their own behavioral quirks and interactions which, to an extent, affect the whole system. Task culture can be imported.

For example, computer technicians will have expertise, language and behaviors gained independently of the organization, but their presence can influence the culture of the organization as a whole.

Wednesday, November 04, 2009

Qurban Mulia Di Tempat yang Lebih Memerlukan



Kini musim haji menjengah kembali dan umat Islam yang berkemampuan akan menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Selain itu ibadah yang digalakkan dilakukan sempena Aidil Adha ialah melakukan ibadah qurban di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini sempena peristiwa besar yang berlaku di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ibadah qurban dilakukan dengan mengagihkan daging atau diberi makan kepada golongan fakir miskin. Namun pada hari ini di dapati ibadah qurban seakan menjadi adat di mana pelaksanaannya tertumpu di kawasan orang yang mewah dan senang.

Kedapatan kadang-kadang sampai 20 hingga 30 ekor lembu disembelih di satu-satu kawasan yang pada zahirnya didiami oleh orang yang berada. Memang daging sembelihan diagihkan kepada orang miskin dan anak yatim, namun sebahagian lagi dibawa balik atau diagih-agihkan kepada golongan berada.

Sepatutnya qurban dibuat di kawasan yang di diami oleh orang miskin, susah atau fakir dan golongan yang berada memberikan wang untuk membeli lembu dan disembelih di kawasan golongan yang susah. Contohnya di rumah anak yatim dan di kawasan yang dikenal pasti ramai orang susah sama ada dalam atau luar negara.

Wednesday, October 28, 2009

Aceh Laksana Kod Pakaian Islam

BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan. Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil .
"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.
"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.
Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.
"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.
"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya. - AFP

Tuesday, October 20, 2009

Pemimpin dan Tanggungjawabnya

" Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang ketua adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang khadam atau pembantu rumah adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. " - sabda Rasulullah s.a.w

Pelabur Risau, Internet M'sia Lembab

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia."

Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:"Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka?

Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.

"Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

"Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu "batu loncatan" kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

"Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia," katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan -- BERNAMA

Monday, October 19, 2009

Aidil Fitri For All

Aidil Fitri menjadi medan untuk mengeratkan tali silatul rahim antara ahli masyarakat.


































































































































































Islam Agama Kasih Sayang

Islam adalah agama kasih sayang yang perlu disyukuri oleh semua mukmin kerana ia merupakan anugerah terbesar Allah SWT.

"Tanpa kasih sayang Allah, tidak ada ibu kandung yang mahu mengandungkan dan melahirkan anak, ini semua adalah kasih sayang Allah yang ditaburkan kepada makhluk-Nya."

"Selain itu, orang Islam adalah bersaudara namun syarat untuk bersaudara adalah kasih sayang" jelas penceramah terkenal Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz.

Menurutnya sifat tuhan yang disebutkan di dalam surah Al Fatihah ialah Arrahman dan Arrahim iaitu pengasih dan penyayang dan umat Islam menyebut kalimat itu sebanyak 34 kali sehari semalam di dalam solat.

Beliau berkata demikian di dalam forum Perdana Bulanan bersiri dan bersilibus yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Menurut beliau lagi, kasih sayang adalah satu anugerah yang tidak boleh dicari dan dibuat-buat. Ia perlu dipupuk menggunakan tali Allah dengan konsep tolong menolong, saling faham memahami dan bertolak ansur.

Friday, October 09, 2009

TOLERANSI DENGAN ORANG BUKAN ISLAM SUATU TUNTUTAN DAKWAH

Islam adalah agama yang sempurna. Islam telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia, termasuk di dalamnya adalah konsep toleransi dan cara hidup dalam masyarakat majmuk dan toleransi dengan orang bukan Islam adalah tuntutan dakwah, itu pengajaran daripada khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM pada 9 Oktober 2009.

"Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik dan Allah SWT mengajarkan konsep toleransi, dengan tujuan wujudnya perdamaian umat manusia di muka bumi ini", kuthbah tersebut dipetik.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108:

Maksudnya : “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa umat Islam wajib menghormati masyarakat bukan Islam. Kita ditegah mencemuh atau mengejek mereka, kerana mereka akan membalas penghinaan tersebut. Inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam.

"Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berbeza akidah sekalipun."

Khutbah juga mengingatkan umat Islam bahawa Allah SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak penganut agama lain. Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan akidah. Sebaliknya jika hak Islam digugat, maka baharulah Islam mengizinkan tindakan yang lebih keras.

Ini disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa Islam menyuruh umatnya menghormati penganut agama lain. Oleh yang demikian, sebarang tindakan kekerasan terhadap masyarakat bukan Islam dengan alasan berbeza agama adalah tidak dibenarkan secara syariat.

Sememangnya al-Quran ada menyebutkan tentang prinsip orang Yahudi dan Nasrani yang tidak akan menerima dan terus membenci umat Islam sehingga kita mengikut agama mereka. Namun, sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat sekalian alam, kita tidak dibenarkan memusuhi dan memerangi mereka tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.

Penghormatan terhadap masyarakat bukan Islam juga telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW, tatkala baginda membuat Piagam Madinah. Baginda secara jelas menyebut bahawa orang Yahudi sebagai satu umat. Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim (makar), hendaklah dilindungi dan diberi keamanan.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mafhumnya: “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.

Sebagai umat Islam, kita dilarang menghakimi mereka. Tetapi kita hendaklah tegas dalam menyatakan keesaan Allah SWT. Toleransi bukan bererti kita mengakui kebenaran keyakinan mereka. Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada toleransi.

"Mimbar menyeru marilah kita merenung kembali pemahaman agama kita. Semoga dengan itu, kita mampu mencapai misi Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia.", menurut teks khutbah itu lagi.

Oleh itu mimbar ingin mengingkatkan bahawa pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Kita perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam. Oleh itu, menghormati mereka memberi peluang besar kepada kita untuk berdakwah.

Maksudnya : “Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (Surah Al-Kaafirun: 1-6)

Monday, October 05, 2009

Majlis Jamuan hari raya

Alhamdulillah majlis jamuan hari raya telah berlangsung dengan sempurna - cuaca yang baik, makanan cukup untuk tetamu serta kehadiran yang mengembirakan walaupun ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas untuk datang ke majlis kami.






































































Terima kasih kepada jiran-jiran dan rakan-rakan yang sudi memeriahkan majlis kami.

Friday, October 02, 2009

Pengamal Rasuah Adalah Pengkhianat Negara

Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dalam khutbah Jumaat pada 2 Oktober 2009 telah menyifatkan bahawa orang yang mengamalkan rasuah adalah pengkhianat negara.

"Rasuah adalah perbuatan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat manusia di semua tempat. Berdasarkan laporan dalam media cetak dan elektronik di dapati pada kebiasaannya penglibatan rasuah dalam politik, sektor perkhidmatan awam, swasta dan orang awam meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu. "teks khutbah dipetik.

Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang Qat’ie iaitu al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak Ulamak. Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Manakala sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani:
Mafhumnya: “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.

Khutbah menjelaskan bahawa apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah mereka yang melakukan rasuah atau bersyubahat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat.

"Berdasarkan pemerhatian mimbar, besar pangkat seseorang maka besarlah peluang untuk merompak harta rakyat dan semakin pintar pula untuk melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah."

Jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.

Menurut khutbat ini, pengamal, penyalahguna dan mereka yang bersyubahat dengan rasuah adalah pengkhianat negara. Apa yang nyata, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi tetapi mereka yang terlibat gagal membuat penilaian dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini.
Oleh itu, mimbar Jumaat pada hari itu menyeru semua pihak sama-sama berusaha untuk memerangi jenayah rasuah dalam negara kita secara serius demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan.

Di dalam teks itu juga dijelaskan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang.

Thursday, October 01, 2009

Bila YB "JALAN", Baru projek-projek jalan

Perkhabaran dari rakan di Bagan Pinang bahawa projek "mee segera" dah mula muncul.
Yang paling jelas ialah projek menaik taraf jalan raya disekitar bandar Port Dickson.

Waktu Manek Urai banyak projek "mee segera" dilaksanakan dan BN hampir-hampir menang. Walaupun begitu kerana tak menang di Manek Urai, di dalam p/raya kecil Permatang Pasir tiada projek "mee segera" dibuat dan kalah lagi.

Projek pembangunan adalah keperluan rakyat dan ia menjadi hak rakyat mendapatkannya sepanjang masa. Ia tidak seharusnya menjadi "tagan" atau umpan oleh mana-mana pihak dalam pilihanraya.

Takkan nak tunggu YB jalan dulu, baru projek-projek nak jalan ...

Monday, September 28, 2009

Bandar Parit Buntar









Perak memang terkenal dengan menara jam di tengah bulatan. Gambar menunjukkan menara jam di bandar lama Parit Buntar. Kedudukannya berhampiran padang bandaran. Menara jam juga boleh di dapati di bandar Taiping, Kuala Kangsar dan yang terkenal di Teluk Intan.


Gambar di atas menunjukkan jambatan yang merentasi Sungai Kerian menghubungkan dua negeri iaitu Perak dan Kedah.
Sungai Kerian mempunyai kisah tragis di mana kejadian feri karam telah berlaku pada 13 September 1972. Ramai murid sekolah terbunuh apabila bas yang membawa mereka terhumban ke dalam sungai berikutan satu daripada dua kabel yang mengapungkan feri terputus. Selepas kejadian itu jambatan yang menghubungkan Parit Buntar dan Bandar Baharu, Kedah telah dibina dan siap pada tahun 1977.












Sembang di Hari Raya

Seperti biasa tiap kali hari raya balik kampung di Parit Buntar dan Bt Kurau. Dalam berkumpul dan berziarah banyak cerita yang dibicarakan dari soal politik, ekonomi, pendidikan dan hal kekeluargaan di kalangan saudara mara dan handai taulan.

Soal politik terus hangat dibicarakan sejak Februari 2009 dan nampaknya kemelut ini sukar untuk diselesaikan. Soal pilih kasih dalam pemberiaan bantuan penduduk luar bandar turut diperkatakan dan dihangatkan lagi kegagalan pembayaran saguhati kepada imam, bilal dan siak masjid di Perak sebelum Aidil Fitri.

Turut dibincangkan sesama keluarga bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan di dalam menghadapi kemelut ekonomi. Pelbagai program perniagaan dibincangkan menurut kesesuaian masing-masing. Apa yang penting menjana pendapatan tambahan untuk keluarga selain memenuhi minat.

Yang penting hari raya adalah hari berkumpulnya adik beradik dan saudara mara.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AIDIL WAL FAI'ZIN


Selamat Berhari raya diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga mendapat ganjaran di atas amal soleh yang dikerjakan dan bertambah taqwa kepada Allah.


Penuhi hari kebesaran ini dengan perkara yang maaruf dan jauhi perkara mungkar. Moga mendapat keberkatan dalam hidup.


SALAM AIDIL FITRI

Wednesday, September 16, 2009

Isteri, Anak dan Harta Adalah Fitnah Kepada Lelaki

Lelaki mempunyai tanggungjawab yang berat kerana sebagai ketua keluarga ia mempunyai tanggungjawab ke atas keluarga dan harta bendanya. Para ulama menyatakan bahawa isteri, anak dan harta adalah fitnah ke atas lelaki.

Apa yang dimaksudkan fitnah tersebut ialah kerana isteri, anak dan harta jika tidak dijaga dengan sempurna menurut kaedah Islam akan membawa malapetaka atau keburukan kepada lelaki tersebut sama ada di dunia mahupun akhirat.

Oleh itu lelaki mesti memastikan bahawa isteri dan anak-anak mendapat pendidikan agama yang sempurna dan menjalani kehidupan menurut syariat Islam. Jika isteri dan anak-anak melakukan perkara yang salah maka suami atau bapa wajib menegurnya. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan lelaki tersebut akan mendapat dosa di atas dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya.

Begitu juga harta akan menjadi beban kepada seorang lelaki jika harta yang diperolehi tidak dibelanjakan untuk jalan Allah dan digunakan untuk tujuan maksiat. Sumber harta tersebut dperolehi juga mestilah menurut syariat Islam. Harta yang diperolehi secara haram dan subhah akan melahirkan keluarga yang tidak harmoni dan masyarakat yang bermasalah.

Oleh itu seorang lelaki wajib memikul tanggungjawab ke atas isteri, anak-anak dan hartanya agar tidak menjadi penghalang kepada beliau dari memasuki syurga nanti.

Friday, August 28, 2009

Cara Hukuman Rotan Dijalankan

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang melalui Seksyen 125 dan 126 dengan jelasnya telah mengariskan cara untuk melaksanakan hukuman sebat.

Siapa kata mesti dilaksanakan oleh Pakar?

Perlaksanaannya secara mudah boleh digariskan seperti berikut :-

Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.

Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25 cm (1/4 inci).

Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.

Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.

Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.

Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan secara duduk.

Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

Tujuan sebatan itu bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menjadi pengajaran sahaja.

Thursday, August 27, 2009

Islam Moderate ..Macam Mana?

Islam moderate.. Macam mana ya??????

Mulanya isu arak di Selangor dan kini juga berkenaan isu arak di Pahang. Bila bab undang-undang dan kuasa pentadbiran syariah ramai yang akan menentang, tetapi bab undang-undang sivil tak pula yang buat bising. Kenapanya

Bila Selangor nak laksanakan undang-undang pentadbiran syariah berkenaan arak ramai yang menentang dan pelbagai pendapat yang negatif dilontarkan dan kini bila hukuman ke atas pesalah arah hendak dilaksana ramai yang panas punggung sedangkan orang kena hukum redha pada hukuman tersebut.

Aku tak faham kenapa mereka ni, khususnya orang politik yang membangkang pelaksanaan undang-undang ini sedangkan di kalangan mereka inilah yang mengubal dan meluluskan undang-undang tersebut. Kenapa ketika digubal dan diluluskan tidak ditentang habis-habisan. Kuasa ada pada mereka. Kalau setakat diluluskan untuk menunjukkan bahawa setiap negeri ada undang-undang syariahnya tetapi takut atau tak nak dikuatkuasakan lebih baik tak payah buang masa dan wang.

Antara suara yang menentang menggunakan alasan bahawa ia mencemar negara kerana kita mengamalkan Islam moderate. Apa makna Islam moderate tu ? Pada mereka Islam moderate adalah mengikut acuan barat, iaitu tiada undang-undang mengawal moral penganut agama dan setiap individu bertanggungjawab atas dirinya sahaja dan orang lain atau masyarakat tiada hak untuk campur tangan dalam urusan harian mereka.

Ikut indicator mereka Islam moderate tidak kisah jika seseorang itu tidak mengikut segala suruhan dan larangan Islam. Contoh Islam moderate membenarkan tidak menutup aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendapatkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan dsbnya.

Sedangkan Islam itu sebenarnya agama moderate - agama pertengahan yang menyuruh umatnya melakukan kebaikan (patuh dan akur kepada suruhan) dan meninggal segala larangan. Contohnya - Islam suruh menutup aurat, tetapi memadai dengan pakaian yang sempurna tanpa mengira harga dan jenis materialnya. Islam suruh beribadat, tetapi jangan sampai meninggalkan mencari kesenangan dunia.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan: Antara Adat & Ibadat

Bezakan antara adat & ibadat di dalam melakukan amalan soleh. Begitu juga dalam bab berpuasa hendaklah dilakukannya menurut syarak (ibadat) dan bukan secara adat. Pertama sempena bulan yang mulia ini kita pohon keampunan dan kemaafan dengan semua insan yang mungkin telah kita sakiti hati mereka, mungkin kita telah zalimi mereka atau berbuat sesuatu yang buruk pada mereka.

Sesungguhnya di dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia. Allah akan ampunkan dosa hambanya kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia yang hanya selesai jika kemaafan diberikan.

Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf sepanjang masa jika kita sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan kepada insan tertentu bukan tunggu sehingga bulan Syawal kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita. Kalau yang ada ibubapa minta maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti.

Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri di atas perbuatan dan amalan kita yang lalu, bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka.

Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan. Hatta orang tidur di siang hari dalam kadar tertentu pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.

Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan. Bukan masanya lagi untuk membuat persediaan menghadapi Syawal. Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah.

Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini. Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita.

Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita. Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat.Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, sekali lagi sebagai turning point for us to move forward. Dan tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti.

Akhirnya sama-samalah kita jaga solat kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain. Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu solat.

Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua. Insya Allah. Wallahhu Aklam.

Wednesday, August 19, 2009

COULD BE ANOTHER BY ELECTION

Kedah State Assembly's speaker had notified Kedah's SPR on the position of Kota Siputeh State Assemblyman Datuk Abu Hassan Sarif in virtue lost his postion as assemblyman when he failed to attend two sitting consecutively without permission. This is inline with Section 51 of Kedah State Constitution stated that "mana-mana anggota DUN yangtidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Gagal Bayar Subsidi Punca Gula Tiada?????

Bekalan gula kurang di pasaran kerana pengilang kurangkan pengeluaran. Kenapa? Mengikut kata seorang peruncit sudah 7 (tujuh) bulan kerajaan gagal membayar subsidi kepada pengilang. Mungkin juga ...

Gula adalah barangan kawalan dan bagi memastikan harganya rendah dan dikawal kerajaan, maka kerajaan akan membayar perbezaan antara harga syiling jualan dengan harga kompetitif pasaran terbuka kepada pengilang.

Namun umum mengetahui bahawa keadaan ekonomi sekarang agak suram dan kedudukan kewangan negara juga kuncup. Oleh yang demikian dengan wang yang terhad, maka yang keutamaan dalam pelbelanjaan akan dibuat. Dengan itu mungkin sebabnya kerajaan meletakkan keutamaan membayar kepada pengilang di kedudukan lebih rendah.

Bila Ramadhan menjelang, kebiasaannya permintaan bertambah kerana banyak kuih muih dan juadah dibuat lebih daripada hari biasa khusus untuk berbuka puasa dan hari raya. Bila bekalan tiada rakyat menjerit, maka pengilang gunakan kesyukaran rakyat ini untuk menekan kerajaan agar membayar subsidi tersebut.

Tuesday, August 11, 2009

Kisah Gula dan Gula-Gula

Menjelang Ramadhan tiba-tiba gula hilang dari rak-rak sama ada di kedai runcit hinggalah kepada pasaraya-pasaraya besar. Cerita yang sama juga berlaku pada tahun lepas. Nak kata sebab penyeludupan menyebabkan gula tidak ada di pasaran tempatan tak logik sangat sebab kawalan di sempadan adalah ketat dan kalaupun berjaya diseludup takkan sampai boleh menjejaskan pasaran tempatan.

Kalau dalam istilah ekonomi dan pemasaran perbuatan ini dipanggil "hoarding" iaitu menyorok in a way to create an artifical shortage of supply. Tujuannya untuk menuntut harga yang lebih tinggi. Biasalah dalam ekonomi kapitalis "the price is determined by demand and supply". Jadi bila permintaan tinggi dan penawaran kurang maka wajar bagi mereka untuk naikkan harga. Apapun kementerian hal ehwal pengguna kena ambil tindakan terhadap pembuli ekonomi yang layak digelar pengkhianat negara kerana meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat dan negara.

Kalau gula bekalannya sukar diperolehi, namun menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir nanti, maka kita akan lihat penggundi di sana akan mendapat gula-gula. Banyak projek segera akan muncul sebagai gula-gula kepada pengundi untuk mengundi parti tertentu. Sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan Gula-Gula ini akan muncul dalam setiap pilihanraya baik umum maupun kecil. Yang terbaru di Manek Urai di mana pengundi digula-gulakan dengan projek Jambatan, projek agropolitan dan sebagainya.

Persoalannya apakah pengundi di Permatang Pasir boleh digula-gulakan sebagaimana di Manek Urai di mana majoriti orang Manek Urai baru dan lama termakan akan gula-gula tersebut.

Kalau terlebih gula boleh kena kencing manis, tapi terlebih gula-gula boleh buat orang menangis.

Entahlah ..

Orang Pmt Pasir Bakal Dapat Duit Raya

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mesyuaratnya telah menetapkan pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 dengan penamaan calon pada 17 Ogos 2009.

Pada tarikh itu, umat Islam baru sahaja menjalani puasa yang keempat dan ini merupakan rezeki kepada orang Permatang Pasir kerana pilihanraya kecil akan membuka peluang kepada mereka untuk pelbagai imbuhan khususnya projek pembangunan dan tidak kurang juga wang ringgit. Jika pilihanraya kecil yang dijalankan sebelum ini dijadikan contoh, maka penduduk Permatang Pasir boleh beraya sakan tahun ini.

Kalau nak tau kenapa tanyalah orang Manek Urai. Berapa mereka dapat untuk satu keluarga sehingga boleh tampung dua tiga bulan tak payah nak pergi menoreh.

Jika kempen lebih panjang di dalam bulan Ramadhan, maka lagi jimat orang Permatang Pasir kerana setiap hari ada sahaja majlis berbuka puasa dan sahur yang akan dianjurkan oleh pihak yang bertanding.

Apapun kepada pihak yang bertandingjagalah akhlak lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Bertanding secara sihat di atas padang yang sama rata. Mediapun diharap jaga akhlak dan etika. Jangan ada unsur "spinning". Ingat di dunia anda spin, di akhirat nanti jenuh anda akan di 'spin' oleh para malaikat.

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Sehingga kini sudah 32 orang meninggal dunia akibat H1N1 di Malaysia. Namun kaedah rawatan dan penawarnya masih belum ditemui. Sebagai orang Islam, maka kita wajar trurt berusaha melalui kaedah Islam sejajar dengan firman Allah s.w.t dalam Al Quran surah Al-Isra ayat 82.

"Dan kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman".

Rasullullah bersabda" Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla". Hadis riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari Jabir dari Rasullullah.

Di dalam Islam aspek kebersihan amat dititikberatkan di dalam soal makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan persekitaran sesuai dengan agama Islam sendiri yang menuntut kebersihan apabila melakukan ibadat sama ada zahir ataupun batin.

Dalam menangani penyakit H1N1, maka adalah wajar dikuarantin mereka yang dijangkati atau disyaki dijangkiti kerana dalam hal penyakit berjangkit, Rasulullah sendiri mengajar agar setiap kita menjauhi pesakit yang mengidap penyakit berjangkit dengan merujuk kepada pesakit kusta.

Selain itu, kita juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan pengambilan makanan yang disebutkan di dalam Al Quran seperti buah zaitun, kismis, madu dan habbatus saudah. Makanan ini telah disebut sebagai makanan kesihatan dan penyembuh penyakit dan lebih-lebih lagi sebagai makanan kepada ahli syurga di akhirat kelak.

Monday, August 10, 2009

Benda Haram Mematikan Hati

Ini rezeki kami, kalau kami tak ambil, orang lain yang ambil kata seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir berusia 20-an. Harian Metro melaporkan mengenai kejadian lori beras terbalik di Marang, Terengganu.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Pak Mat berkata, kejadian itu secara tidak langsung membolehkan penduduk mendapatkan bekalan beras percuma sebagai persediaan Ramadhan tidak lama lagi.

Inilah realiti dalam masyarkat kita yang sudah tidak dapat membezakan antara rezeki yang halal dan haram. Apatak lagi rezeki yang haram itu digunakan untuk melakukan ibadat puasa.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”

Itu adalah sabda Rasulullah SAW mengenai sesiapa yang mengambil sesuatu yang haram dan memasukkan ke dalam tubuhnya.Hari ini, manusia bergerak tanpa menitik beratkan perkara ini. Manusia berjalan tanpa memandang akan besarnya perkara ini. Mereka makan apa yang mereka mahu, mereka mengambil duit dari segala sumber tanpa mempunyai sensitiviti dalam perkara halal haram.

Hakikatnya, memasukkan perkara-perkara haram, seperti makanan, mahupun membeli makanan dari sumber duit yang haram, akan memberikan kesan kepada hati kita.Rasulullah

SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.”Maka sumber makanan kita juga perlu dijaga kerana makanan yang bersumberkan dari sumber yang haram sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada hati kita.

Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.”

Orang yang hatinya gelap tidak dapat membezakan antara yang hak dan batil dan lebih terdorong untuk melakukan perkara yang diharamkan dan sukar untuk melakukan amal kebaikan. Hati yang gelap sukar untuk mengingati sesuatu yang dipelajari dan menjadi benak.

Friday, August 07, 2009

Bahaya Arak Dalam Masyarakat

Isu arak menjadi polimek baru di Negeri Selangor. Sebagai seorang Islam, saya amat menyokong tindakan Datuk Dr Hassan Ali di dalam isu arak di Shah Alam dan Selangor umumnya. Ini kerana di dalam Islam, meminum arak adalah antara dosa besar kerana mudarat oleh arak sangat banyak. Wajib pihak berkuasa mengawal penjualannya di kalangan orang Islam.

Dalam Al Quran dan hadis menceritakan akan larangan mengenai arak dan kesannya kepada individu dan masyarkat. Antaranya:-

Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “(al Maidah: 90).

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiap-tiap yang memabukkan itu khamar dan semua yang memabukkan itu haram. Dan siapa yang minum khamar di dunia sehingga mati belum bertaubat maka tidak akan dapat minum khamar diakhirat."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Usman bin Affan r.a. ketika berkhutbah berkata: "Hati-hatilah kamu dengan khamar sebab ia adalah ibu kepada dosa-dosa yang keji, sesungguhnya dahulu ada seorang abid yang biasa pergi masjid, tiba-tiba ia bertemu dengan seorang wanita pelacur, maka ia dipanggil oleh pelayannya dan dimasukkan kedalam rumahnya, lalu ditutup pintunya. Sedang disisi wanita itu ada segelas khamar dan seorang anak kecil. Maka berkata wanita itu: "Engkau tidak boleh keluar sehingga minum khamar atau berzina padaku atau membunuh anak kecil ini. Jika tidak saya akan menjerit dan berkata: "Ada orang masuk kerumahku." Jawab abid itu: "Zina saya tidak mahu, membunuh juga tidak." Lalu ia memilih khamar sahaja. Dan setelah ia minum dan mabuk maka ia berzina dan membunuh bayi itu." Usman berkata: "Kerana itu tinggalkanlah khamar itu kerana ia sebagai ibu dari dosa-dosa dan sesungguhnya tidak dapat berkumpul iman dan khamar didalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satu. Yakni seorang jika telah mabuk maka akan keluar dari lidahnya khalimat-khalimat kufur lalu menjadi kebiasaan sehingga dibawa amti dalam khalimat itu sehingga menyebabkan ia kekal dalam neraka."


Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
· Yang memerah
· Yang minta diperah
· Yang minum
· Yang memberi minum
· Yang membawa
· Yang menghantar
· Yang membekal
· Yang menjual
· Yang membeli
· Yang menyimpan

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Athaa' bin Yasaar berkata: "Ada orang tanya kepada Ka'bul ahbar: "Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?" Jawabnya: "Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru" itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar." Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi."

Antara kesan dan keburukan meminum arak ialah:

· Peminumnya seperti orang gila dan menjadi tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal. Ibn Abud-Dunia berkata: "Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj'alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: "Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan."

· Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal." sedangkan Islam amat menitik berat soal menjadi akal dan harta

· Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Innama yuridus syaithanu an yuqi'a bainakumul adawata walbagh dhaa'a filkhamri walmaisir." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi."

· Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun." (Yang bermaksud): "Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?" Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): "Intahainaa ya Robbi." (Yang bermaksud): "Kami hentikan ya Tuhan."

· Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar

· Ia pembuka dari segala kejahatan sebab apabila mabuk ia mudah berbuat segala maksiat

· Mengganggu malaikat rahmat yang menjaganya kerana memasukkan ke majlis fasiq dan adanya bau busuk.

· Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan

· Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari

· Dikhuatiri mati ketika iman dicabut dari dalam dirinya.

Thursday, August 06, 2009

The History of CIMB

Below are the events leading to the formation of CIMB Group. It was comprising of the process of merger, taking over, acquisition and joint venture involving several companies either local or international.

1924: Bian Chiang Bank was established in Kuching by Wee Kheng Chiang. Its primary activities were business financing and the issuance of bills of exchange.

1935: Ban Hin Lee Bank (BHLB) was established in Penang by Yeap Chor Ee. Its Original focus was serving local businessmen in their trading and merchant activities. In the 1960s it branched out into real estate and home financing and by 1990 it had become a modern and thriving financial instituition. It was then listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange on January 7 1991.

1965: Southern Bank Berhad (SBB) was founded as Southern Banking Ltd. It started out in Penang but quickly expanded and set up operations in Kuala Lumpur. It was soon recognized as an important player in wealth management products, credit cards and small-medium enterprise lending (SME).

1965: Bank Bumiputra Malaysia Berhand (BBMB) was incorporated. This was in line with government initatives to increase Bumiputra participation in the national economy. The bank grew to be the most prominent bank for all Malaysians with branches throughout the country. By 1980 it had become the largest bank in the country in terms of assets and was the first domestic bank to have operations in New York, London, Tokyo, Bahrain and Hong Kong.

1972: United Asian Bank Berhad was established in Kuala Lumpur. This was a result of the merger of three Indian-owned banks; Indian Overseas Bank Ltd., Indian Bank Ltd., and United Commercial Bank Ltd. UAB started as a joint-venture in banking between Malaysia and India, taking over the operations of the Malaysian branches of Indian banks in 1972. It established a reputation for encouraging enterprise amongst less prosperous sections of the country.

1974: Pertanian Baring Sanwa Multinational Berhad (PBS) was incorporated by Bank Pertanian, Baring Brothers of United Kingdom, Sanwa Bank of Japan and Multinational bank of the United Kingdom. It was managed by the Baring Brothers and provided corporate advisory and funding services to multinationals.

1979: Bian Chiang Bank was renamed Bank of Commerce Berhad. This was a result of its purchase by the UMNO-owned Fleet group. In 1982, the bank became an institution with RM367 million in total assets and total shareholders’ funds of RM12.8 million.

1986: Pertanian Baring Sanwa Multinational Berhad was renamed Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB). This was a result of Bank of Commerce Berhad replacing Bank Pertanian as the controlling shareholder of PBS. CIMB retained its corporate finance focus and added stock broking to its range of services.

1991: Bank of Commerce acquired UAB. After the acquisition, Bank of Commerce’s branch network increased almost fourfold. The listed holding company was then renamed Commerce-Asset Holdings Berhad (CAHB). Then BBMB and Bank of Commerce merged in 1999. The result was the emergence of Bumiputra-Commerce Bank.

2000: As part of the government initiated banking consolidation plan, SBB acquired Ban Hin Lee Bank Berhad and also took over two smaller finance companies; Perdana Finance Berhad and Cempaka Finance Berhad.

2003: CIMB was listed on the main board of the KLSE. In the same year, CIMB Islamic was launched providing customers with Syariah compliant solutions.

2004: CIMB acquired 70% of Commerce Trust Berhad (CTB) and Commerce Asset Fund Managers Berhad (CAFM). This led to the formation of CIMB-Principal, a joint venture with the Principal Group of USA. Then in 2005, CIMB acquired Singapore based G.K. Goh which was established in 1979 as an international stock broker. This led to the formation of CIMB-GK, CIMB’s international investment banking operator.

2005: Commerce Asset Holdings Berhad (CAHB) announced its strategic decision to create a universal bank by combining its commercial and investment banks. Following this announcement, Bumiputra-Commerce Group was acquired by CIMB. As part of the exercise, CAHB was renamed Bumiputra-Commerce Holdings.

2006: In January, CIMB completed its restructuring exercise under Bumiputra-Commerce Holdings Berhad. The new CIMB Group was known as a universal bank. It made a transition to a full-service banking provider serving corporates to individuals. Then in March, CIMB Group acquired SBB after extensive negotiations. After the acquisition, in September CIMB Group was launched by the Prime Minister of Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad badawi.

2007: CIMB Group launched its flagship presence in both Thailand and USA through the establishment of CIMB-GK Securities (Thailand) Ltd. And CIMB-GK Securities (USA) Inc,. In November, CIMB Foundation launched as a not-for profit organization that will carry out the Group’s corporate social responsibility.

2008: CIMB Group entered into an agreement for a 19.99% stake in Bank of Yingkou adding mainland China to the Group’s network. In the same year CIMB Group undertook the merger of PT Bank Niaga TBK with PT Bank Lippo Tbk to create the 6th largest bank in Indonesia. CIMB Group and the Principal Financial Group launched CIMB-Principal Islamic Asset Management also in that year. Lastly, CIMB Group entered into an agreement with Financial Institutions Development Fund to purchase a 42.13% stake in Bank Thai Public Company.

Tuesday, August 04, 2009

Menyisih Watak Abdullah bin Ubai Dalam Diri Umat Islam

Adakah kita suka kepada peraturan Islam? Adakah tercuit hati kita bila Islam dipersendakan? Adakah kita mempersendakan orang yang mengajak ke arah Islam dan mengamalkan ajaran Islam? Apakah kita lebih suka kepada cara hidup beracuankan barat? Jika kita tak terasa apa bila Islam disendakan dan suka kepada maksiat sahlah watak Abdullah bin Ubai ada dalam diri kita. BERUBAHLAH sebelum terlambat.

Dalam setiap perjuangan pasti ada rintangan khususnya dalam bidang dakwah dan menegakkan agama Allah. Namun ada halangan yang senang dihadapi kerana ia mudah untuk dikesan dan diambil tindakan penyelesaian. Namun dalam kerja dakwah dan perjuangan Islam terdapat halangan yang sukar untuk diatasi kerana ia sukar untuk kesan iaitu insan yang berwatak Abdullah bin Ubai seorang munafikin yang hidup di zaman Rasullullah.

Kewujudan Abdullah bin Ubai dalam masyarakat Islam bukan sahaja akan membantutkan usaha dan perancangan untuk membangunkan jamaah Islam kerana apa juga yang berlandaskan syarak akan ditentang oleh golongan ini dengan pelbagai alasan berasaskan logik akal mereka. Golongan ini bukan sahaja mengelirukan umat Islam bahkan memberikan gambaran dan prasangka buruk di kalangan bukan Islam terhadap Islam.

Walaupun Abdullah bin Ubai telah lama mati, namun watak-watak yang dimilikinya terus diwarisi oleh kebanyakkan orang yang mengaku beragama Islam di sepanjang zaman. Golongan ini apabila diketengahkan idealisme Islam akan segera menyanggahnya dan apabila diajak berjuang akan keluarlah segala alasan untuk tidak menyertainya.

Media Makin Kacau

Media mempunyai peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan dan penyatuan masyarakat. Media berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat ke arah pembentukan masyarakat yang berilmu, bersatu serta bermoral tinggi.

Namun kini, didapati media telah menyelewang daripada landasan asas kewujudannya. Media menjadi medan untuk mempromosikan dan menonjolkan sesuatu golongan dan mempersenda serta memburukkan golongan yang lain. Media tidak lagi berperanan menyebar maklumat yang tepat dan benar ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni, tetapi lebih kepada propaganda dan kepentingan segolongan yang mendokonginya.
Apa yang terjadi media kini tanpa segan silu dan rasa bersalah menjadi alat pemecah belah masyarakat. Media menjadi alat penyebar kepada program yang meruntuhkan nilai dan adat resam bangsa serta mempromosikan cara kehidupan yang menyelewang daripada nilai dan prinsip-prinsip agama.
Ironinya, media yang sama dalam waktu yang lain menyeru agar masyarakat bersatu, berdisiplin, bermoral dan bepekerti mulia, tetapi bahan yang disajikan oleh media tersebut adalah berlawanan dengan apa yang dicanangkan oleh mereka.

Friday, July 31, 2009

The Principles of Ethical journalism

The principles of ethical journalism that are bound to uphold are (adapted from the Society of Professional Journal istsCode of Ethics).

The duty of the journalist is to further public enlightenment as the forerunner of justice and the foundation of democracy, by seeking truth and providing a fair and comprehensive account of events and issues. Conscientious journalists from all media and specialties strive to serve the public with thoroughness and honesty. Professional integrity is the cornerstone of a journalist’s credibility. Journalists should:-

1. Seek Truth and Report It – Journalists should be honest, fair

and courageous in gathering, reporting and interpreting information.

2. Minimize Harm – Ethical journalists treat sources, subjects and colleagues as human beings deserving of respect.

3. Act Independently – Journalists should be free of obligation to any interest other than the public’s right to know. [Advocacy journalists may of course intentionally and transparently adopt a non-objective viewpoint.]

4. Be Accountable – Journalists are accountable to their readers, listeners, viewers and each other.

Are all these ethical principlas are practising by our media?

Malaysians feel unsafe in the country

The majority of Malaysians who responded to a poll say that they feel unsafe in the country at the moment.

According to the Homes Ministry's website, 97% of 6,678 respondents to its poll said they did not feel safe due to the high crime rate.

More than half of the respondents formed this opinion because they or their family members were victims of crime while 36% of the respondents were influenced by news about crime.

Only 1% said they felt safe while the remaining percentage were uncertain.

The ministry’s website started a poll on Saturday to gauge the public’s views on the level of safety in the country and the Government’s performance in safe-guarding the people’s safety and security.

Wednesday, July 29, 2009

Globalisasi merubah identiti bangsa

Proses globalisasi dan dunia tanpa sempadan tanpa disedari telah mengakis nilai dan identiti bangsa. Proses asimilasi dan migrasi telah turun menyumbangkan ke arah kelunturan nilai dan identiti sesuatu bangsa khususnya orang Melayu.

Kini satu persatu nilai, norma dan perilaku orang Melayu telah berubah. Ini dapat dilihat melalui cara berpakaian, tabiat pemakanan, cara pergaulan dan percakapan. Kini berapa ramai anak waris dari sub-etnik Melayu khasnya Jawa dan Banjar yang tahu bercakap dalam bahasa tersebut. Jangan ditanya akan adat dan makanan tradisi datuk nenek mereka.

Melalui pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat luar sama ada secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui media eletronik, cetak dan internet, ahli masyarakat terikut akan budaya yang dipaparkan oleh masyarkat lain.

Tuesday, July 28, 2009

WEIGHT LOSS IMPROVES MOOD IN DEPRESSED PEOPLE, STUDY SHOWS

A study, presented on Tuesday at the Annual Meeting of the U.S.Society for the Study of Ingestive Behaviour (SSIB) showed that weight loss programme could improve depressed mood and reduce risk factors for heart disease in obese patients.

The study revealed that after a six-month behavioral weight loss programme, the depressed patients lost eight percent of their initial weight and improvedsignificantly in their symptoms of depression. also revealed that there isa reduction in triglycerides, the risk factor for heart disease and stroke.

The report, cited by Xinhua news agency, reported that fifty-one depressedand non-depressed subjects were recruited into the study to follow a supervisedweight loss programme that included lifestyle modification and mealreplacements.

Both depressed and non-depressed subjects lost significant amounts ofweight, with depressed individuals losing eight percent of their initial bodyweight, compared with 11 percent loss by non-depressed individuals. After six months on the weight loss programme, depressed subjects also showedsignificant improvement of their depressive symptoms based on a questionnaire.

Additional significant improvements in glucose, insulin and high densitylipoprotein cholesterol were observed in both depressed and non-depressedsubjects, and depressed individuals showed reduced levels of triglycerides inthe blood, which have been linked to risk of heart disease and stroke.

"Depression and obesity are independently associated with increased risk of heart disease and stroke, and so reductions in both body weight and symptoms of depression are likely to improve long-term health outcomes," said Dr. Lucy Faulconbridge, of the University of Pennsylvania School of Medicine, who is alsolead author of the study, Xinhua said.

Faulconbridge said the latest findings suggested that depressed, obese individuals can indeed lose clinically significant amounts of weight, and that weight loss can actually reduce symptoms of depression. It also highlight the need for further research into the effects of weightloss in individuals suffering from psychiatric disorders.

Monday, July 27, 2009

Polis dan SPRM bukan untuk rakyat seperti saya - luahan seorang blogger

Polis dan SPRM bukan untuk rakyat seperti saya
Oleh ZUKRI AKSAH
SEBELUM saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berjawatan dalam mana-mana parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkecenderungan politik, saya seorang yang agak aktif juga.
Saya pernah menjadi Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia selama dua penggal, saya juga pernah menjadi Pengerusi GERAK Pahang dan Ahli Lembaga Pengarah GERAK Malaysia.
Sama ada ketika di dalam PKR mahupun GERAK, orang yang paling ghairah mahu “bersahabat” dengan saya adalah polis-polis dari Cawangan Khas.
Dalam setiap program yang saya anjurkan ketika itu, polis Cawangan Khas ini akan setia hadir bersama, walaupun tidak dijemput.
Dari seorang bertambah dua, dari dua menjadi tiga, sehinggalah paling ramai mencecah lima orang.
Anda bayangkan lima orang polis mengikut saya seorang. Mengenang keadaan ini dahulu, tentulah saya akan katakan kehidupan saya hari ini jauh lebih tenang.

Cerita selanjutnya baca di sini

http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2009/7/23/mstar_cangkir_retak/20090723115856&sec=mstar_cangkir_retak

Nilai Kemanusiaan Semakin Tipis

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita pada hari ini? Di manakah hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri ahli masyarakat. Dalam the Star 25 July 2009, dilaporkan bahawa terdapat ibubapa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kemudiaannya anak-anak mereka enggan untuk mengambil mereka setelah pulih daripada sakit sehingga mereka itu dihantar ke rumah jagaan oleh pihak hospital.

Benarlah pepatah seorang ibu atau bapa boleh menjaga anak yang ramai, tetapi anak yang ramai tidak boleh menjaga seorang ibu atau bapa.
Mungkin jika kedapatan ibu atau bapa yang membuat kesilapan dalam kehidupan mereka pada masa lampau, tetapi tanggungjawab anak, khasnya orang Islam tetap wajib ditanggung ke atas ibubapa mereka. Ingatlah jika hubungan dengan manusia tidak baik, maka ia akan menjejaskan hubungan dengan Allah. Segala amalan akan tersekat dari naik ke langit.

Thursday, July 23, 2009

Higher Profit for TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) recorded a higher profit for third quarter, jumped triple compared to same quarter last year.

TNB net profit stood at RM1.023 billion. The turnover increased to RM7 billion from RM6 billion in last year.

Demand for the electricity has surpassed the last year peak demand with new demand was recorded in June 17 at 14,029 megawatts.

Due to the high profit, the share of TNB has increased steadily from RM6.05 in Jan 22 to RM8.40 in July 22, soars 39% or RM2.35.

On that reason, it is unwise for TNB to increase the electric tariff. The increase of tariff should not be used as one of the strategy in maximizing the profit. Being the GLC, TNB should share the benefits that it acquired with people, and should help government to reduce the burden of the people.

Rakyat Diutamakan (People Come First)

Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti Minyak

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.