Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Catatan Tahun 2011

Pejam celik hari ini sudah 30 Disember 2011, iaitu hari yang ke 364 untuk tahun 2011. Ini bermakna hanya tinggal satu hari lagi untuk tahun 2011 sebelum ia melabuhkan tirainya. Terasa bagai baru sahaja Januari menjenguh dan segala yang peristiwa bagaikan berlaku semalam.

Apapun pelbagai peristiwa suka duka dapat digarap sepanjang tahun 2011. Dalam hal politik tidak pernah sunyi dengan peristiwa dan kejadian yang menunjukkan bahawa tiada musim rehat untuk orang politik. Hatta media tradisional dan media baru terus memainkan pelbagai isu sesuai dengan kecenderungan mereka demi menarik sokongan massa sama ada secara "gentlemen" atau pun secara "tidak beretika". Matlamat menghalalkan cara dah biasa kepada mereka. Lucah, cemuh, kutuk, "name calling", fitnah dah makin menjadi biasa demi satu matlamat iaitu "KUASA".

Dalam sukan sinar gemilang untuk pasukan bolasepak dan hoki negara kerana barisan muda negara menunjukkan kejayaan di tahun 2011. Pasukan utama bolasepak negara menjuarai Piala Suzuki manakala pasukan squad 23 tahun menjuarai pingat Emas Sukan Sea lalu. Skuad hoki remaja pula berjaya menjadi juara Piala Sultan Johor dengan mengalahkan gergasi hoki dunia iaitu Australia di perlawanan akhir. Sukan lain seperti squash masih bergantung kepada tenaga senior Nicol David, Tan Beng Hei, Mohamad Iskandar dan tiada pelapis baru yang mampun meneruskan kecemerlangan Nicol dalam masa terdekat ini. Begitu juga dengan menembak yang turun naik pencapaiannya. Namun sukan lain agak tenggelam seperti olahraga yang terus merudum gara-gara krisis dalaman di kalangan pentadbir Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan sepak takraw yang juga mengalami masalah yang sama.

Industri perfileman negara menunjukkan satu sinar harapan di mana banyak filem-filem yang dihasilkan telah mencecah kutipan melebihi RM 8 juta dan kutipan untuk KL Gangster telah berjaya mengaut kutipan melebihi RM10 juta. Setakat 13 Disember 2011, filem Ombak Rindu telah berjaya memperolehi kutipan sebanyak RM11.2 juta dan dijangka mampu menjadi filem tertinggi kutipannya untuk tahun 2011. Untuk tahun ini gengre seram dan aksi atau kombinasi seram komedi serta cinta dan komedi menjadi pilihan ramai penerbit dan ia nyata mampu menarik penontok ke pawagam.

Friday, December 02, 2011

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 DAN HARAPAN

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya pulang ke Malaysia untuk seketika. Jadi panel forum dan tetamu jemputan sempena Persidangan Agung UMNO 2011. Saya rasa wajar saya hadir, sebab Muktamar PAS yang lepas saya telah hadir sebagai tetamu.

Menghadiri, mendengar secara langsung, merasai suasana, bertemu sahabat handai yang menjadi pimpinan parti-parti tersebut mempunyai ‘sentimental values’ yang tersendiri.Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti tersebut yang masih sudi menerima saya sebagai sahabat.

Bahkan pada 27hb November baru-baru ini saya juga dijemput oleh PKR untuk memberikan ucaptama Maal Hijrah sempena Mesyuarat Agung mereka. Namun saya tidak dapat hadir atas faktor masa. DAP juga pada tahun 2008 pernah menjemput saya semasa mensyuarat agung mereka untuk memberikan syarahan khas. Masa itu saya juga tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

Secara umumnya, saya rasa parti-parti politik di Malaysia masih lagi mempunyai ruangan untuk pandangan pihak luar parti yang kadang-kala berbeza di sana-sini. Juga, mungkin saya boleh anggap itu sebagai satu pengiktirafan kepada pihak ketiga yang tidak terikat dengan parti tertentu. Bukan pengiktirafan peribadi, tetapi untuk semua pihak yang ‘sealiran’ di sudut ketidakterikatan dengan parti tertentu.

Third Force

Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketika atau ‘third force’ dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang ‘mesra’ dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat.

Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.

Saya melihat suasana Perhimpunan UMNO kali ini ada ‘ketegangan perasaan’ memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika UMNO gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.

Kebimbangan itu dilahirkan samada untuk menjadikan ahli-ahli UMNO lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat ‘merah’ yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.

Harapan

Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti. Faktor itu ialah ‘harapan’. Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan ‘harapan’ sebagai kerajaan yang akan memerintah.

Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas ‘harapan’ yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup.

Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan. Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan.

Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah:

(maksudnya)“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum.

Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda:“Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).

Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan. Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’.

Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

Harapan Politik

Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan ‘Arab Spring’ yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan.Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.

Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihanraya kuncinya ‘harapan’. Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.Maka itu sebabnya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah UMNO, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihanraya berikutnya tsunami politik pun berlaku.

Apabila Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap UMNO. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadang-kala dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam UMNO sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.Kemudian, perkataan ‘harapan’ itu sendiri begitu luas dan sangat relative. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini.

Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.Persaingan HarapanPerbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali.

Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup. Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita.Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu. Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi.

Inilah kesan globalisasi.Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik. Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat?

Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru.Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!

Tuesday, October 04, 2011

Kedudukan Kerusi Melayu Dalam Dewan Undangan Negeri Perak

http://lesongbatu1.blogspot.com/2011/10/kedudukan-kerusi-melayu-dalam-dewan.html


Kegusaran orang Melayu bahawa suara majoriti orang Melayu akan hilang di Perak, jika Umno/BN tewas sebenarnya tidak berasas, kerana DAP hanya bertanding di 18 kawasan berbanding jumlah keseluruhan 59 kawasan DUN.

Berdasarkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat, komposisi pengagihan kerusi untuk pilihanraya 13 adalah kekal mengikut agihan tahun 2008, maka kuasa atau suara majoriti orang Melayu akan terus terpelihara andainya Umno kalah dalam pilihanraya tersebut.

Berdasarkan agihan kerusi dalam tahun 2008, Umno bertanding di 34 kawasan DUN, di mana daripada jumlah itu 4 kawasan adalah menentang bukan Melayu. Selain itu bukan Melayu BN (MIC/MCA/Gerakan) telah bertanding di 25 kawasan DUN dan 2 daripada kawasan adalah menentang calon Melayu. Baki kawasan DUN sebanyak 23 adalah ditandingi oleh bukan Melayu PR (DAP/PKR) menentang bukan Melayu daripada BN.

Oleh itu, jika Umno kalah semua, maka kemenangan di PR adalah 30 Melayu dan 4 bukan Melayu. Jika bukan Melayu BN kalah semua, maka PR akan dapat tambahan 2 Melayu dan 23 bukan Melayu.

Oleh itu jika BN kalah semua, maka di pihak PR mengikut kaum adalah seperti berikut:- ADUN Melayu seramai 32 orang dan bukan Melayu (27 orang).

Jika BN menang semua pula, komposisinya adalah ADUN Melayu 34 dan bukan Melayu 25. Jadi tidak banyak bezanya dari segi komposisi kaum dalam dewan negeri.

Monday, September 19, 2011

Demokrasi dan Perjuangan

Demokrasi adalah sistem bernegara yang membolehkan setiap individu berbeza dalam pendapat, pandangan, ideologi, berpersatuan dan dokongan politik. Namun ia harus selaras dengan undang-undang.


Kepada orang Islam ialah adalah sebagai uslub (cara) ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bermaruah, adil, beramah, berakhlak, tinggi budi pekerti, berilmu, beriman dan beramal. Dalam ertikata sebaliknya bukan masyarakat yang jahil, rasuah, membuli, tidak adil, rosak akhlak dan segala gejala sosial yang boleh mencemarkan individu, masyarakat dan agama keseluruhannya.


Perjuangan bukan sekadar untuk PERUT dan BAWAH PERUT. Perjuangan dunia adalah landasan ke hari kemudian. Salah naik landasan habis. Salah pilih ketua kantoi ... Kalau sekadar perjuangan untuk perut sama le macam yang berkaki empat ...

Friday, April 08, 2011

Demokrasi dan Perjuangan

Demokrasi adalah sistem yang membolehkan setiap individu berbeza dalam pendapat, ideologi, berpersatuan dan menyokong parti politik yang sah selaras dengan undang-undang.

Kepada orang Islam ia sebagai tambahan ke arah utk mewujudkan suatu masyarakat yang bermaruah, adil, beramah, berakhlak, tinggi budi pekerti atau dalam ertikata sebaliknya bukan masyarakat yang rasuah, membuli, tidak adil, rosak akhlak dan segala gejala sosial yang boleh mencemarkan individu dan masyarakat keseluruhannya.

Perjuangan bukan sekadar untuk PERUT dan BAWAH PERUT. Perjuangan dunia hari ini adalah landasan ke hari kemudian. Oleh pemilihan landasan yang betul adalah wajib agar tidak terbabas. Begitu juga jika tersalah memilih ketua atau pemimpin akan rosaklah masyarakat.

Kalau sekadar perjuangan untuk perut dan bawah perut, maka sama le macam yang berkaki empat atau yang kepala sama tinggi dengan perut.

Tuesday, November 16, 2010

Melayu Tetap Dominan Walaupun Jika Umno Tewas

Kegusaran orang Melayu bahawa suara majoriti orang Melayu akan hilang di Perak, jika Umno/BN tewas sebenarnya tidak berasas, lagipun DAP hanya bertanding di 18 kawasan berbanding jumlah keseluruhan 59 kawasan DUN.

Jika komposisi pengagihan kawasan mengundi tahun 2008 dikekalkan untuk pilihanraya ke 13, bahawa kuasa atau suara majoriti orang Melayu akan terus terpelihara andainya Umno kalah dalam pilihanraya tersebut.

Berdasarkan agihan kerusi dalam tahun 2008, Umno bertanding di 34 kawasan DUN, di mana daripada jumlah itu 4 kawasan adalah menentang bukan Melayu. Selain itu bukan Melayu BN (MIC/MCA/Gerakan) telah bertanding di 25 kawasan DUN dan 2 daripada kawasan adalah menentang calon Melayu. Baki kawasan DUN sebanyak 23 adalah ditandingi oleh bukan Melayu PR (DAP/PKR) menentang bukan Melayu daripada BN.

Oleh itu, jika Umno kalah semua, maka kemenangan di PR adalah 30 Melayu dan 4 bukan Melayu. Jika bukan Melayu BN kalah semua, maka PR akan dapat tambahan 2 Melayu dan 23 bukan Melayu.

Oleh itu jika BN kalah semua, maka di pihak PR mengikut kaum adalah seperti berikut:- ADUN Melayu seramai 32 orang dan bukan Melayu (27 orang).

Jika BN menang semua pula, komposisinya adalah ADUN Melayu 34 dan bukan Melayu 25. Jadi tidak banyak bezanya dari segi komposisi kaum dalam dewan negeri.

Monday, August 30, 2010

Media Menjadi Alat Politik

Peranan media kini telah diselewangkan daripada menjadi alat perpaduan kepada menjadi alat propaganda politik golongan tertentu. Apabila media telah lagi dari tujuan asal kewujudannya, maka segala maklumat yang disampaikan menjadi tidak lengkap, dimanipulasi, digelapkam dan digarap oleh penulis dan penyuntingnya bagi memenuhi kehendak "political master".

Amat malang media di Malaysia, sama ada eletronik atau cetak telah berapa pada tahap yang menjelekkan dan tahap etika telah dibakulsampahkan oleh mereka.

Peranan media untuk menyampaikan maklumat tepat dan benar serta menjadi alat yang penting di dalam memupuk perpaduan masyarakat telah dikesamping demi memenuhi cita-cita politik.

Wednesday, June 02, 2010

Pelantikan Melalui Pintu Belakang Membelakangi Aspirasi Rakyat

Daripada rakyat kepada rakyat. Itulah istilah keramat dalam politik demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ia bermaksud pemimpin dilantik oleh rakyat dan segala tindakan pemimpin adalah demi untuk kebaikan rakyat.

Secara teorinya begitulah di bawah konsep demokrasi. Namum hakikatnya, dalam banyak perkara rakyat yang memberi kuasa telah dikesampingkan dalam hal pelantikan pemimpin. Ia berkaitan dengan hal pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Pelantikan ke jawatan tersebut sewajarnya diambil di kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Ini kerana hanya mereka yang memenangi pilihanraya layak memegang jawatan tersebut kerana rakyat memilih mereka untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka yang kalah dalam pilihanraya, membuktikan bahawa mereka tidak ditolak oleh rakyat.

Oleh itu amalan melantik mereka yang kalah dalam pilihanraya atau mereka yang tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya ke jawatan menteri dan timbalan menteri adalah berlawanan dengan semangat demokrasi dan membelakangi aspirasi rakyat.

Tuesday, May 04, 2010

Cara Berkempen Bukan Ala Malaysia

Oleh: Samad Said

PADA 6 Mei ini rakyat Great Britain akan membuat keputusan penting: Memperkekal pemerintahan Parti Labour atau menyingkirnya. Parti Labour (kini pimpinan Gordon Brown) telahpun berkuasa selama l7 tahun!

Saya tidak begitu terpesona dengan parti mana yang bakal menang—sama ada Parti Buruh pimpinan Gordon Brown, Parti Conservative pimpinan David Cameron ataupun Parti Liberal Democrats pimpinan Nick Clegg.

Saya hanya terpesona dengan isu dan cara ketiga-tiga parti itu berkempen.Yang jelas, tidak terdengar munculnya calon-calon bertanda harga yang berdebar menanti untuk dibeli. Juga, turut jelas, para calon pilihanraya itu tidak coba membenam sesama sendiri melalui pembeberan kisah glamor dan songsang peribadi masing-masing.Yang diutamakan ialah soal isu penting dan landasan parti. Isu—untuk umum; landasan—untuk parti.

Khabarnya, “bahan” terbesar ialah masalah mengatasi defisit kantung negara. (Britain rasanya tidak mempunyai dana dulang emas sesubur Malaysia!). Oleh kemelesetan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi oleh pemborosan belanja melanggar Iraq, ekonomi Britain telah menguncup dan sedang mencungap. Lalu, masing-masing pemimpin coba membentangkan peta cara dan kerja mengatasi masalah darurat itu.

Pemimpin Liberal Democrats—Nick Clegg—sedia mengikis projek mempermoden armada kapal selam Britain. Terlalu menggunung belanjanya, hujah Clegg. Ada masalah lain yang lebih utama dan mendesak—rancangan kesihatan dan pendidikan.
Dalam simpang-siur kempen khabarnya Nick Clegg sangat menyerlah. Wajahnya tampan, inteleknya santan. Sejauh ini, Gordon Brown daripada Parti Labour sempat diistilahkan sebagai petanding “yang kembali dari tanah pusara”. David Cameron pula sempat diwajahkan sebagai tenaga penentang yang titan.

Kembali kepada soal isi dan cara berkempen, tampaknya, tidak terimbas kesiasiaan atau kecurangan yang mendedah. Ketiga-tiga parti utama itu ternyata sedar akan batasan tindakannya. Parti Buruh coba “membuat” sesedikit kesilapan—contohnya, tidak memperalatkan jentera kerajaan untuk kerja kempen partinya. Malah, Gordon Brown tidak pun mengumumkan sebarang projek gergasi atau mencurahkan dana dulang emas seenaknya bagi pemancingan undi.

Tuesday, March 23, 2010

Mencari Kejujuran Ahli Politik

Banyak isu membabitkan politik negara dan ahli politik muncul sejak lebih sepuluh tahun lalu atau lebih tepat sejak peristiwa 1998. Sejak tarikh itu, pelbagai peristiwa berlaku, maka kekalutan di kalangan ahli politik makin menjadi-menjadi.

Setiap tindakan ahli politik dilihat lebih kepada mencari kepentingan politik atau "political mileage", bukan atas dasar tanggungjawab yang wajib dilaksanakan kepada para rakyat. Ahli dan parti politik berlumba-lumba menonjolkan diri sebagai juara atau paling hebat dalam membela rakyat. Maka setiap program dan projek yang akan dilaksanakan akan diwar-warkan kepada seluruh pelusuk alam bahawa kami tak lupa untuk membantu dan membangunkan rakyat sehingga menyebabkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai projek pembangunan digunakan untuk menjayakan program "untuk menunjuk" tadi. Bayangkan berapa kos yang dihabiskan untuk melancarkan program menunjuk tersebut bagi setiap negeri.

Jika sebelum ini, ahli politik semacam buat tak endah kepada rakyat, tetapi akibat wujud persaingan kuasa, maka kini mereka semacam tak boleh duduk diam dan akan mencari sesuatu platform bagi menunjukkan bahawa mereka masih relevan dalam arus perdana politik negara.

Jika dulu ketika bersama segalanya indah, tetapi bila berpisah, dikatakan bekas rakannya sebagai paling buruk pernah dikenali. Betul atau tidak hanya empunya diri dan Allah yang tahu. Namun kita sebagai rakyat mencari kejujuran di dalam diri ahli politik seperti ini.

Tuesday, January 19, 2010

Masih Ramai Yang Tak Daftar Dengan SPR

Media melaporkan bahawa 28 peratus atau 4.39 juta penduduk Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas tidak berdaftar sebagai seorang pemilih dalam pilihanraya sehingga akhir 2009. Daripada jumlah itu, 65 peratus adalah bumiputera yang majoritinya adalah orang Melayu.

Kaum muda harus disedarkan akan kepentingan mereka menjadi seorang pemilih dan memilih pemimpin negara. Tanggungjawab mereka bukan sekadar mendaftarkan diri, tetapi harus terlibat dalam memilih wakil rakyat-wakil rakyat yang akan memperjuangkan nasib mereka.
Jika tak mendaftar maka mereka tiada hak untuk menentukan siapa wakil mereka dan dari segi moralnya mereka tiada hak untuk mengkritik wakil rakyat atau pemerintah kerana mereka tidak terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

Sunday, December 27, 2009

Bila Zainal Sakom berfatwa

Apa pandangan para Mufti bila Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Sakom "berfatwa" bahawa adalah suatu yang fardu kepada umat Islam untuk mengembalikan negeri Selangor kepada pemerintahan Umno-BN. Beliau juga mengaitkan perkara ini dengan pembentukan kerajaan Islam oleh Rasulullah s.a.w.

Kalau Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan seruan seumpamanya, maka ramailah para cendikiawan Islam, khususnya mufti Perak dan Johor mengecam beliau.

Wednesday, August 19, 2009

COULD BE ANOTHER BY ELECTION

Kedah State Assembly's speaker had notified Kedah's SPR on the position of Kota Siputeh State Assemblyman Datuk Abu Hassan Sarif in virtue lost his postion as assemblyman when he failed to attend two sitting consecutively without permission. This is inline with Section 51 of Kedah State Constitution stated that "mana-mana anggota DUN yangtidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Thursday, July 23, 2009

Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti Minyak

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Friday, July 17, 2009

Manik Siapa Yang Terurai

Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai dah selesai dan keputusannya dah diketahui bahawa PAS mempertahankannya dengan majoriti tipis 65 undi jatuh lebih 1,300 undi berbanding pilihanraya umum Mac 2008.

Bagi PAS menang tetap menang walaupun hanya satu undi, tetapi bagi UMNO walaupun kalah ia tetap dikira "menang" kerana berjaya meningkatkan undi popularnya di situ, khasnya di kalangan orang muda di Manek Urai Baru dan Menk Urai Lama. Bagi mereka gelombang biru sudah melanda serambi Mekah.

Namun yang pasti, orang Manek Urai yang kalah kerana segala janji UMNO/BN di masa kempen seperti untuk membina jambatan dan menjadikan Manek Urai kota agropolitan telah hilang dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Kini tiada lagi pemimpin yang menemani dan menolong mereka menoreh di MU dan tiada lagi pemimpin yang mencemar duli untuk nyalakan api rokok pada penduduk kampung. Pemimpin 1Malaysia slogannya hebat.

Khabarnya ramai yang dah menyesal kena tipu lagi .. Sepatutnya orang MU belajar dengan orang Pengkalan Pasir yang dijanjikan pelbagai pembangunan dalam pilihanraya kecil tersebut, tetapi segala janji tinggal janji walaupun UMNO/BN menang ketika itu.

Manek Urai sepatutnya dah lama membangun kerana kawasan ini terletak di bawah Wilayah Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) sebuah agensi kerajaan pusat yang fungisnya serupa dengan Felda diwujudkan untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar. Kerajaan negeri memperuntukkan tanah dan membangunkan kawasan tersebut terletak di bawah Kesedar. Banyak peruntukan daripada kerajaan Pusat disalurkan melalui Kesedar untuk membangunkan wilayah Kelantan Selatan. Jika masih mundur, tentunya ada sesuatu yang tidak kena ...SPRM tak nak tunggu lagi ..masih tak ada Kesedar(an) lagi ke.

Monday, July 06, 2009

Najib dah ditegur oleh Tun Mahathir

Baru tiga bulan menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dah kena debik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib tak membantu sesiapa pun. Kita pun dah dok nampak dah, orang Cina tak dibantu, orang India tak dibantu, orang Melayu tak payah cakap la...

Dr Mahathir juga berkata, apa yang dibuat oleh Najib itu lebih kepada nak popularkan dirinya sahaja.

Kalau masa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri dulu, selepas setahun lebih barulah Dr Mahathir memberikan pandangan yang pada mulanya tak membantu dan penghujunganya hingga ke peringkat membawa kepada pengunduran Abdullah.

Tapi kali ini, baru jer tiga bulan Najib jadi Perdana Menteri, dah kena luku suami kepada Rosmah ni.

Tuesday, June 02, 2009

Bila Nak Berubah?

Nampahknya Umno masih belum belajar daripada pengalaman lalu dalam menghadapi pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau umum dan masih lagi mengamalkan pendekatan yang lama dalam menambat hati pengundi. Hari ini akhbar The Star melaporkan bahawa Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata bahawa pekerja Barisan nasional akan tinggal bersama dengan penduduk Manek Urai hatta akan turut pergi menorah getah bersama-sama penduduk kampung sepanjang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Bagi penulis pendekatan tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah dilakukan oleh Ketua penerangan Umno yang lalu Tan Sri Muhamad Muhd Taib ketika menghadapi pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Namun ia masih gagal untuk memujuk pengundi untuk memberikan undi majoriti kepada Barisan Nasional. Sebenarnya bukan itu yang diinginkan oleh para pengundi atau rakyat. Mereka inginkan pemimpin yang jujur dan tidak bersikap hipokrit dan sentiasa mengambil tahu permasalahan mereka sepanjang masa bukan hanya pada waktu tertentu sahaja. Jangan jadi seperti chak cebo yang boleh bertukar warna mengikut persikitaran. Tak payahlah nak bersarung dan berketayap ketika merayu undi. Pakailah pakaian kasual seperti kebiasaannya kerana orang kampung pun kalau ke kenduri di siang hari atau jika ada kematian tidak lagi memakai kain sarung.

Beliau juga berkata perjumpaan dengan pengundi akan diadakan di masjid dan surau. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk kempen di masjid dan surau seperti menceritakan tujuan atau matlamat parti dan calon lebih-lebih lagi kalau mengajak pengundi untuk memilih parti yang memperjuang hak rakyat, menjaga agama, amanah dan menolak rasuah dan salahguna kuasa.

Cuma penulis musykil dulu Umno yang larang masjid dan surau digunakan untuk tujuan politik, tetapi kini Umno yang nak gunakannya pula. Bagi penulis baguslah kalau macam tu ... Rakyat semua dah cerdik .... Tidak termakan segala adu domba ...

Wednesday, May 27, 2009

Yang Pelik dan jelik

Pakai baju hitam kena tangkap
Tak nak makan kena tangkap
Jalan dalam kumpulan kena tangkap
Dalam rumah sendiri pun boleh kena tangkap

Habis bogel ok kot ...