Sempena pelaksaan ibadah haji, maka setiap 10 Zulhijjah Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Eidil Adha. Selain daripada ibadah haji, satu lagi ibadah yang dituntut untuk dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 13 Zulhijjah adalah ibadah qurban
PENGERTIAN QURBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan
juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu
waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban
disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat
Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada
perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang
sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya
Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan
untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih
haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah
dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan
pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat
dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah
dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’
ulamak.
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya
Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang
banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji)
dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri
nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan
telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama
Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama
Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak
ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha)
yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih),
kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan
tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban
tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di
sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah
olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis
riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan
Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda
menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan
mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa
yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan
tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat
solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
iii. DALIL IJMA’ ULAMA
Para
ulama telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan
ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan
amalan yang paling Allah sukai di Hari Eidul Adha, di mana
binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari Kiamat sepertimana
keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang
telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi.
Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS
berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)
HUKUM IBADAH KORBAN
Terdapat dua pandangan Ulama mengenai korban. Ada yang menyatakan bahawa hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.
Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya
Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang
banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan
sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang
mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia
menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;
Maksudnya;
“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan;
Maksudnya;
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
Berdasarkan
hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri
Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.
Terdapat
sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu Bakar dan
Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya
oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua
menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya
mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan
wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat
Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)
Menurut
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah
yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam
Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di
sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta
daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan
wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).
Hukum wajib di
sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya
mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan.
Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas
baginda menjawab;
“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)
Sehubungan
denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib.
Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika
seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.
Menurut
Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu
sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika
baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor
biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang
tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.
Namun begitu
kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah
sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak
pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak
berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah
berkorban bagi pihak umatnya.
Berpandukan kepada amalan korban
yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri
bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat
adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti
suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.
Bagi yang mampu
digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam
Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa
Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik
dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’
dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas
tersebut.
No comments:
Post a Comment