Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Lima Prinsip Asas Hak Asasi Manusia Dalam Islam

Islam tidak mengongkong atau menyekat hak asasi manusia. Namun kewujudan undang-undang yang mengawal perlakuan dan tindakan manusia adalah selaras dengan prinsip Islam atau maqasid syariah, iaitu bagi memelihara agama, nyawa, akal, keturuanan dan harta.

1.      Memelihara agama.
Manusia mempunyai hak asasi mengamal hidup beragama dan di Malaysia semua rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka. Dalam Islam kewujudan undang-undang adalah bagi memastikan bahawa agama Islam terpelihara dan tidak dipersendakan. Apabila seseorang menganut Islam, maka individu tersebut wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang ditetapkan oleh Islam. Pihak berkuasa pula berkewajiban untuk mengambil tindakan agar tidak wujudkan penyebaran ajaran sesat yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Oleh ini sebarang tindakan yang boleh mencemar dan menyelewengkan ajaran Islam dari dasarnya harus dikenakan tindakan dan ia tidak bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia menurut perspektif Islam.


2. Memelihara nyawa.
Islam amat menghargai nyawa dan memberikan hak asasi kepada seluruh manusia untuk hidup di dunia ini dengan aman, selamat dan tiada ketakutan. Perbuatan membunuh orang lain, hatta nyawa sendiri pun adalah dilarang oleh Islam. Oleh yang sedemikian, maka adalah dilarang untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti haram yang membahayakan nyawa seperti berlumba haram, mengambil bahan yang boleh menjejaskan kesihatan seterusnya membawa maut seperti dadah, rokok, vape, pil khayal dan sebagainya.  Oleh  itu penggubalan undang-undang dibuat bagi memastikan nyawa setiap individu sentiasa dipelihara dan selamat.

3. Memelihara akal.
Akal adalah anggota yang penting bagi manusia membuat keputusan dalam tindakan mereka. Akal yang sihat dan waras akan membuahkan keputusan dan tindakan yang baik kepada semua makluk dan sebaliknya jika akal yang tidak waras dan terganggu, maka keputusan dan tindakannya juga memberikan mudarat kepada makhluk dan alam. Islam memberikan manusia hak asasi untuk dipelihara akalnya. Akal lah yang membezakan antara manusia dan binatang.

Perbuatan seperti meminum arak dan mengambil dadah adalah haram kerana ianya boleh merosakkan akal. Hikmah dengan wujudnya undang-undang Jenayah Syariah, maka akal manusia akan terpelihara.  Apabila akal tidak berfungsi secara sepatutnya makan ia akan cenderung mengikut nafsu dalam membuat keputusan dan natijahnya perkara buruk akan berlaku kepada dirinya, keluarga dan masyarakat.

4. Memelihara keturunan.
Secara tabi’e manusia mempunyai keinginan untuk berkeluarga. Islam menjamin hak tersebut dan mengariskan peraturan untuk berkeluarga demi memastikan kelangsungan nasab dan keturunan. Islam mewajidkan pernikahan dan  mengharamkan perzinaan supaya nasab keturunan, hak perwalian dan pewarisan terpelihara. Oleh kewujudan undang-undang Syariah bertujuan mengawal agar tidak berlaku perzinaan yang merosakkan keturunan. Pengawalan itu penting bukan sahaja bagi mengawal dari segi nasab, tetapi juga dari segi hak ke atas harta dan tanggungjawab.  

5. Memelihara harta.

Naluri manusia memang berkeinginan untuk memiliki harta dan Islam amat tidak melarang bahkan mengalakkan umat manusia mencari dan mengumpulkan harta. Namun Islam menetapkan peraturan dalam mendapatkannya dan cara untuk membelanjakannya. Harta tidak boleh diperolehi melalui penipuan, rampasan dan rompakan daripada individu lain, aktiviti haram seperti melalui perjudian dan riba. Islam mewajibkan tuan punya menjaga hartanya dengan baik iaitu disimpan ditempat yang sepatutnya dan tidak mendedahkan kepada umum atau dibiarkan tanpa kawalan.

Monday, October 15, 2012

Ikhtiar Menghadapi Jenayah Seksual Melalui Doa



Kejadian jenayah seksual semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat. Selain usaha melalui pelaksanaan undang-undang, umat Islam juga diseru agar memohon pertolongan Allah.  Ia dapat dilakukan melalui doa.

Ustaz Wan Sohor Bani Leman di dalam ruangan Az Zikra yang bersiaran setiap pagi jam 6.45 hingga 7.00 di KL FM telah membacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak khasnya anak-anak perempuan). 



 
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.



Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.

Thursday, July 12, 2012

Orang bunuh diri kekal di Neraka Jahanam

Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi,
maka dengan besi yang tergenggam di tangannya
itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka
Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan
di dalam neraka itu untuk selama-lamanya.

Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun
maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam
secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam
neraka itu selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang
membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung,
dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan
untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam
neraka itu.

Suatu topik yang hangat diperkatakan dalam masyarakat
hari ini ialah kejadian bunuh diri. Dilaporkan bahawa
puncanya disebabkan kurang tahap didikan dan beratnya
beban yang ditanggung pelaku. Dalam Islam membunuh diri
termasuk dosa besar kerana manusia adalah makhluk
dimuliakan Allah dan diutamakan melebihi makhluk lain.
Orang membunuh diri adalah orang yang lari daripada
tanggungjawab kemanusiaannya. Lebih parah, perbuatan
itu menunjukkan kurang kepercayaan terhadap takdir
Allah SWT sedangkan Islam mengajar umatnya sabar,
tawakal dan melarang sifat berputus asa.

Orang beriman dilarang membunuh diri atas sebarang
alasan kerana Allah SWT berfirman yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya
Allah adalah Maha Penyayang kepadamu."
(Surah an-Nisaa, ayat 29).

Daripada Jabir Samurah, katanya: "Dibawa orang
kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki yang membunuh
diri dengan anak panah. Tetapi jenazah itu tidak
disolatkan oleh Baginda." (Hadis riwayat Muslim)

Meskipun hidup menanggung beban, jangan melakukan
jalan pintas untuk keluar daripadanya iaitu dengan
membunuh diri kerana segala sesuatu masalah menimpa
adalah ujian dan ketentuan daripada Allah.
"Janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah
adalah Maha Penyayang kepadamu" Surah n-Nisaa, Ayat 29.


Tuesday, July 10, 2012

Ramadhan Mengamit

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut Ramadhan, iaitu bulan yang diwajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa. Bulan yang hanya padanya disunatkan umat Islam melakukan solat terawih yang tidak ada pada bulan-bulan yang lain.

Institusi Ramadhan adalah bulan tarbiyah untuk kita muhasabah diri, bulan untuk membuat koreksi dan sebagai penggerak untuk membentuk diri dari seorang muslim yang baik kepada yang lebih baik.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka. Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan. Hatta orang tidur di siang hari pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.

Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan. Bukan masanya lagi untuk membuat persediaan menghadapi Syawal. Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah.

Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini. Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita. Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita. Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat.

Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, sekali lagi sebagai turning point for us to move forward. Dan tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti. Akhirnya sama-samalah kita jaga sholat kerana sholat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain. Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu sholat ...

Moga puasa membentu kita menjadi insan yang bertaqwa. Usahlah disibukkan diri dengan persiapan aidil Fitri hingga menjejaskan ibadat di dalam bulan Ramadhan. Sesungguhnya ganjaran yang besar tidak ada dibulan lain, maka janganlah lepaskan peluang ini.

Monday, December 19, 2011

Islam Moderate, Pertengahan: Apa Ukurannya?

Kita sering dimomokkan dengan konsep “Islam moderate” atau sederhana yang secara jelasnya berlawanan dengan “Islam extremis” atau melampau. Ramai sarjana mengatakan bahawa Islam itu pada keseluruhan nya adalah agama “pertengahan” atau agama yang meletakkan dasar “sederhana” di dalam segala ajarannya, sama ada dalam ibadat , muamalat, cara dan gaya hidup, budaya mahupun semua tindakan dan perilaku Muslim di dalam semua bidang kehidupannya dalam urusan dunia dan akhirat.

Namun apakah petunjuk “sederhana atau pertengahan” itu. Di dalam bahasa Arab perkataan ‘wasatiyyah’ adalah berasal daripada wasat, iaitu “tengah” atau “pertengahan”. Malah terdapat satu pecahan kalimah wasat ini di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa “sebaik-baik perkara itu ialah ‘pertengahan’nya” dan pengertian “pertengahan” ini disebutkan di dalam hadis tersebut dalam bahasa Arab sebagai ausat yang juga pecahan daripada kalimah wasat, yang bererti bahawa sebaik-baik sesuatu amalan, perkataan, pekerjaan dan sebagainya itu adalah yang berasaskan kepada konsep pertengahan.

Berdasarkan hadis ini juga, dan pengertian ayat al-Quran yang menyebut tentang orang Islam sebagai ummatan wasatan (surah al-Baqarah, ayat 143) , maka konsep wasatan ini sering diterjemahkan sebagai “umat pertengahan”.

Kesalahfahaman tentang konsep “pertengahan, kesederhanaan”, malah “perseimbangan” yang juga merupakan konsep ‘wasatiyyah’ yang sering digunakan oleh umat Islam ketika memahami konsep ‘wasatiyyah’ ini, banyak mengakibatkan kekeliruan umat Islam sendiri dalam mencapai kemajuan di dalam segala bidang kehidupannya serta dalam amal soleh mereka.

Di dalam hal beribadat sekadar melakukan ibadat khusus yang wajib sahaja masih belum menepati tahap sederhana. Ia mestilah disulami dengan ibadat-ibadat sunat yang lain tanpa menjejaskan aktiviti kehidupan yang lain. Namun ditegah jika hanya melakukan terlalu banyak ibadat sunat hingga meninggalkan hal-hal dunia seperti mencari nafkah dan menuntut ilmu.


Orang yang sederhana atau pertengahan adalah orang yang berjaya mengatur kehidupannya di dalam membahagikan masa melakukan ibadat dan menjalani kehidupan yang lain serta tidak melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang sederhana tidak meninggalkan kerja-kerja dunia seperti bekerja mencari rezeki, belajar dan mengajar, bersosial dan bermasyarakat, yang semua itu juga sebahagian daripada suruhan agama jika ia dilaksanakan menurut syarak.


Contohnya di dalam mengamalkan dasar “kesederhanaan” dalam berpakaian. Umat Islam digalakkan berpakaian cantik dan mengenakan wangi-wangian, namun cantik sahaja tidak memadai jika syarat utama kesederhanaan itu menutupi aurat tidak dipenuhi.


Masyarakat yang bersederhana tidak menunjukkan kemewahan dan kemegahan, tetapi sesuatu yang dibuat atas dasar keperluan.


Ringkasnya “sederhana atau pertengahan itu” merujuk kepada individu atau masyarakat yang melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dalam kehidupan mereka.

Thursday, December 15, 2011

PEMURNIAAN DALAM IBADAT

Adalah menjadi tugas umat Islam untuk melaksanakan dan memastikan bahawa setiap amalan menepati kehendak syarak.

Dalam usaha untuk memastikan bahawa tiadanya unsur-unsur bi’daah dalam amalan umat Islam, maka kumpulan-kumpulan yang berbalah harus melakukankannya dengan memberikan ilmu dan penerangan kepada umat Islam berkenaan hujah-hujah mereka.

Penulis tidak akan menyentuh mengenai hujah-hujah atau nas-nas yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan tersebut kerana kedua-dua mempunyai hujah-hujah yang betul. Cuma penulis ingin menyentuh mengenai kaedah yang sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Kumpulan yang mengkritik bahawa terdapat amalan-amalan yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia adalah bi’daah kerana ia tidak pernah diamalkan oleh Nabi S.A.W., mereka wajib menerangkan kepada masyarakat bahawa antara amalan yang dilakukan bukan sesuatu yang wajib dan jika TIDAK MELAKUKANNYA pun tidak mengurangkan amalan fardu mereka. Adalah tidak wajar jika mereka secara terus menghukum bahawa amalan seperti berzikir selepas sembahyang, membaca tahlil arwah, membaca talkin dan membaca yassin di malam Jumaat dan sebagainya sebagai amalan karut dan tidak wajar diamalkan.

Kepada kumpulan yang mempertahankan amalan tersebut, mereka wajar mendidik dan memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat bahawa amalan-amalan yang tersebut bukanlah WAJIB dan ia adalah suatu amalan yang dibuat untuk menampung kekurangan dalam amalan wajib serta memberikan peluang dan kesempatan tambahan kepada umat Islam melakukan amal soleh. Berdasarkan pengalaman Alim Ulama Nusantara didapati bahawa kebanyakkan umat Islam di rantau ini perlu diaturkan aktiviti dalam amalan soleh mereka. Oleh itu, para alim ulama Nusantara menyelitkan wirid-wirid, tasbih, tahmid dan doa selepas waktu solat fardu serta selawat di antara solat terawih. Begitu juga dianjurkan bacaan Yassin di malam Jumaat. Menurut seorang Ustaz bahawa kalau nak harap individu muslim nak melakukannya secara sendiri-sendiri, memang tak terlaksanalah amalan itu. Ini adalah usaha murni alim ulama dahulu dalam menggalakkan umat Islam melakukan amal soleh.

Silapnya di sini kerana kebanyakan umat Islam melakukan amal soleh secara ikut-ikutan, maka mereka melakukannya tanpa mengetahui hukum dan kaifiat amalan tersebut. Mereka menyangka bahawa wirid, selawat nabi ketika solat terawih atau doa qunut sebagai sebahagian daripada solat atau yang tidak melaksanakan bacaan talkin serta membuat kenduri tahlil arwah adalah orang yang tak faham agama. Sesiapa yang tidak melakukannya dilabelkan sebagai sesat dan membawa ajaran baru.

Oleh itu ILMU adalah penting dalam melakukan amal soleh. Kita kena tahu setiap hukum dalam setiap amalan iaitu antara yang wajib, sunat, haram, harus dan makruh. Kita juga harus tahu membezakan antara amalan khusus dan sampingan. Juga wajib tahun antara rukun (wajib dilakukan untuk pastikan sah amalan tersebut) dan perkara-perkara sunat.

Melalui ilmu, maka setiap umat Islam akan faham dalam beramal dan tidak akan terpesong daripada landasan syarak dan tidak akan melebalkan umat Islam yang lain yang tidak melakukan sesuatu amalan yang bukan wajib sebagai sesat dan jahil.

Friday, December 02, 2011

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Adalah Harus

Keputusan:



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.


Keputusan (English):

The Ruling On Using Indelible Ink In Malaysia Election.

The Special Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 8th August 2007 has discussed on the ruling on using indelible ink in Malaysia General Election. Based on explanation and research conducted by experts in chemistry together with evidences brought by the members of the Committee, the Committee has decided that the indelible ink does not contain impure substances that are prohibited according to Islamic law, nor it brings harm to the health and does not impede water to get onto the skin when used. Hence, the use of indelible ink is permissible according to Islamic Law as it does not bring problem to Muslims ritual activities.

However, the Committee has decided that the level of permeability of the indelible ink is limited to the amounts that have been tested by the experts.

Keterangan/Hujah:

Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.

Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.

Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.
Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح

Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-indelible-ink-dalam-pilihanraya-malaysia

Friday, November 18, 2011

Seloka Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.


http://lesongbatu1.blogspot.com/2011/11/seloka-ustaz-hj-akil-sangat-menarik.html

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.



TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.



Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
Tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.


Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
Itu jam kita tengok bayi dibuang di merata tempat.


MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.


Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Tuesday, November 08, 2011

Meletakkan Keutamaan Hari Raya Eidul Adha berbanding Eidul Fitri

Adalah suatu yang tidak tepat apabila kebanyakkan umat Islam di Malaysia pada hari ini meletakkan Hari Raya Eidul Adha di kedudukkan yang kurang utama berbanding Hari Raya Eidul Fitri sedangkan dalam Islam perayaan Eidul Adha adalah lebih besar dan tinggi keutamaannya berbanding Eidul Fitri.

http://lesongbatu1.blogspot.com/2011/11/meletakkan-keutamaan-hari-raya-eidul.html

Eidul Adha disambut selama empat hari iaitu bermula dengan 10 Zulhijjah dan diikuti dengan hari tasrib,iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sebagai tanda membesarkan Hari Raya Eidul Adha, maka umat Islam disunatkan bertakbir bermula selepas maghrib malam ke 10 Zulhijjah sehinggalah ke waktu Asar 13 Zulhijjah, berbanding takbir hari raya Eidul Fitri hanya antara maghrib 1 Syawal hingga sebelum sembahyang sunat Eidul Fitri.

Sempena dengan Hari Raya Eidul Adha juga, umat Islam adalah diharamkan berpuasa pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Dalam tempoh ini umat Islam digalakkan (sunat) untuk melakukkan ibadat korban. Bagi hari raya Eidul Fitri, hanya diharamkan berpuasa pada hari pertama bulan Syawal sahaja, manakala tiadalah ibadat korban itu dilakukan melainkan pada waktu-waktu tersebut sahaja.

Namun suasana meraikan hari kebesaran ini seolah-olah tidak dirasai, di mana persiapan yang dibuat tidaklah sama seperti mana untuk menghadapi hari raya Eidul Adha sehingga ada yang tidak mengendahkan akan kehadirannya dengan terus melakukan aktviti-aktviti kehidupan biasa mereka tanpa memberikan ruang kepada perayaan ini.

Monday, September 26, 2011

Jamuan Hari Raya - Satu Penilaian



Sudah menjadi tradisi umat Islam di Malaysia akan mengadakan jamuan hari raya atau rumah terbuka yang bertujuan bagi meraikan jiran-jiran, sahabat handai dan rakan-rakan sekerja. Mengadakan rumah terbuka pada asasnya untuk kemudahan dari segi pengurusan kepada tuan rumah sama ada dari segi masa dan penyediaan juadah. Melalui penganjuran rumah terbuka tetamu akan di minta hadir dalam waktu yang ditetapkan dan menu khusus disediakan, maka mudah untuk tuan rumah memberikan layanan.


Namun dalam keghairahan mengadakan rumah terbuka, maka kita lupa bahawa kita menyambut Aidil Fitri sebagai tanda kesyukuran kita menjalani ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan. Berpuasa bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertakqwa. Ia juga sebagai manifestasi untuk memberikan keinsafan mengenai kesusahan insan-insan yang fakir dan miskin yang tidak mempunyai keupayaan ekonomi, hatta dalam menyediakan makanan kepada diri sendiri, mahupun keluarga serta melatih diri supaya sabar dan mendidik jiwa akan sentiasa merendah diri sama ada sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Allah subhanawataala.


Akan tetapi kalau dilihat cara kita menyambut hari raya dan dengan skala rumah terbuka yang tak menang tangan untuk memenuhi jemputannya, maka ia telah lari daripada matlamat berpuasa, iaitu bertaqwa. Ini kerana ada yang berhabis-habisan untuk beraya dan mengadakan jamuan raya. Demi untuk mengadakan rumah terbuka, maka hiasan dan peralatan perabut kena ditukar ganti kerana ingin menunjukkan kepada tetamu kecantikan rumah mereka. Akan timbul soal menunjuk-nunjuk dan di pihak tetamu juga akan memberikan komen-komen yang manis dan tidak kurang juga yang tidak molek.


Terdapat juga yang menyambutnya dengan mencampurkan dengan perkara-perkara yang dilarang agama seperti diadakan nyanyi-nyanyian yang menampilkan penyanyi yang mendedahkan aurat, lirik-lirik yang tidak memenuhi syarak dan irama yang tidak membina jiwa.


Oleh itu dalam mengadakan rumah terbuka - asasnya adalah untuk meraikan kemenangan dalam menjalani tarbiyah Ramadhan. Jadi ia haruslah sesuai dengan matlamat puasa Ramadhan itu seperti menjamu tetamu. Keduanya untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga, ahli masyarakat dan sahabat handai. Jadi jangan ada unsur-unsur yang boleh merenggangkan hubungan silaturrahim dan yang boleh mencalarkan taqwa.

Thursday, September 22, 2011

Hukum Beramal Dengan Petua, Pantang Larang Melayu

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar". Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?

Jawapan:

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;


1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (An-Naml: 65)


2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)


3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.


4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.


5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)


6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)


Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;

1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.


Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak. Oleh yang demikian pantang larang tersebut harus diamalkan.


Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu.


Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya.


Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya.
Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi.


Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.


Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa - sama ada besar atau kecil - wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.Wallahu a'lam.

Untuk keterangan lanjut sila ke

www.ilmudanulamak.blogspot.com

Friday, July 29, 2011

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN

Dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia.

Allah akan ampunkan dosa umat Islam kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia.
Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf di hari raya kepada mengamalkannya sepanjang masa dan bukan menunggu di bulan Syawal sahaja. Ini kerana kematian akan berlaku tanpa kita mengetahuinya.

Kalau yang ada ibubapa mohon maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti. Saya dah tak ada ibubapa. Ibu saya meninggal seminggu sebelum Ramadhan (23 Syaaban 1415 H) dan bapa saya meninggal pada awal pagi 2 Syawal 1424 H. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri (to examine what we had done in the past), bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka. Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan. Hatta orang tidur di siang hari pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.


Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan dan tidak menyibukkan diri membuat persediaan menghadapi Syawal sehingga meninggalkan peluang beramal di bulan yang penuh barakah ini.


Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah. Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini.


Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita. Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita.


Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat. Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, maka selepas Ramadhan kita sewajarnya menjadi insan sedarjah lebih tinggi dari aspek amalan dan keimanan. Tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti.


Akhirnya sama-samalah kita jaga sholat kerana sholat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain.

Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu sholat ... Jaga keteramplian diri sebagai seorang muslim dan muslimat. Cuba tengok gelagat orang Islam ketika di pasar Ramadhan ... buat penilaian sendiri. Saya pernah jumpa seorang lelaki nak bayar fitrah di kaunter pasar Ramadhan (memang baik) di tempat saya tetapi yang tak kenanya dia memakai seluar pendek .. Amil tu tengok semacam jer ... Bayangkan lepas bayar (ada akadnya) Amil tu baca doa dan si Mamat tupun aminkan doa dalam keadaan dia pakai seluar pendek di public area.. Ini sekadar pengajaran bukan nak mengata, tapi kena cerita supaya kita tak jadi macam tu. Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua.


Insya Allah. Wallahhu Aklam.

Monday, December 06, 2010

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Friday, November 26, 2010

Mencukur Kening & mengikir gigi Hukumnya Haram

Ramai kaum wanita Islam yang gemar mencukur kening kononnya untuk nampak lebih cantik. Namun sama ada sedar atau tidak bahawa perbuatan mencukur kening adalah haram hukumnya di dalam Islam.

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

Friday, November 19, 2010

PERNIKAHAN YANG DIBERKATI ADALAH YANG RENDAH MAS KAHWINNYA

Cuti sekolah adalah musim orang melakukan majlis kenduri kahwin. Perbincangan di sini adalah mengenai melaksanakan pernikahan yang menurut syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit maharnya."

Di antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44.

Ini kerana jika hantaran dan mas kahwinnya tinggi seperti angka di atas dibimbangi akan melahirkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.

Oleh itu kena hentikan gejala berlawan-lawan untuk meletak hantaran & mas kahwin yang tinggi dan bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.

Seorang Ustaz memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk.

Pertamanya, dikhuatiri akan menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat, dan
Kedua, perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.

Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi ikutan dan panduan masyarakat.

Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000. Apa akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.
Tanda-tanda keberkatan dalam rumahtanggan ialah tidak berlakunya perceraian, dikurniakan keharmonian dalam hubungan suami dan isteri, memperolehi anak-anak yang sejuk mata memandang dan sebagainya.

Friday, November 12, 2010

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Tulisan ini dipetik daripada ruangan bicara agama oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan.
Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah wlpun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dan sebagainya.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
Wallhualam - Ustaz Zainuddin Hashim

Friday, October 29, 2010

Antara Bala dan Ujian

Setiap kejadian/kerosakan adalah akibat tangan manusia. Tangan di sini dimaksudkan ialah perbuatan.

Sebagai orang yang beriman kita patut akui bahawa apa yang berlaku adalah bencana atau bala yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia.

Apabila bala turun, musibahnya tidak hanya ditimpa kepada pembuat kerosakkan sahaja, tetapi akan mengenai kepada semua manusia dan isi alam sama ada yang baik atau yang jahat. Oleh kerana itulah diajar agar terdapat segolongan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hidup tak boleh nafsi-nafsi atau sendiri-sendiri sebab kesannya akan kena pada semua.

Apabila dikenakan bala bukan bermaksud semua penduduknya jahat. Bagi yang jahat ia dikenakan bala, tetapi bagi manusia yang baik dikenakan ujian. Bala dikenakan dengan tujuan Allah melihat adakah golongan yang engkar akan menginsafinya atau akan terus-terusan dalam kerosakkan, manakala ujian bagi golongan yg baik bagi menguji tahap keimanan ataupun "memprotes" terhadap Allah bila dikenakan ujian itu.

Dalam Islam terdapat apa yang dipanggil "istidraj" iaitu satu bala dalam bentuk kesenangan yang diberikan kepada mereka yang engkar akan suruhan Allah. Contoh yang dapat diberikan seperti Firaun dan Qarun di mana mereka ini adalah golongan yang engkar tetapi terus diberikan kesenangan dan dengan kesenangan itu mereka terus hanyut dalam kesesatan atas kehebatan yang diberikan kepada mereka. Contoh dalam masyarakat kita begitu banyak, di mana pelaku maksiat menjalani hidup dengan kemewahan serta mempunyai harta yang melimpah ruah. Namun istidraj yang Allah kenakan ke atas mereka, kita lihat hidup mereka dipenuhi dengan maksiat. Harta digunakan untuk membuat kerosakan pada diri mereka, keluarga dan masyarakat mereka. Mereka terus menjadi jahat dan bertambah jahat.

Kesimpulannya kalau kita diberikan kesenangan oleh Allah bukan bermakna Allah sayangkan kita dan kalau mendapat kesusahan bukan bermakna Allah tidak sayang kepada kita, tetapi amalan kita yang menjadi penentu kerana Allah itu maha adil, kerana Allah memberikan akal dan akidah kepada kita. Allah memberikan rahmat kepada sekelian alam, tetapi keberkatan hanya diberikan kepada mereka yang akur dan tunduk kepada perintahNya.

Apapun apa yang berlaku ada sebabnya .. carilah dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Pasti akan ada jawapan atau sebab mengapa ia berlaku ..

Wallahu Aqlam.

Wednesday, July 07, 2010

Kisah Antara Ayam dan Babi

Ia mengisahkan mengenai Imam Muhamad Abduh yang pada suatu hari berkunjung ke Perancis.

Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. Mereka berkata, Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya.
Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan moden dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup.
Ia tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi".

Imam M. Abduh yang terkenal dengan keilmuan dan kebijaksanaanya telah meminta mereka untuk membawa dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.
Mereka bertanya, "Untuk apa?" Beliau menjawab, "Penuhi permintaan saya dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kamu semua inginkan".

Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu berkelahi (bersabung) dan saling serang-menyerang.
Kedua-duanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati.

Kemudian, Imam M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina.
Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajat' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya.
Dalam benak kedua babi jantan terdapat sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina.

Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah'(cemburu) bagi orang yang memakannya.

Itulah yang terjadi sekarang ini. Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was. Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ? Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .

Thursday, June 24, 2010

Tak Faham Tapi Nak Tunjuk Pandai

Haram itulah hukum yang termaktub di dalam Al Quran. Bila haram berdosa kalau dilakukan dan tidak ada pandangan kedua atau ketiga untuk menolaknya dan tidak boleh dikaji lagi untuk menghalalkannya.

Oleh itu adalah salah bila kerajaan berkata bahawa pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan pelaksanaan aktiviti berjudi dalam sukan khasnya dalam kejohanan bolasepak Piala Dunia. Tak perlu semua tu sebab hukum dah jelas. Haram dan tak boleh dibuat perkara tersebut.

Judi walaupun adalah dalam kategori dosa besar bersama dengan arak, tetapi berbeza kerana dalam kalangan orang bukan Islam mereka dibenarkan meminum arak, tetapi tiada satupun di kalangan agama bukan Islam membenarkan aktiviti perjudian.

Islam itu adil dan menghormati hak bukan Islam. Lantaran itu Islam membenarkan orang bukan Islam mengamalkan cara hidup yang dibenarkan oleh agama orang bukan Islam termasuk meminum arak. Namun ia harus secara yang terkawal dan tertutup serta ditempat khusus.

Monday, June 07, 2010

Mereka Yang Membenarkan Judi Wajid ditentang - Mufti Selangor

Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.

TV Selangor menghubungi Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat.

Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan.

"Sepatutnya maknanya tidak ada satu agensi atau lebih-lebih lagi agensi kerajaan yang hendak menghalalkan judi bukan senang orang Islam.Sepatutnya orang Islam mematuhi peraturan ketika hidup di dunia sebagaimana yang dikatakan hadis Rasullullah S.A.W : orang Islam ini mesti patuh kepada syarat yang ditetapkan oleh peraturan Allah Subhanawa Taala.

Melainkan satu syarat dia tidak ikut ,kalau ini dilanggar maknanya memang boleh diperangi, contohnya menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal, jadi jika seorang Islam yang menghalalkan judi kita boleh memerangi mereka".

Mufti Selangor menasihatkan orang-ramai supaya tidak terkeliru dengan pelbagai alasan yang diberi oleh penguasaha dan penyokong judi sukan ini.

"Sebenarnya hasil judi ini,itu sudah jelas, maknanya hukumnya tetap haram,maknanya hasil judi ni apa cara sekalipun memang ia adalah salah satu sumber yang dilarang oleh agama" .
"Di samping itu juga maknanya tidak ada dosa yang sehebat judi tu, kerana itu kita disuruh memerangi judi itu” tambah beliau lagi.