Friday, October 12, 2012

Etika Kerja Dalam Islam

Pendahuluan

Islam menuntut setiap manusia bekerja, berusaha mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Di samping itu Islam juga menyatakan bahawa sesuatu "pekerjaan" yang baik ialah tugas yang diamanahkan kepada seseorang insan. Maka apabila seseorang itu menjalankan tugasnya ataupun bekerja, dengan sendirinya bererti, bahawa insan tersebut sedang menunaikan amanah Allah. Menurut Islam, setiap kerja yang diredhai oleh Allah dan disertai dengan niat adalah ibadat. Oleh demikian setiap insan hendaklah menyedari dan menghayati bahawa setiap lapangan pekerjaan yang dilakukannya itu sekiranya dimulai dengan niat, ia merupakan satu ibadat.

Selain dari itu, setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah SWT :

Maksudnya :
"Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya".
(Al-Muddaththir : 38) 

Ini bererti sekiranya seseorang itu tidak menunaikan kerja dengan sewajarnya, seperti mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinya ia akan dihukum di akhirat kelak walaupun mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah seseorang itu di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.

Daripada apa yang telah diutarakan, jelaslah bahawa menurut ajaran Islam, setiap manusia wajib mempunyai kerja. Islam tidak menyukai kepada pengemis dan penganggur. Di samping itu seseorang pekerja mestilah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya kerana Allah telah menegaskan bahawa setiap pekerja itu berupaya dan mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya. Samada seseorang pekerja itu dapat menunaikan tugasnya dengan baik atau tidak hanyalah bergantung kepada sikap pekerja itu sendiri. Islam telah menggariskan etika kerja dalam Islam antaranya :

1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah 
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah 
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap 
4. Bekerja Dengan Semangat Kerjasama Dan Berpadu Fikiran 


http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiArtikelIstinbat/EtikaKerjaDlmIslam.htm

Thursday, October 11, 2012

Tanda-Tanda Kena Gangguan Jin

Di dalam dunia ini selain daripada manusia terdapat makluk lain yang dinamakan sebagai jin. Ulama menyatakan bahawa seperti manusia, jin juga ada yang kufur dan ada jin yang Islam.

Antara tindakan-tindakan jin kufur adalah menganggu manusia sama dengan menakutkan-nakutkan manusia atau mendatangkan kesakitan tubuh fizikal dan gangguan emosi.

Berikut adalah beberapa simptom gangguan jin. Jika anda sering mengalami masalah-masalah yang berikut  ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar Al-Quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar Al-Quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Untuk mendapat maklumat lanjut sila lawat 

http://wanwma.com/agama/ujian-mengesan-jin-dalam-badan-anda