Sempena pelaksaan ibadah haji, maka setiap 10 Zulhijjah Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Eidil Adha. Selain daripada ibadah haji, satu lagi ibadah yang dituntut untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 13 Zulhijjah adalah ibadah qurban
PENGERTIAN QURBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan
juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu
waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban
disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat
Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada
perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang
sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya
Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan
untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih
haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah
dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan
pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat
dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah
dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’
ulamak.
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya
Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang
banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji)
dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri
nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan
telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama
Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama
Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak
ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha)
yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih),
kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan
tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban
tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di
sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah
olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis
riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan
Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda
menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan
mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa
yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan
tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat
solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
iii. DALIL IJMA’ ULAMA
Para
ulama telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan
ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan
amalan yang paling Allah sukai di Hari Eidul Adha, di mana
binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari Kiamat sepertimana
keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang
telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi.
Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS
berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)
HUKUM IBADAH KORBAN
Terdapat dua pandangan Ulama mengenai korban. Ada yang menyatakan bahawa hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.
Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya
Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang
banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan
sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang
mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia
menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;
Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
Maksudnya;
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
Berdasarkan
hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri
Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.
Terdapat
sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu Bakar dan
Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya
oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua
menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya
mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan
wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat
Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)
Menurut
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah
yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam
Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di
sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta
daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan
wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).
Hukum wajib di
sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya
mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan.
Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas
baginda menjawab;
“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)
Sehubungan
denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib.
Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika
seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.
Menurut
Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu
sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika
baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor
biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang
tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.
Namun begitu
kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah
sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak
pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak
berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah
berkorban bagi pihak umatnya.
Berpandukan kepada amalan korban
yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri
bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat
adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti
suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.
Bagi yang mampu
digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam
Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa
Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik
dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’
dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas
tersebut.
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Wednesday, October 24, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Perihal Antibiotik
Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menasihatkan para pengamal perubatan untuk memberikan anti biotik kepada pesakit secara berleluasa.
Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pada tahun1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.
Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus.
Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.
Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan . Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Doktor selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
Ditulis oleh seorang doktor perubatan
Subscribe to:
Posts (Atom)