Friday, August 21, 2009

Ramadhan: Antara Adat & Ibadat

Bezakan antara adat & ibadat di dalam melakukan amalan soleh. Begitu juga dalam bab berpuasa hendaklah dilakukannya menurut syarak (ibadat) dan bukan secara adat. Pertama sempena bulan yang mulia ini kita pohon keampunan dan kemaafan dengan semua insan yang mungkin telah kita sakiti hati mereka, mungkin kita telah zalimi mereka atau berbuat sesuatu yang buruk pada mereka.

Sesungguhnya di dalam Islam apa jua kebaikan yang dibuat tidak akan terangkat ke langit jika kita mempunyai dosa dengan sesama manusia. Allah akan ampunkan dosa hambanya kecuali syirik kepadaNya dan dosa sesama manusia yang hanya selesai jika kemaafan diberikan.

Jadi marilah kita tukar tradisi meminta maaf sepanjang masa jika kita sedar bahawa kita telah melakukan kesalahan kepada insan tertentu bukan tunggu sehingga bulan Syawal kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita. Kalau yang ada ibubapa minta maaflah dengan mereka, telefonlah mungkin kita tak sempat nak berjumpa sebelum Syawal nanti.

Ramadhan adalah bulan untuk kita muhasabah diri di atas perbuatan dan amalan kita yang lalu, bulan untuk membuat koreksi dan sebagai turning point for us to start a new chapter in our life from being a good Muslim to be an excellent Muslim.

Ramadhan adalah bulan yang di awalnya diberikan rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pelepasan daripada api neraka.

Bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang Allah berikan kepada umat Islam. Pahala melakukan ibadat wajib digandakan kepada 70 kali dan ibadat sunat mendapat pahala ibadat wajib. Apatah lagi kalau dilakukan secara jemaah. Di dalamnya juga ada satu malam iaitu Malam Lailatul Qadar yang Allah berikan kelebihannya ibarat 1000 bulan. Kalau bonus kerajaan bagi satu bulan pun kita dah seronok. Ini kan pula bonus 70 kali (sama 70 bulan) dan ada yang sampai 1000 bulan. Hatta orang tidur di siang hari dalam kadar tertentu pun mendapat pahala, tetapi dengan syarat amalan wajib tak ditinggalkan dan bertujuan supaya dapat beribadat pada malamnya.

Sama-samalah kita membuat persediaan untuk melayari Ramadhan. Bukan masanya lagi untuk membuat persediaan menghadapi Syawal. Buatlah rujukan untuk kita mendalami ilmu bagi mendapat kesempurnaan dalam melakukan amal kebaikan. Amal tanpa ilmu ibarat pohon rendang yang tak berbuah dan apa yang penting lagi ialah keikhlasan dalam beribadat. Bukan ikut-ikutan tapi kerana ia adalah kewajipan sebagai hamba Allah.

Sama-samalah juga kita berdoa semoga kita diberikan kekuatan keimanan dan kesihatan tubuh badan agar kita termasuk dalam golongan insan-insan yang berjaya mengapai peluang yang besar ini. Juga kita berdoa agar Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita kerana sesungguhnya kita banyak melakukan dosa, maka hanya dengan rahmat Allah sahaja dapat menyelamatkan kita.

Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita bertekad untuk mengambil kesempatan ini untuk jadi insan yang kamil wal mutakamil dan jangan kita jadikan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain berlalu tanpa rasa apa-apa di dalam diri dan jiwa kita. Jadikan Ramdhan sebagai pesta ibadah bukan pesta juadah dan Ramadhan adalah bulan ibadat bukannya adat.Jadikan Ramadhan untuk kita meningkatkan darjat kita, sekali lagi sebagai turning point for us to move forward. Dan tanda seseorang itu berjaya dalam menjalani ibadah Ramadhan ialah akan ada perubahan yang baik dalam dirinya bila lepas Ramadhan nanti.

Akhirnya sama-samalah kita jaga solat kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihisap di akhirat nanti dan prasyarat untuk Allah menerima amalan-amalan kebaikan yang lain. Ramai yang mampu berpuasa 14 jam sehari tetapi tidak mampu untuk meluangkan masa 15 minit untuk satu waktu solat.

Jadi saya turut mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tutur kata, gerak laku atau apa sahaja yang tidak baik. Moga Allah ampunkan kita semua. Insya Allah. Wallahhu Aklam.

Wednesday, August 19, 2009

COULD BE ANOTHER BY ELECTION

Kedah State Assembly's speaker had notified Kedah's SPR on the position of Kota Siputeh State Assemblyman Datuk Abu Hassan Sarif in virtue lost his postion as assemblyman when he failed to attend two sitting consecutively without permission. This is inline with Section 51 of Kedah State Constitution stated that "mana-mana anggota DUN yangtidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Gagal Bayar Subsidi Punca Gula Tiada?????

Bekalan gula kurang di pasaran kerana pengilang kurangkan pengeluaran. Kenapa? Mengikut kata seorang peruncit sudah 7 (tujuh) bulan kerajaan gagal membayar subsidi kepada pengilang. Mungkin juga ...

Gula adalah barangan kawalan dan bagi memastikan harganya rendah dan dikawal kerajaan, maka kerajaan akan membayar perbezaan antara harga syiling jualan dengan harga kompetitif pasaran terbuka kepada pengilang.

Namun umum mengetahui bahawa keadaan ekonomi sekarang agak suram dan kedudukan kewangan negara juga kuncup. Oleh yang demikian dengan wang yang terhad, maka yang keutamaan dalam pelbelanjaan akan dibuat. Dengan itu mungkin sebabnya kerajaan meletakkan keutamaan membayar kepada pengilang di kedudukan lebih rendah.

Bila Ramadhan menjelang, kebiasaannya permintaan bertambah kerana banyak kuih muih dan juadah dibuat lebih daripada hari biasa khusus untuk berbuka puasa dan hari raya. Bila bekalan tiada rakyat menjerit, maka pengilang gunakan kesyukaran rakyat ini untuk menekan kerajaan agar membayar subsidi tersebut.