Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Akhirnya Naik Juga

Setelah lebih dua bulan isu pemotongan subsidi yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelasan Subsidi, maka akhirnya semalam harga minyak RON95 telah dinaikkan sebanyak 5 sen, manakala RON97 harganya mengikut mekanisme harga pasaran. Harga gas naik 10 sen sekilogram dan diesel naik 5 sen. Harga gula pula naik 25 sen sekilogram menjadi RM1.90 sen.

Dalam menjustifikasikan kenaikan ini, pihak kerajaan berkata jumlah subsidi yang ditanggung semakin meningkat dan ia menghakis hasil kerajaan untuk peruntukan pembangunan.

Dalam pada itu kerajaan juga berkata harga bahan api dan material tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan harga barangan tersebut di negara lain.

Selain itu alasan lain yang digunakan adalah untuk mengurangkan penggunaan gula yang dikatakan penyebab kepada peningkatan yang tinggi penyakit kencing manis di kalangan rakyat Malaysia.

Namun apa yang musykilnya apabila di bandingkan harga barangan, pihak kerajaan gagal untuk membandingkan antaranya pendapatan rakyat di negara tersebut, sumber hasil petroleum tidak dihasilkan di negara tersebut dan incentive lain yang diberikan oleh kerajaan negara luar kepada rakyatnya dalam mengatasi masalah harga tinggi.

Kalau nak dikurangkan penyakit kencing manis, maka kerajaan harus mengawal penjualan minuman ringan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi serta menetapkan setiap minuman dan makanan yang dikeluarkan harus tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Wednesday, August 19, 2009

Gagal Bayar Subsidi Punca Gula Tiada?????

Bekalan gula kurang di pasaran kerana pengilang kurangkan pengeluaran. Kenapa? Mengikut kata seorang peruncit sudah 7 (tujuh) bulan kerajaan gagal membayar subsidi kepada pengilang. Mungkin juga ...

Gula adalah barangan kawalan dan bagi memastikan harganya rendah dan dikawal kerajaan, maka kerajaan akan membayar perbezaan antara harga syiling jualan dengan harga kompetitif pasaran terbuka kepada pengilang.

Namun umum mengetahui bahawa keadaan ekonomi sekarang agak suram dan kedudukan kewangan negara juga kuncup. Oleh yang demikian dengan wang yang terhad, maka yang keutamaan dalam pelbelanjaan akan dibuat. Dengan itu mungkin sebabnya kerajaan meletakkan keutamaan membayar kepada pengilang di kedudukan lebih rendah.

Bila Ramadhan menjelang, kebiasaannya permintaan bertambah kerana banyak kuih muih dan juadah dibuat lebih daripada hari biasa khusus untuk berbuka puasa dan hari raya. Bila bekalan tiada rakyat menjerit, maka pengilang gunakan kesyukaran rakyat ini untuk menekan kerajaan agar membayar subsidi tersebut.

Tuesday, August 11, 2009

Kisah Gula dan Gula-Gula

Menjelang Ramadhan tiba-tiba gula hilang dari rak-rak sama ada di kedai runcit hinggalah kepada pasaraya-pasaraya besar. Cerita yang sama juga berlaku pada tahun lepas. Nak kata sebab penyeludupan menyebabkan gula tidak ada di pasaran tempatan tak logik sangat sebab kawalan di sempadan adalah ketat dan kalaupun berjaya diseludup takkan sampai boleh menjejaskan pasaran tempatan.

Kalau dalam istilah ekonomi dan pemasaran perbuatan ini dipanggil "hoarding" iaitu menyorok in a way to create an artifical shortage of supply. Tujuannya untuk menuntut harga yang lebih tinggi. Biasalah dalam ekonomi kapitalis "the price is determined by demand and supply". Jadi bila permintaan tinggi dan penawaran kurang maka wajar bagi mereka untuk naikkan harga. Apapun kementerian hal ehwal pengguna kena ambil tindakan terhadap pembuli ekonomi yang layak digelar pengkhianat negara kerana meletakkan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat dan negara.

Kalau gula bekalannya sukar diperolehi, namun menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir nanti, maka kita akan lihat penggundi di sana akan mendapat gula-gula. Banyak projek segera akan muncul sebagai gula-gula kepada pengundi untuk mengundi parti tertentu. Sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan Gula-Gula ini akan muncul dalam setiap pilihanraya baik umum maupun kecil. Yang terbaru di Manek Urai di mana pengundi digula-gulakan dengan projek Jambatan, projek agropolitan dan sebagainya.

Persoalannya apakah pengundi di Permatang Pasir boleh digula-gulakan sebagaimana di Manek Urai di mana majoriti orang Manek Urai baru dan lama termakan akan gula-gula tersebut.

Kalau terlebih gula boleh kena kencing manis, tapi terlebih gula-gula boleh buat orang menangis.

Entahlah ..