Showing posts with label harga. Show all posts
Showing posts with label harga. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Harga Petrol di M'sia adalah Termahal di Kalangan Negara Pengeluar & Pengeksport

Berdasarkan kepada perbandingan harga antara negara-negara pengeluar dan pengeksport petroluem di dunia, di dapati harga jualan runcit petroluem di Malaysia adalah yang paling tinggi.

Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja. Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.

United Arab Emirates --- RM1.22/liter
Bahrain --- RM0.89/liter
Qatar --- RM0.72/liter
Kuwait --- RM0.69/liter
Libya --- RM0.46/liter
Arab Saudi --- RM0.39/liter
Iran --- RM0.36/liter
Nigeria --- RM0.33/liter
Turkmenistan --- RM0.26/liter
Venezuela --- RM0.16/liter
MALAYSIA (RON95) --- RM1.90/liter

Monday, December 20, 2010

Minyak Masak Oh Minyak Masak

Lepas satu barang muncul pula masalah barang lain. Dulu gula tak ada dalam pasaran, sekarang ni minyak masak pula. Nampaknya tak kesudahan isu kekurangan bahan-bahan makanan asas dan semacam tak berpenghujungan.

Tapi bila harga naik, esoknya berlori-lori stok muncul di pasaran. Sekelip mata boleh ada stok yang boleh tahan berbulan-bulan. Kalau sebelumnya kena catu sorang sekilo sahaja sekarang nak punggah satu palate dengan folklift pun tak apa.

Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa kita semua kena "main" oleh mereka yang terlibat dalam sistem perekonomian dan bekalan negara.

Friday, July 16, 2010

Akhirnya Naik Juga

Setelah lebih dua bulan isu pemotongan subsidi yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelasan Subsidi, maka akhirnya semalam harga minyak RON95 telah dinaikkan sebanyak 5 sen, manakala RON97 harganya mengikut mekanisme harga pasaran. Harga gas naik 10 sen sekilogram dan diesel naik 5 sen. Harga gula pula naik 25 sen sekilogram menjadi RM1.90 sen.

Dalam menjustifikasikan kenaikan ini, pihak kerajaan berkata jumlah subsidi yang ditanggung semakin meningkat dan ia menghakis hasil kerajaan untuk peruntukan pembangunan.

Dalam pada itu kerajaan juga berkata harga bahan api dan material tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan harga barangan tersebut di negara lain.

Selain itu alasan lain yang digunakan adalah untuk mengurangkan penggunaan gula yang dikatakan penyebab kepada peningkatan yang tinggi penyakit kencing manis di kalangan rakyat Malaysia.

Namun apa yang musykilnya apabila di bandingkan harga barangan, pihak kerajaan gagal untuk membandingkan antaranya pendapatan rakyat di negara tersebut, sumber hasil petroleum tidak dihasilkan di negara tersebut dan incentive lain yang diberikan oleh kerajaan negara luar kepada rakyatnya dalam mengatasi masalah harga tinggi.

Kalau nak dikurangkan penyakit kencing manis, maka kerajaan harus mengawal penjualan minuman ringan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi serta menetapkan setiap minuman dan makanan yang dikeluarkan harus tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Monday, March 05, 2007

MANA JANJI DAN MANA PERGI WANG PENJIMATAN SUBSIDI?

Setahun telah berlalu, Mac muncul kembali bersama kenangan kenaikan harga bahan petroleum. Pada tanggal 1 Mac 2007 telah genap satu tahun harga petroleum dinaikkan sebanyak 30 sen di mana harga petrol RON 97 telah RM1.92 manakala RON 92 RM1.87. Dalam menjustifikasi kenaikan harga terse but, Kerajaan telah menyatakan bahawa penjimatan subsidi sebanyak RM4.4 billion adalah perlu demi membangunkan sistem pengangkutan di Malaysia.

Dalam tempoh setahun tersebut harga petroleum telah berada di bawah US$60.00 setong dan secara puratanya pada harga US$57.00 setong. Ketika harga petroleum dinaikkan setahun lalu harga petroleum dunia adalah pada kadar US$62.00/tong dan dengan harga semasa yang lebih rendah serta kadar ringgit yang semakin kukuh, maka subsidi yang diberikan oleh Kerajaan adalah kurang berbanding setahun lalu.

Pada masa harga petroleum dinaikkan kadar ringgit berbanding dollar Amerika adalah RM3.8 per US$1, tetapi kini ringgit kian mengukuh berbanding US$ dan kadar semasa adalah pada tahap RM3.49/US$1. Memandangkan harga petroleum didagangkan di dalam US$ maka kadar yang dibelanjakan untuk mengimport bahan petroleum adalah lebih rendah. Sebagai contoh pada 1 Mac 2006 harga petroleum adalah US$62/tong dan nilai ringgit adalah RM3.8/US$.

Oleh itu untuk mengimport 100 tong petroleum Malaysia perlu member RM23,560, tetapi kini pada harga US$60 dan RM3.49/US$1 harga yang perlu dibayar adalah RM20,940 iaitu perbeza RM2,620. Jika 1,000,000 tong maka penjimatan adalah sebanyak RM26,200,000
Selain itu ketika mengumumkan kenaikan harga Kerajaan menyatakan bahawa wang hasil daripada penjimatan subsidi tersebut akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia.

Namun selepas setahun berlalu apapun tidak nampak bahkan keadaan makin gawat, di mana sistem pengangkutan di Pulau Pinang terus berada pada tahap yang buruk. Di Kuala Lumpur, kesesakan jalanraya terus memburuk dan pengangkutan awam masih tak berubah. Masing-masing dengan masalah tersendiri. Lorong khas pengangkutan awam di Kuala Lumpur dah tak terkawal. Cuba buat tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, lihatlah bas-bas masuk menggunakan lorong kenderaan lain sewenang-wenangnya. Teksi dengan masalahnya, di mana pemandu disembelih oleh syarikat-syarikat teksi dengan kadar sewa harian yang tinggi serta kos penyelenggaraan ditanggung sendiri. Kesannya pemandu yang tertekan akan mengenakan penumpang kadar tambang menaiki kapal terbang dan tidak menggunakan meter. Tanyalah pemandu di Kuala Lumpur khasnya, siapa yang ingin sangat memandu ke pejabat atau ke pusat bandar, tetapi disembabkan jaringan pengangkutan awam yang tidak efisyen dan mahal telah mennyahkan hasrat tersebut dari hati mereka.

Persoalan di sini kemana perginya wang penjimatan subsidi tersebut dibelanjakan atau memang Kerajaan tidak mempunyai wang atau memang Kerajaan tidak mahu tanggung beban rakyat. Jangan bila pilihanraya baru nak naik papan tanda projek itu dan ini, dan selepas pilihanraya semuanya mereput sendiri.