Ini adalah alasan kukuh kenapa para ibu sewajarnya menyusukan bayi mereka
kerana kajian mendapati susu ibu boleh mencegah bayi daripada mendapat
penyakit jantung pada masa depan.
Satu kajian telah mendedahkan bahawa bayi-bayi yang diberikan susu ibu
sekurang-kurangnya enam bulan mempunyai kadar kolestrol yang rendah
ketika dewasa, di mana juga mengurangkan risiko mendapat penyakit
arteri tersumbat (coronary artery).
Menurut penyelidik, pendedahan awal kepada kandung tinggi kolestrol
dalam susu ibu akan memberikan kesan kepada badan seseorang dalam
menangani kolestrol dalam jangka panjang.
"Penyusuan awal, khasnya secara eksklusif, menunjukkan hubung
kaitannya dengan rendahnya kandungan kolestrol dalam darah di hari
kemudian, dibandingkan dengan penyusuan awal dengan susu formula,"
the Press Trust of India (PTI) memetik ketua pengarang Dr Chris
Owen di dalam 'Daily Telegraph'.
Dr Owen dan rakan-rakannya di University of London mencapai
rumusan selepas menganalisi data ke atas 17,000 orang dewasa di
Britain -- mereka menemui bahawa individu yang mendapat penyusuan
susu ibu secara eksklusif mempunyai kolestrol yang rendah berbanding
yang diberikan susu formula.
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Wednesday, August 15, 2012
Salam Eidul Fitri
Salam Eidul Fitri diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ramadhan yang berlalu telah memberikan kesan positif dalam pembentukan sahsiah kita sebagai seorang yang muttaqin.
Semoga Allah memanjangkan usia kita agar dapat dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang kerana sesungguhnya bulan Ramadhan penuh dengan rahmat dan ganjarannya.

Tuesday, August 14, 2012
Agihan: Pengurusan Zakat Kena Turun Padang
Masih terdapat ramai lagi insan yang kekurangan dalam aspek ekonomi yang terlepas daripada mendapat bantuan daripada pihak pengurusan zakat.
Antara sebabnya kerana golongan ini tidak mempunyai maklumat atau tidak tahu di mana atau agensi mana yang dapat membantu mereka. Ada sebahagiannya tidak berkemampuan untuk ke pejabat-pejabat zakat seperti orang tua, orang sakit dan cacat dan tidak kurang juga ada yang malu untuk meminta bantuan walaupun mereka layak menerimanya.
Persoalan di sini jika pihak pengurusan zakat boleh turun padang untuk meminta orang ramai yang layak untuk membayar zakat melalui program-program ceramah, membuka booth, kempen-kempen dan iklan-iklan, kenapa perkara yang sama juga tidak diadakan dalam mencari asnaf-asnaf yang layak untuk mendapat bantuan.
Pegawai-pegawai zakat harus selalu masuk ke kampung-kampung atau penempatan untuk bertemu dengan ketua-ketua komuniti seperti ketua kampung dan imam agar mendapat maklumat mengenai mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan zakat. Jangan harap ketua-ketua komuniti sahaja untuk menyampaikan maklumat sebab mereka pun mempunyai tugas lain.
Pihak zakat juga boleh membuka kaunter untuk tujuan pendaftaran dan temubual dengan mereka yang mengaku miskin dan fakir agar mereka yang layak dapat diberikan bantuan sepatutnya secara berkala.
Orang susah jangan dipersulitkan dalam urusan, lebih-lebih lagi yang tidak berapa pandai menulis borang permohonan. Keadaan ini akan menjauhkan mereka dan akhirnya ada pihak lain yang memberikan bantuan tanpa menyusahkan orang miskin ini. Jika ini berlaku maka jangan salahkan pihak tersebut dan orang miskin ini kerana kita gagal untuk membantu mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)