Wednesday, January 20, 2010

NAK MUDAH PUNCA KENA TIPU

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itu pepatah Melayu yang mengambarkan bahawa usaha harus dilakukan bagi mendapatkan sesuatu kejayaan.

Namun sudah menjadi lumrah ahli masyarakat untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Oleh kerana sikap tersebut maka mereka senang ditipu. Berapa ramai yang merana kerana ditipu skim cepat kaya yang bermacam-macam format dan skimnya dalam mengabui mata orang ramai.

Ramai yang tertipu oleh tabib palsu dengan membeli batu permata (jade) yang dikatakan boleh membawa perubahan nasib seseorang sama ada boleh membuang sial, menyembuhkan penyakit atau membawa untung kepada seseorang.

Tambahan pula bila disebut saja ubat kuat, maka ramai yang terpegun dan sedia berbelanja untuknya walaupun tidak mempunyai bukti bahawa ia berkesan untuk meningkatkan tenaga lelaki. Tidak hairanlah kopi yang mengandungi steroid boleh dijual sehingga RM20 secawan. Akhirnya penyakit lain yang dapat.

Kita harus ingat jika sesuatu perkara itu berada diluar kebiasaan, maka tentunya ada yang tersirat dan tersurat. Awas seks dan wang adalah kelemahan manusia. Ia akan terus dieksploitasi sehingga akhir usia manusia.


Tuesday, January 19, 2010

Masih Ramai Yang Tak Daftar Dengan SPR

Media melaporkan bahawa 28 peratus atau 4.39 juta penduduk Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak berdaftar sebagai seorang pemilih dalam pilihanraya sehingga akhir 2009. Daripada jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera yang majoritinya adalah orang Melayu.

Kaum muda harus disedarkan akan kepentingan mereka menjadi seorang pemilih dan memilih pemimpin negara. Tanggungjawab mereka bukan sekadar mendaftarkan diri, tetapi harus terlibat dalam memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang akan memperjuangkan nasib mereka.
Jika tak mendaftar maka mereka tiada hak untuk menentukan siapa wakil mereka dan dari segi moralnya mereka tiada hak untuk mengkritik wakil rakyat atau pemerintah kerana mereka tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

Lagi Perempuan Jadi Iman

Seorang wanita telah mengimamkan sembanyang (saja tak tulis solat) berjemaah yang di antara makmumnya ada orang lelaki. Nampaknya ajaran Aminah Wadud dah membiak.


.