Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar elalui titisan cecair pernafasan.
Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang
menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan
pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah,
melumpuhkan saraf dan enyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang
menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi,
iaitu antara 25 ke 50%.
Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5)
serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus
influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan
imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd
immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.
Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala
ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.
Justeru, KKM
ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang
lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan
penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih
lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa
mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia
merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan
anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan
kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Dipetik daripada blog Ketua Pengarah Kesihatan
This webblog (blog) is contains write-up covers various topics and stories ranging from religious, economy, politics, literature and other human interest topics.
Thursday, June 23, 2016
ICELAND TERUSKAN KECEMERLANGAN
Perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO Championship 2016 atau lebih dikenali sebagai EURO2016 telah tamat dan kejutan dicipta apabila empat pasukan yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan ini berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik iaitu Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales.
Kejayaan Iceland yang berkedudukan rangking dunia ditangga 31 dan negara yang hanya mempunyai seramai 329,000 penduduk adalah suatu yang membanggakan di mana mereka layak sebagai naib juara kumpulan F di belakang Hungary mengumpul lima mata setelah menang sekali dan seri dua kali.
Lawan Iceland pada perlawanan pusingan kalah mati nanti adalah England.
Antara nama besar bolasepak Iceland adalah Eidur Gudjohnsen yang pernah bermain dengan Chelsea dan pemain yang masih bermaian di liga Inggeris adalah Gylfi Sigurdsson (Swansea, Johann Berg Gudmundsson (Charton) dan Aron Gunnarsson (Cardiff).

Subscribe to:
Posts (Atom)