Tuesday, October 04, 2011

Kedudukan Kerusi Melayu Dalam Dewan Undangan Negeri Perak

http://lesongbatu1.blogspot.com/2011/10/kedudukan-kerusi-melayu-dalam-dewan.html


Kegusaran orang Melayu bahawa suara majoriti orang Melayu akan hilang di Perak, jika Umno/BN tewas sebenarnya tidak berasas, kerana DAP hanya bertanding di 18 kawasan berbanding jumlah keseluruhan 59 kawasan DUN.

Berdasarkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat, komposisi pengagihan kerusi untuk pilihanraya 13 adalah kekal mengikut agihan tahun 2008, maka kuasa atau suara majoriti orang Melayu akan terus terpelihara andainya Umno kalah dalam pilihanraya tersebut.

Berdasarkan agihan kerusi dalam tahun 2008, Umno bertanding di 34 kawasan DUN, di mana daripada jumlah itu 4 kawasan adalah menentang bukan Melayu. Selain itu bukan Melayu BN (MIC/MCA/Gerakan) telah bertanding di 25 kawasan DUN dan 2 daripada kawasan adalah menentang calon Melayu. Baki kawasan DUN sebanyak 23 adalah ditandingi oleh bukan Melayu PR (DAP/PKR) menentang bukan Melayu daripada BN.

Oleh itu, jika Umno kalah semua, maka kemenangan di PR adalah 30 Melayu dan 4 bukan Melayu. Jika bukan Melayu BN kalah semua, maka PR akan dapat tambahan 2 Melayu dan 23 bukan Melayu.

Oleh itu jika BN kalah semua, maka di pihak PR mengikut kaum adalah seperti berikut:- ADUN Melayu seramai 32 orang dan bukan Melayu (27 orang).

Jika BN menang semua pula, komposisinya adalah ADUN Melayu 34 dan bukan Melayu 25. Jadi tidak banyak bezanya dari segi komposisi kaum dalam dewan negeri.

1 comment:

Anonymous said...

Pada 2008 majoriti kerusi dimenangi oleh DAP manakala PAS dan PKR memenangi yg selebihnya.memandangkan kelayakan melantik melantik menteri besar mestilah org melayu maka DAP bersedia memberi laluan kpd PAS dengan syarat mengikut acuan DAP..dan langkah pertama yg diambil ialah memastikan pemilikan tanah dikampong baru di naikan kpd 999 tahun dgn premium yg rendah dibawah akta tanah kerajaan negeri.cadangan mewujudkan timbalan menteri besar ke2 juga disyorkan oleh DAP.dlm tahun pertama memerintah siapa yg mendapat keuntungan.dimana org melayu.dimana PAS selaku ketua terpaksa akur sehinggakan utk melantik exco dari ahli parti terpaksa mendapat kebenaran dari DAP dan PKR.