Showing posts with label pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya. Show all posts

Friday, December 02, 2011

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Adalah Harus

Keputusan:



Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.


Keputusan (English):

The Ruling On Using Indelible Ink In Malaysia Election.

The Special Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 8th August 2007 has discussed on the ruling on using indelible ink in Malaysia General Election. Based on explanation and research conducted by experts in chemistry together with evidences brought by the members of the Committee, the Committee has decided that the indelible ink does not contain impure substances that are prohibited according to Islamic law, nor it brings harm to the health and does not impede water to get onto the skin when used. Hence, the use of indelible ink is permissible according to Islamic Law as it does not bring problem to Muslims ritual activities.

However, the Committee has decided that the level of permeability of the indelible ink is limited to the amounts that have been tested by the experts.

Keterangan/Hujah:

Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.

Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.

Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.
Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح

Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-indelible-ink-dalam-pilihanraya-malaysia

Tuesday, November 16, 2010

Melayu Tetap Dominan Walaupun Jika Umno Tewas

Kegusaran orang Melayu bahawa suara majoriti orang Melayu akan hilang di Perak, jika Umno/BN tewas sebenarnya tidak berasas, lagipun DAP hanya bertanding di 18 kawasan berbanding jumlah keseluruhan 59 kawasan DUN.

Jika komposisi pengagihan kawasan mengundi tahun 2008 dikekalkan untuk pilihanraya ke 13, bahawa kuasa atau suara majoriti orang Melayu akan terus terpelihara andainya Umno kalah dalam pilihanraya tersebut.

Berdasarkan agihan kerusi dalam tahun 2008, Umno bertanding di 34 kawasan DUN, di mana daripada jumlah itu 4 kawasan adalah menentang bukan Melayu. Selain itu bukan Melayu BN (MIC/MCA/Gerakan) telah bertanding di 25 kawasan DUN dan 2 daripada kawasan adalah menentang calon Melayu. Baki kawasan DUN sebanyak 23 adalah ditandingi oleh bukan Melayu PR (DAP/PKR) menentang bukan Melayu daripada BN.

Oleh itu, jika Umno kalah semua, maka kemenangan di PR adalah 30 Melayu dan 4 bukan Melayu. Jika bukan Melayu BN kalah semua, maka PR akan dapat tambahan 2 Melayu dan 23 bukan Melayu.

Oleh itu jika BN kalah semua, maka di pihak PR mengikut kaum adalah seperti berikut:- ADUN Melayu seramai 32 orang dan bukan Melayu (27 orang).

Jika BN menang semua pula, komposisinya adalah ADUN Melayu 34 dan bukan Melayu 25. Jadi tidak banyak bezanya dari segi komposisi kaum dalam dewan negeri.

Wednesday, June 02, 2010

Pelantikan Melalui Pintu Belakang Membelakangi Aspirasi Rakyat

Daripada rakyat kepada rakyat. Itulah istilah keramat dalam politik demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ia bermaksud pemimpin dilantik oleh rakyat dan segala tindakan pemimpin adalah demi untuk kebaikan rakyat.

Secara teorinya begitulah di bawah konsep demokrasi. Namum hakikatnya, dalam banyak perkara rakyat yang memberi kuasa telah dikesampingkan dalam hal pelantikan pemimpin. Ia berkaitan dengan hal pelantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Pelantikan ke jawatan tersebut sewajarnya diambil di kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Ini kerana hanya mereka yang memenangi pilihanraya layak memegang jawatan tersebut kerana rakyat memilih mereka untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka yang kalah dalam pilihanraya, membuktikan bahawa mereka tidak ditolak oleh rakyat.

Oleh itu amalan melantik mereka yang kalah dalam pilihanraya atau mereka yang tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya ke jawatan menteri dan timbalan menteri adalah berlawanan dengan semangat demokrasi dan membelakangi aspirasi rakyat.

Monday, April 05, 2010

Santa Claus Muncul Di Hulu Selangor

Cerita lama, watak yang sama, cuma latar belakangnya yang berbeza. Itulah kesimpulan yang dapat dibawa bila wujudnya pilihanraya kecil. Santa Claus akan muncul membawa pelbagai hadiah segera.

Projek-projek segera akan muncul. Kalau dulu tengok sebelah matapun tak sudi atau nak dengar nama kampung-kampung di dalam daerah ini pun tak de masa, tetapi kini semua orang berkepentingan sanggup "mencemar duli" untuk turun bagi menyelami dan menyelesaikan masalah penduduk yang wujud hatta sejak 53 tahun lalu.

Kini 4 sekolah dijanjikan akan dibina di Hulu Selangor, rumah sebanyak 1,250 unit akan dibina untuk masyarakat Felda di daerah ini, pemberian hak milik tanah juga secara tiba-tiba menjadi mudah. Orang Sungai buaya akan dapat susur masuk & keluar daripada lebuhraya (dijanjikan akan dibina awal tahun depan). Permata Negara juga nak bina bangunannya di Hulu Selangor.

Bak kati orang rezeki datang mencurah-curah dalam pelbagai bentuk. Harga rumah hantu pun dah beribu-ribu ringgit sewanya untuk sebulan. Itu belum sewa hotel, kenderaan dan jualan makanan di warung dan restoran-restoran di bandar sekitar Hulu Selangor.

Tuesday, August 11, 2009

Orang Pmt Pasir Bakal Dapat Duit Raya

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam mesyuaratnya telah menetapkan pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009 dengan penamaan calon pada 17 Ogos 2009.

Pada tarikh itu, umat Islam baru sahaja menjalani puasa yang keempat dan ini merupakan rezeki kepada orang Permatang Pasir kerana pilihanraya kecil akan membuka peluang kepada mereka untuk pelbagai imbuhan khususnya projek pembangunan dan tidak kurang juga wang ringgit. Jika pilihanraya kecil yang dijalankan sebelum ini dijadikan contoh, maka penduduk Permatang Pasir boleh beraya sakan tahun ini.

Kalau nak tau kenapa tanyalah orang Manek Urai. Berapa mereka dapat untuk satu keluarga sehingga boleh tampung dua tiga bulan tak payah nak pergi menoreh.

Jika kempen lebih panjang di dalam bulan Ramadhan, maka lagi jimat orang Permatang Pasir kerana setiap hari ada sahaja majlis berbuka puasa dan sahur yang akan dianjurkan oleh pihak yang bertanding.

Apapun kepada pihak yang bertandingjagalah akhlak lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Bertanding secara sihat di atas padang yang sama rata. Mediapun diharap jaga akhlak dan etika. Jangan ada unsur "spinning". Ingat di dunia anda spin, di akhirat nanti jenuh anda akan di 'spin' oleh para malaikat.

Friday, July 17, 2009

Manik Siapa Yang Terurai

Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai dah selesai dan keputusannya dah diketahui bahawa PAS mempertahankannya dengan majoriti tipis 65 undi jatuh lebih 1,300 undi berbanding pilihanraya umum Mac 2008.

Bagi PAS menang tetap menang walaupun hanya satu undi, tetapi bagi UMNO walaupun kalah ia tetap dikira "menang" kerana berjaya meningkatkan undi popularnya di situ, khasnya di kalangan orang muda di Manek Urai Baru dan Menk Urai Lama. Bagi mereka gelombang biru sudah melanda serambi Mekah.

Namun yang pasti, orang Manek Urai yang kalah kerana segala janji UMNO/BN di masa kempen seperti untuk membina jambatan dan menjadikan Manek Urai kota agropolitan telah hilang dibawa balik ke Kuala Lumpur.

Kini tiada lagi pemimpin yang menemani dan menolong mereka menoreh di MU dan tiada lagi pemimpin yang mencemar duli untuk nyalakan api rokok pada penduduk kampung. Pemimpin 1Malaysia slogannya hebat.

Khabarnya ramai yang dah menyesal kena tipu lagi .. Sepatutnya orang MU belajar dengan orang Pengkalan Pasir yang dijanjikan pelbagai pembangunan dalam pilihanraya kecil tersebut, tetapi segala janji tinggal janji walaupun UMNO/BN menang ketika itu.

Manek Urai sepatutnya dah lama membangun kerana kawasan ini terletak di bawah Wilayah Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) sebuah agensi kerajaan pusat yang fungisnya serupa dengan Felda diwujudkan untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar. Kerajaan negeri memperuntukkan tanah dan membangunkan kawasan tersebut terletak di bawah Kesedar. Banyak peruntukan daripada kerajaan Pusat disalurkan melalui Kesedar untuk membangunkan wilayah Kelantan Selatan. Jika masih mundur, tentunya ada sesuatu yang tidak kena ...SPRM tak nak tunggu lagi ..masih tak ada Kesedar(an) lagi ke.

Monday, July 06, 2009

Masih Tak berubah ...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Umno/BN telah mengagihkan uniform sekolah dan beg sekolah kepada 6,142 murid di Manek Urai melibatkan sekolah rendah, menengah dan sekolah agama.

Nampaknya Umno masih tak berubah dengan taktik pilihanraya dalam memancing undi. Bukankah jelas ini adalah perbuatan rasuah. Selalunya pemberian beg dan uniform sekolah dibuat sebelum sesi persekolahan bermula, tetapi yang ini dah masuk suku kedua sesi persekolahan untuk tahun 2009.

Apakah sebelum ini tak ada maklumat mengenai kesusahan penduduk di situ dan hanya dekat dengan pilihanraya baru nampak bahawa orang di situ susah atau walaupun tak sesusah mana tetapi disebabkan pilihanraya, maka pemberian tetap diberikan untuk tujuan memancing undi.

Cakap banyak pun tak guna. Apapun kita tengok masa awal sesi persekolah tahun 2010. Adakah bantuan yang sama datang ke Manek Urai.