Friday, September 09, 2011

Antara Ujian dan Bala

Setiap kejadian/kerosakaan adalah akibat tangan manusia. Tangan di sini dimaksudkan ialah perbuatan.

Sebagai orang yang beriman kita patut akui bahawa apa yang berlaku adalah bencana atau bala yang diturunkan oleh Allah sebagai peringatan kepada manusia.

Apabila bala turun, ia tidak kena kepada pembuat kerosakkan sahaja, tetapi akan kena kepada semua ahli masyarakat, sama ada yang baik atau yang jahat. Itu sebabnya diajar agar terdapat golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hidup tak boleh nafsi-nafsi atau sendiri-sendiri sebab kesannya akan kena pada semua.

Apabila dikenakan bala bukan bermaksud semua penduduknya jahat. Bagi yang jahat ia dikenakan bala, tetapi bagi yang baik ia panggil ujian. Bala bagi tujuan melihat adakah mereka akan menginsafinya atau terus-terusan dalam kerosakkan, manakala ujian bagi golongan yang baik bagi menguji tahap keimanan sama ada mereka redha ataupun "memprotes" terhadap Allah bila dikenakan ujian itu.

Dalam Islam terdapat apa yang dipanggil "istidraj" iaitu satu bala dalam bentuk kesenangan yang diberikan kepada mereka yang engkar akan suruhan Allah. Contoh yang dapat diberikan seperti Firaun dan Qarun, di mana mereka ini adalah golongan yang engkar tetapi terus diberikan kesenangan dan dengan kesenangan itu mereka terus hanyut dalam kesesatan dalam kehebatan mereka. Contoh semasa dalam masyarakat kita begitu banyak, di mana pelaku maksiat hidup mereka mewah dengan harta melimpah ruah. Namun istidraj yang Allah kenakan ke atas mereka, kita lihat hidup mereka dipenuhi dengan maksiat. Harta digunakan untuk membuat kerosakan pada diri mereka, keluarga dan masyarakat mereka. Mereka terus menjadi jahat dan bertambah jahat. Akhirnya ramai yang mati dalam kekufuran tanpa sempat kembali kepangkal jalan.

Kesimpulannya kalau kita diberikan kesenangan oleh Allah bukan bermakna Allah sayangkan kita dan kalau mendapat kesusahan bukan bermakna Allah tidak sayang kepada kita, tetapi amalan kita yang menjadi penentu kerana Allah itu maha adil, kerana Allah memberikan akal dan akidah kepada kita.

Apapun apa yang berlaku ada sebabnya .. carilah dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. Pasti akan ada jawapan atau sebab mengapa ia berlaku ..

Wallahu Aqlam.

Pemadangan Dari Atas Menara KL

Stadium Merdeka dilihat dari atas Menara Kuala Lumpur.




Menara Maybank dan kawasan di sekitarnya. Pemandangan Dari Atas Menara Kuala
Lumpur yang terletak di kawasan Bukit Nenas




Posted by Picasa

Thursday, September 08, 2011

Arab Saudi Naikkan Had Diyyat

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menaikkan had bayaran ganti rugi atau wang darah (diyyat) atas kejadian pembunuhan dengan niat dan tanpa niat kepada SR400,000 (RM318,322) dan SR300,000 (RM238,741), berbanding kadar lama SR110,000 (RM87,529) dan SR100,000 (RM79,574).

Di dalam undang Islam, pesalah yang membunuh akan dibicarakan di bawah Qisas, iaitu pesalah yang membunuh secara akan dijatuhkan hukuman bunuh, melainkan dimaafkan oleh keluarga mangsa dan pesalah akan diminta membayar diyyat (ganti rugi) atau wang darah kepada keluarga mangsa.

Pesalah yang membunuh tanpa niat akan dikenakan diyyat yang juga dibayar kepada keluarga mangsa.

Penentuan kadar diyyat adalah mengikut penentuan harga 100 ekor unta. Oleh itu kadar yang dikenakan akan dikaji dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan hukuman qisas dan pembayaran diyyat adalah bagi menjaga maslahah umum, di mana Islam memandang serius dalam menjaga nyawa manusia. Oleh itu jika kematian berlaku ke atas ketua keluarga, maka adalah lebih baik jika keluarga mangsa memaafkan pesalahnya dan mendapatkan wang diyyat itu untuk digunakan bagi menampung saraan keluarga yang telah kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua keluarga.

Ini seterusnya menghindari berlakunya masalah lain, khususnya kemalaratan dalam keluarga.

Eidul Fitri 1432 Hijrah - part 2

















Eidul Fitri 1432 Hijrah - part 1

Sambutan Eidul Fitri 1432 hijrah di Jln Terusan Simpang Lima, Parit Buntar Perak