Tuesday, October 16, 2012

Yahudi Buta Masuk Islam Tertarik Kepada Peribadi Rasulullah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW,  tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. 


Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya  kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abu Bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA menghampiri pengemis itu lalu menyuapkan makanan kepada pengemis itu. Namun sipengemis marah sambil mengherdik, siapakah kamu? Abu Bakar RA menjawab, aku orang yang biasa menyuapkan engkau. Bukan! engkau bukan orang yang biasa menyuapkan aku kata si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan makanan dengan terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu baru ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan kata-katanya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, memang aku bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia telah meninggal dunia. 


Lalu Saidina Abu Bakar RA memberitahu bahawa orang yang menyuapkan makanan itu adalah Rasulullah SAW. Insan yang dihina dan dimaki oleh pengemis buta itu.

Apabila mendengar penjelasan Saidina Abu Bakar pengemis itu pun menangis  dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Inilah teladan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu melaksanakan dakwah melalui kemuliaan akhlak
. Dakwah boleh dilaksanakan tanpa perlu menyeru dengan perkataan, namun ia juga boleh dilakukan dengan menunjukkan contoh teladan dan perilaku yang mulia. 

Inilah cara yang paling mudah untuk berdakwah,iaitu dengan
berusaha meneladani keperibadian Rasulullah s.a.w yang

Monday, October 15, 2012

Hebatnya Ciptaan Allah


Pernahkah anda bayangkan. Ini adalah ciptaan Allah di angkasa


Bandingkan.Kita menjadi sedar betapa kecilnya bumi dan kita yang menghuninya

 Apabila terus dibandingkan. Bumi hanya sebesar satu titik
 Bumi dah tak kelihatan lagi
Matahari hanya bersaiz satu titik. Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa. Jaraknya lebih 1000 tahun cahaya dari bumi.
 Lalu . . .

siapakah kita?

apakah tujuan hidup kita?

Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?

Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??

Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam

Ikhtiar Menghadapi Jenayah Seksual Melalui Doa



Kejadian jenayah seksual semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat. Selain usaha melalui pelaksanaan undang-undang, umat Islam juga diseru agar memohon pertolongan Allah.  Ia dapat dilakukan melalui doa.

Ustaz Wan Sohor Bani Leman di dalam ruangan Az Zikra yang bersiaran setiap pagi jam 6.45 hingga 7.00 di KL FM telah membacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak khasnya anak-anak perempuan). 



 
Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.



Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.