Friday, August 29, 2008

AHLAN WA SAHLAN MARHABAN YA RAMADHAN




Dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia. Allah akan ampunkan dosa umat Islam kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia. Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf di awal Ramadhan, instead of only on Syawal.

Kalau yang ada ibubapa minta maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti. Saya dah tak ada ibubapa. Ibu saya meninggal seminggu sebelum Ramadhan (23 Syaaban 1415 H) dan bapa saya meninggal pada awal pagi 2 Syawal 1424 H.Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri (to examine what we had done in the past), bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka. Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan.
Hatta orang tidur di siang hari pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.

Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan. Bukan masanya lagi untuk membuat persediaan menghadapi Syawal. Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah.

Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini. Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita.

Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita. Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat.

Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, sekali lagi sebagai turning point for us to move forward. Dan tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti. Akhirnya sama-samalah kita jaga sholat kerana sholat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain.

Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu sholat ...Cuba tengok gelagat orang Islam ketika di pasar Ramadhan ... buat penilaian sendiri. Saya pernah jumpa seorang lelaki nak bayar fitrah di kaunter pasar Ramadhan (memang baik) di kawasan perumahan saya tetapi yang kurengnyer dia pakai seluar pendek .. Amil tu tengok semacam jer ... Bayangkan lepas bayar (ada akadnya) Amil tu baca doa dan si Mamat tupun aminkan doa dalam keadaan dia pakai seluar pendek di kawasan awam. Ini sekadar pengajaran bukan nak mengata, tapi kena cerita supaya kita tak jadi macam tu.

Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua.

Insya Allah. Wallahhu Aklam.

EMOTIONAL PAIN 'HURTS MORE THAN PHYSICAL PAIN, STUDY REVEALS

For decades, it is believed that "sticks and stones may break your bones, but words will never hurt you". However, the Press Trust of India (PTI) quoted a study on Friday, revealing that pain caused by emotional distress is more deeply felt and longer lastingthan that caused by physical injuries.
An international team showed that a broken heart really hurts, in mostcases. Lead author Dr Kip Williams, quoted by The Daily Telegraph, said that bothtypes of pains can hurt very much at the time they occur, but the social painhas the unique ability to come back over and over again, while physical painlingers only as an awareness that is was indeed was painful at one time.
"Why aren't we always suffering pain by recollections of social betrayal andother forms of social pain? Because we are pretty good at keeping these memoriesat bay," he said.
Dr Williams of Purdue University in the United States and colleaguesat Macquarie University and the University of New South Wales in Australia havebased their findings on an analysis of four experiments.
For their study, the researchers recruited volunteers who were asked torelieve their past painful experiences just by writing in detail what hadhappened and how they had felt.