Saban tahun akan diadakan program bagi memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Baginda diputerakan pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamanya dengan 20 April 571 Masehi.
Tahun tersebut dinamakan tahun gajah sempena dengan peristiwa Abrahah dan tentera bergajahnya yang datang untuk merobohkan Kaabah. Dalam peristiwa itu Abrahah dan tenteranya telah dimusnahkan oleh burung Ababil yang diutuskan oleh Allah dengan menjatuhkan bara-bara api ke atas Abrahah dan tentera bergajahnya.
Walaupun penganjuran program Maulidur Rasul tidak nas yang mengatakan ia diadakan oleh Nabi dan para Sahabat selepas baginda, namun atas nisbah bahawa penganjuran itu boleh memberikan pengajaran kepada Umat Islam khasnya dan umat manusia umumnya, maka ia telah diharuskan untuk dijalankan oleh umat Islam.
Namum dalam hal ini, maka umat Islam harus faham bahawa tiada acara khusus untuk menganjurkannya asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat.
Apa yang lebih penting, dalam merayakannya, ia akan meningkatkan tahap kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah melalui tindakan dan mengamalkan apa yang dilakukan dan dititahkan oleh baginda.
Perlu diingat menyambut hari keputeraan baginda tidak seharusnya sama macam kita menyambut Hari Ulangtahun kemerdekaan negara dan ia hanya sekadar melakukannya atas dasar kebiasaan dalam masyarakat.