Permintaan ke atas madu asli adalah tinggi dan memaksa bekalannya diimport daripada luar khasnya daripada negara-negara asia barat, asia timur dan Amerika Syarikat. Namun dalam keadaan permintaan yang tinggi, terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengar mengeluar dan memasarkan produk madu yang telah dicampur dengan bahan lai, namun mendakwa ia adalah madu asli yang tulin seratus peratus daripada lebah ataupun kelulut.
Terdapat beberapa cara untuk kita mengenali sama ada madu itu asli ataupun telah dicampur.
1. Madu Asli tidak meleket
Sapukan madu dijari dan gosokkan antara jari-jari. Madu asli akan mudah meresap ke dalam kulit. Jika ia kekal meleket, maka bermakna ia mengandungi gula atau pemanis tiruan
.
2. Jadi pekat
Masukkan beberapa sudu madu dalam mangkuk dan panas pada suhu tinggi di dalam microwave. Madu asli akan menjadi pekat, manakala yang tiruan menjadi berbuih dan bebelon.
3. Ujian ke atas kertas
Letakkan beberapa titik madu ke atas kertas. Madu asli tidak akan koyakkan kertas, manakala yang palsu iaitu mengandungi campuran air akan mengoyakkan kertas dalam hanya beberapa saat.
4. Semuat tak hurung madu asli
Letakkan madu asli di satu sudut dan lihat jika semuat tidak menghurunginya maka ia adalah asli.
5. Air dan madu
Madu asli jika diletakkan di dalam air, akan jatuh segumpal ke dasar bekas, manakala yang tiruan akan melarut dalam air.
6. Panas di dalam mulut
Madu asli akan menyebabkan rasa panas dan "mild inflammation" pada lidah, manakala yang tiruan tiada memberikan sebarang tindak balas.
7. Madu dan Roti
Letakkan madu ke atas sekeping roti. Jika roti menjadi keras, madu tersebut adalah asli, tetapi jika permukaan roti menjadi lembek, maka ia adalah tiruan kerana telah dicampur dengan bahan yang mengandungi air.
8. Kuning Telur
Campurkan kuning telur dengan sedikit madu, jika asli ia akan menjadi kuning telur seakan akan masak.
9. Menjadi kristal
Madu asli akan menjadi kristal jika disimpan lama, manakala madu tiruan akan kekal dalam bentuk cecair dan sirap..