Thursday, May 28, 2009

Barca The Champion


Bravo FC Barcelona. The winner of Champions League for 2008/2009.

Manchester United left Rome in ruins, as they were not just beaten but played off the park by a Barcelona team superior in every department.
Cristiano Ronaldo lost his personal duel with Lionel Messi in the footballing Colosseum of the Stadio Olimpico - a case of the Cristiano being thrown to the Lionel - and United lost their way from back to front.

Wednesday, May 27, 2009

Kenderaan Awam dipasang alat had kelajuan

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, penulis mendengar berita di radio bahawa Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menguatkuasakan penggunaan alat mekanikal bagi mengawal kelajuan kenderaan awam, khususnya bas ekspres.
Bagi penulis cadangan tersebut memang wajar dan pihak The Deutsche Gesellschaft für Technische Zusammenarbeit atau GTZ, sebuah organisasi Kerajaan Jerman yang beroperasi di Malaysia telah memasang alat tersebut pada kenderaan pengangkutan mereka.

Penulis masih ingat ketika berkhidmatan di FRIM, di mana GTZ telah menjalankan kerjasama penyelidikan bersama FRIM telah memberikan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenama Mercedes 3000 cc untuk operasi penyelidikan. Kenderaan yang tinggi kuasa kuda itu dipasang dengan alat mekanikal untuk menghadkan kelajuan setakad 90 km sejam. Penulis pernah menggunakan perkhidmatan kenderaan tersebut dan memang terbukti ia berjaya menghalang dipandu laju walau pedal minyak ditekan rapat ke lantai

Namun kita tunggu akan pelaksanaannya kerana idea dan alat yang baik belum tentu dapat diterima oleh pengusaha bas ekspres jika $$$$$$$ menjadi keutamaan dari nyawa manusia. Mungkin kerajaan ada kaedah yang sesuai untuk membantu pengusaha dalam memasang alat itu.

Hati-hati Menerima Jemputan


Hari ini apa sahaja boleh berlaku. Kalau lawan memang kita selalu berhati-hati dalam menjalin hubungan dengan mereka, tetapi dengan kawan selalunya kita mengambil mudah (take for granted) dalam proses bersosial antara kita dengan mereka. Namun kini kita harus berfikir banyak kali dan kena selalu waspada hatta kepada kawan lama atau ahli keluarga sendiri. Sudah berlaku banyak kes di mana "kawan makan kawan", saudara mempergunakan saudara yang lain untuk tujuan dan kepentingan diri masing-masing.

Gambar ini menceritakan segalanya. Dijemput datang ke rumah untuk makan tengahari dan segala perbualan dan gerak geri dirakam visual dan audionya. Kemudian digunakan untuk tujuan kepentingan politik peribadi ... Kalau tengok gambar semacam dah dirancang untuk mengenakan tetamu. Hidangan dua tiga jenis lauk, air dah tersedia .. eehhhhh ... akhirnya masuk perangkap ..

Yang Pelik dan jelik

Pakai baju hitam kena tangkap
Tak nak makan kena tangkap
Jalan dalam kumpulan kena tangkap
Dalam rumah sendiri pun boleh kena tangkap

Habis bogel ok kot ...