Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Catatan Tahun 2011

Pejam celik hari ini sudah 30 Disember 2011, iaitu hari yang ke 364 untuk tahun 2011. Ini bermakna hanya tinggal satu hari lagi untuk tahun 2011 sebelum ia melabuhkan tirainya. Terasa bagai baru sahaja Januari menjenguh dan segala yang peristiwa bagaikan berlaku semalam.

Apapun pelbagai peristiwa suka duka dapat digarap sepanjang tahun 2011. Dalam hal politik tidak pernah sunyi dengan peristiwa dan kejadian yang menunjukkan bahawa tiada musim rehat untuk orang politik. Hatta media tradisional dan media baru terus memainkan pelbagai isu sesuai dengan kecenderungan mereka demi menarik sokongan massa sama ada secara "gentlemen" atau pun secara "tidak beretika". Matlamat menghalalkan cara dah biasa kepada mereka. Lucah, cemuh, kutuk, "name calling", fitnah dah makin menjadi biasa demi satu matlamat iaitu "KUASA".

Dalam sukan sinar gemilang untuk pasukan bolasepak dan hoki negara kerana barisan muda negara menunjukkan kejayaan di tahun 2011. Pasukan utama bolasepak negara menjuarai Piala Suzuki manakala pasukan squad 23 tahun menjuarai pingat Emas Sukan Sea lalu. Skuad hoki remaja pula berjaya menjadi juara Piala Sultan Johor dengan mengalahkan gergasi hoki dunia iaitu Australia di perlawanan akhir. Sukan lain seperti squash masih bergantung kepada tenaga senior Nicol David, Tan Beng Hei, Mohamad Iskandar dan tiada pelapis baru yang mampun meneruskan kecemerlangan Nicol dalam masa terdekat ini. Begitu juga dengan menembak yang turun naik pencapaiannya. Namun sukan lain agak tenggelam seperti olahraga yang terus merudum gara-gara krisis dalaman di kalangan pentadbir Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan sepak takraw yang juga mengalami masalah yang sama.

Industri perfileman negara menunjukkan satu sinar harapan di mana banyak filem-filem yang dihasilkan telah mencecah kutipan melebihi RM 8 juta dan kutipan untuk KL Gangster telah berjaya mengaut kutipan melebihi RM10 juta. Setakat 13 Disember 2011, filem Ombak Rindu telah berjaya memperolehi kutipan sebanyak RM11.2 juta dan dijangka mampu menjadi filem tertinggi kutipannya untuk tahun 2011. Untuk tahun ini gengre seram dan aksi atau kombinasi seram komedi serta cinta dan komedi menjadi pilihan ramai penerbit dan ia nyata mampu menarik penontok ke pawagam.

Tuesday, September 12, 2006

SEKADAR CATATAN

BANYAK BERJALAN BANYAK PENGETAHUANOrang tua-tua kata jauh berjalanan luas pandangan, tapi bagi teman yang belum tua lagi ia lebih tepat kalau dikatakan banyak berjalan banyak pengetahuan kerana sekadar berpandangan tak memberikan apa-apa melainkan kita melihat. Pandang dan lihat adalah dua yang berbeza. Pandang hanya seketika tetapi melihat membawa kita memandang, mengesan, menganalisa, memahami dan menyimpannya di kepala.
Teman – banyak berjalan banyaklah letihnya

LAIN PADANG LAIN BELALANGIni lagi berkenaan peribahasa, tapi bukan pasal padang atau belalang, tetapi bila kita berjalan di tempat yang lain kita kenalah ingat setiap tempat ada budayanya dan cara yang tersendiri.
Bila ke Pulau Phuket (Bukit dalam bahasa Melayu) walaupun namanya hotel 5 bintang jangan ingan sama macam yang ada di Kuala Lumpur. Di sana nak beg untuk pakaian kotor pun kena bayar. Selipar jangan pandai-pandai simpan dalam beg nanti tak boleh check out. Teman ingat kalau minum air je kena bayar, tapi rupanya air percuma tapi botol kacanya kalau nak bawa balik kena bayar. Tak bebaloi kata kawan teman bila dia kena bayar 150 baht untuk satu beg pakaian macam guni gandum.
Harga barangan juga mahal.
Cuma yang ada benda yang tak banyak kat KL bersepah kat sana. Sapa yang biasa pergi tentu tahu ..
Teman – masuk kandang kambing diam, masuk kandang rimau mengucap


DIALAH PERANCANG SEGALAManusia hanya merancang tapi takdir yang menentukan. Manusia boleh merancang, tapi Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Teman balik ke asal dalam menghadapi suasana bila mana kapal terbang tak dapat mendarat di lapangan terbang Phuket akibat cuaca buruk. Hanya doa dan harapan agar tiada yang buruk berlaku. Walaupun bukan pertama kali menghadapinya, tetapi ini agak lama hingga terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang. Kita boleh membuat kapal terbang dan landasannya, tetapi kita tidak mampu untuk membuat alat untuk menolak hujan dan awam.
Teman – pasrah dalam gundah